Ini adalah kawan lama aku semasa belajar di IKM Kuala Lumpur. Aku panggil dia Waghih. Geng memasak kat dapur bila tiba semester 4 yangmana kami tidak lagi duduk di hostel sebaliknya terpaksa menyewa rumah kecil yang kami gelarkan sebagai rumah kotak di Kampung Pandan.
Setelah 30 tahun berpisah seusai belajar, tup... tup... kami bertemu dalam grup wassup. Amboi... bukan kepalang gembiranya aku. Tambahan lagi bila mendengar telor Negeri Sembilannya yang sesekali buat aku tersenyum panjang.
Paling aku ingat ialah bila kami berdebat pasal gulai lemak samada sepatutnya berwarna putih atau berwarna kuning. Kenangan itu buat aku terasa rindu pada saat-saat belajar 30 tahun dulu.
Hari ini dia datang ke Pulau Pinang untuk bertemu kawan-kawan sepengajian kami di Utara. Oleh kerana aku ada masa luang sehari dua ini, aku tawarkan diri aku untuk menjadi tour guide dia selama di sini.
Tak sabar nak temui dia esok di Hotel Sentral SeaView, Tanjung Tokong. Aku akan bawa dia berjalan-jalan mungkin ke Taman Rama-Rama, Botanical Garden, Bukit Bendera dan Padang Kota Lama. Kunjungannya pendek. Justeru tak banyak tempat boleh aku tunjuk.
Sudah tentu di celah-celah itu nanti aku akan bawa dia makan nasi kandar Line Clear yang memang popular bagi orang Penang....
6 ulasan:
Seronokkan bertemu sahabat lama...
moga pertemuan yang dirancang berjalan dengan baik...cuaca pun baik..amin
pada saya gulai lemak sepatutnya warna kuning walaupun santan tu berwarna putih, sebab dah sebati dengan bahan2 lain. hehehe...
assalam...bertuah IM dapat bertemu smula dgn kawan zaman belajar dulu...sya walaupun dah dipertemukan di wasap group belum ada sorang pun dapat berjumpa.
ibu suri dibawa bersama ke..
Kamsiah,
Mestilah bawa... he...
Catat Ulasan