Khamis, 17 September 2015

Bila Rasa Lemas Dan Rimas

"Abang marah ke?" tanya ibu_suri sambil merenung tepat ke mata aku. Aku aleh pandangan ke arah lain sambil membantunya bangun di bilik air.

Dah namanya hidup bersama 30 tahun lamanya, tentu dia boleh baca kelainan sikap aku walaupun aku cuba sorok.

Entah kenapa aku asyik nak marah sahaja sehari dua ini. Aku rasa lemas dan rimas kerana berasa hidup seperti terkongkong. Mahu sendirian pun tak boleh nak lama. Baru aje letak punggong di kerusi depan tv.... abang, buat apa tu? Kebergantungannya terhadap aku cukup banyak.

Nak pergi usrah bertemu kawan-kawan seorganisasi pun jenuh pujuk supaya dia benarkan. Minggu ini, entah dapat pergi atau tidak pun tak tahulah...

Nak pergi bersembahyang Jumaat di masjid, kalau dia benarkan pun bersyarat....  talipon tinggal kat rumah...

Jika ada masaalah, aku pendamkan saja sendirian. Tak boleh nak dikongsi dengan dia. Kalau ceritakan, bukannya menambah ringan sebaliknya menambah beban pula nak melayan soalsiasatnya yang berhari-hari...

Justeru itu aku persis bersendirian dalam mengemudi hidup berumahtangga. Ada anak pun bukan semuanya mereka faham untuk menolong.

Bila ibu_suri bertanya tadi... duit kita tinggal berapa la ni? Aku segera teringat cerita Ibu Mertuaku di tv semalam.

"Tu la yang abang dok pikiaq ni.... Takut jadi macam Kasim Selamat...."

"Errr.... I tak faham..."

Aku pun 'ketawa' dan cepat-cepat buka tajuk lain!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eh, nampaknya saya terlepas filem ibu mertuaku. dulu pernah meleleh air mata bila tiba part p. ramlee nyanyi lagu `di mana ku cari ganti' tu...

Kakcik Seroja berkata...

Kassim Selamat yang terpaksa berpindah ke bawah kolong itukah? Pastinya IM dqan Ibu_Suri tak akan sampai jadi begitu kerana bukan tinggal di rumah sewa, kan?... :)

Nor Azimah Ali berkata...

Mmg rasa terkongkong, tapi errr..jgn marah kalu saya ckp itu mgkn juga bpunca dari sikap IM sendiri..

saniahibrahim berkata...

Bagi yg mngalami saja yg dpt merasai apa yang ditanggung,tak semudah luahan sabar yang diberi.


mokja berkata...

setuju dgn saniah.Yang menanggung saja yang tahu..yg tak kena boleh cakap beribu .Semoga Im dan ibusuri terpelihara dari menjadi Kassim Selamat yang tak berapa selamat.

insan marhaen berkata...

Nor Azimah,
Menarik tu. Boleh citer kat saya. Nak tahu. Mungkin saya boleh perbaiki...

Murni Alysa berkata...

Bila baca luahan IM ni teringat kat bapak & mak mertua saya di Kelantan. Mereka tinggal berdua jer..anak2 semua jauh..2 orang kat oversea dan yang paling dekat adalh suami saya sahaja. mereka saling bergantungan.. Semoga IM & ibu suri diberi ketabahan dan kekuatan oleh Allah SWT. Aamiiin!!

Tanpa Nama berkata...

Cerita Kassim Selamat tu baru je ditayangkan sekali lagi. Waktu dihalau keluar oleh ibu mertuanya, mereka dibekalkan dgn RM5000.00. Apa diorang buat dgn RM5000.00 tu sampai akhirnya terpaksa menyewa di bawah rumah orang? Sy tak tengok sampai habis cerita ni. Dan tak berapa ingat ceritanya mcmana... hehe...

Kakzakie Purvit berkata...

Ada kalanya diri kita kena keras sikti IM demi utk mendidik.
Tapi kakak rasa ibu_suri dah payah sikit sebab macam IM selalu kata. Dari awal dah terlalu bergantung pada IM itu yg sudah dah nak disusun-aturkan balik. Kesian pulak kakak dgn IM. Kalau ada anak perempuan lain sikit agaknya... tapi inilah dikatakan Allah bagi sesuatu pasti ada hikmah yg kita tak tahu.

myliferia berkata...

Walaupun semuanya terasa merismaskan, pasti akan terbit kerinduan andai tiba-tiba ia hilang dari kehidupan. 30 tahun bukanlah satu tempoh yang sebarang-sebarang.

Mungkin itu adalah cara ibu_suri menunjukka keprihatinan, mungkin juga ada terbit rasa cemburu bimbang, almaklumlah orang lelaki ni, ada masanya main beruban, makin dipandang....hehehe


Tahniah atas ikatan yang terbina. Semoga kekal bahagia.

Nor Azimah Ali berkata...

Saya tau im mesti respons thadap komen saya.
Cuma saya nk tya, dulu masa im keje, ibu suri tggl dgn siapa, knp masa tu dia bole ditinggalkan, knp masa tu dia bole faham im harus keluar bekerja utk mencari rezrki, skrg pun im patut cuba fahamkan dia yg im keluar bekerja utk Allah, yg mana gajinya Allah yg bayar( keluar ke usrah tu msksud saya), silapnya sbb masa im mula pencen dulu im byk habiskan masa di rumah dan dia tahu im dah tk keje, jadi im ada byk masa utk dia...dan saya tk faham knp utk keluar solat jumaat pun harus mta izin, sbb tu daya kata ni sdkt sbyk bpunca dari im juga, im yg buatkan ibu suri tlalu bgantung pd im, kalu suatu hari im yg pegi dulu...
Saya salute pengorbanan im menjaga ibu suri, saya tau im lembut hati, dan untungnya im ada ilmu agama juga, im mmg suami yv baik, brtuah ibu suri tu, tapi...carilah pangkalnya semula, mgkn jauh nk patah balik, tapi tak mustahilkan, Allah kan ada...

Nor Azimah Ali berkata...

Dan satu lagi, sifat org ppuan ni mmg suka bgantung, saya pun jika ada peluang, inikan plak ibu suri tau im ada byk masa utk dia, sbb tu dia mcm tu, dan yg bukak peluang tu, im sendiri( slp pencen)...aritu kata nk cari keje kan

insan marhaen berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pandangan azimah..
Pernah satu ketika..Im ditahan di wad sb demam denggi
Boleh pulak ibu suri ditinggal kan dlm jagaan anak menantu..

iryantyismail berkata...

setuju dengan kata azimah dan tanpa nama..