Halaman

Jumaat, 28 Ogos 2015

Membilang Zikir


Aku terpanggil untuk menulis mengenai ini bila membaca catatan blogger Kak Zakie di blognya TITISAN NURANI. Ia mengingatkan aku kepada tulisan Astora Jabat dalam majallah Al Islam lama dulu. Semasa lensa mata masih terang dan minat membaca yang tinggi.

Tulisan-tulisan beliau memang kontroversi termasuklah tentang tasbih yang katanya berasal dari agama Yahudi. Masa itu aku memang keliru dengan tulisan sebegitu.

Setelah aku semak, benarlah tasbih telah digunakan sejak dari wujudnya agama Hindu di India. Ertinya, ia bukanlah budaya agama Islam semata sepertimana yang aku sangkakan selama ini. 

Seiring dengan itu, tarbiyah dari usrahku setiap minggu pula memberi kefahaman bahawa tidaklah salah kita mengunakannya asal dengan niat untuk kemaslahatan ibadah. 

Aku sememangnya ada beberapa utas tasbih dan counter pemberian mak dan kawan tabligh. Ada satu tasbih tu yang paling aku sayang sebab biji-bijinya yang licin seumpama jed berwarna kuning keputihan serta susunan yang rapat di dalam gelungan memudahkan aku membuat bilangan. Tasbih itu kemudiannya aku sumbangkan ke surau tempat kerjaku yang untuk kegunaan jamaah. Kata orang, menyumbang dari harta yang kita sayang itu lebih baik, kan?

Gimanapun sekarang ini aku lebih selesa membilang zikir menggunakan jari. Aku dapat info ini seseorang melalui facebook. Senang dan mudah. Tidak perlu ada rasa 'tak best la...' jika terlupa bawa tasbih semasa solat di masjid ataupun mahu berzikir di dalam kereta sambil menunggu.

5 ulasan:

Kakzakie berkata...

Terbaik memberi yg kita sayang.

Kalau bapak kakak memang dari zaman kakak kecik lagi dah ajar guna ruas jari tapi kakak lebih selesa guna tasbih biji. Yg digital itu pun kakak kurang suka sebab macam kurang khusyuk bila zikir macam nak tengok nombor yg tertera. Kakak pun kian akrab dgn tasbih sejak 2008 masa pertama kali menunaikan ibadah haji. Lama-lama dah jadi kebiasaan..

saniah ibrahim berkata...

kakak pun selalu gunakan jari waktu berzikir tapi selalunya lupa bilangan yg dibaca ,itu yang kena cari tasbih juga .Biasanya kakak lebih suka guna yang 33 je .

AMIIZAA berkata...

salams uncle,

guna jari ni saya masih tak pandai, dulu tgk arwah nenek laju jerk dia kira pakai jari mcm gambar dekat atas tu..

iryanty ahamad berkata...

guna jari lebih mudah :-))

Tanpa Nama berkata...

boleh tanya, sebab saya kurang jelas. hadith tu mengatakan..melipat kan jari-jari,
tetapi gambar rajah jika diikut tiada lipatan jari hanya pergerakan satu jari untuk mengelilingi sudut-sudut di jari2 lain.
saya pernah ajar lama dulu oelh seorang ustaz, yg saya ingat itu sunnah, ada lipatan jari yg spesifik untuk angka tertentu.

saya juga sama seperti kakzakie, hanya mula akrab dengan tasbih bila pertama kali masa haji.