Halaman

Sabtu, 19 September 2015

Bila Sidia Mula Meminta Tuala Kecil

Malam semalam aku tidur lewat. Dalam tidur lewat itulah aku beberapa kali terdengar ibu_suri mengigau yang aku pun tidak dapat tangkap butir katanya..

Kemudian, petang... ibu_suri mengadu selsema. Beriya-iya dia minta sehelai tuala kecil untuk mengesat hidungnya yang asyik berair di sepanjang pemanduan aku ke rumah mertua di Taman Buah Pala.

Dalam perjalanan balik, aku singgah membeli Vicks VapoRub. Paling tidak, ianya bolehlah menjadi teman jika hidungnya diganggu sebu sekaligus akan meminimakan kebergantungannya terhadap aku.

Tadi dia mengadu sakit badan dan minta aku memicit-micit belakang badan. Aku harap ini bukan tanda-tanda dia akan demam. Sedang masa dia okey pun, puah-paeh juga aku menjaganya; inikan pula jika betul demam.

Memang... ibu_suri jarang sakit. Macam aku juga. Kata orang, sesiapa yang jarang sakit, bila sesekali diserang, teruk juga... betul ke?

1 ulasan:

saniah ibrahim berkata...

Betul lah agaknya,sya pun sendiri jarang demam tapi kalau dah demam memang teruk .Takpelah ibu suri nk bermanja tu.Kita orang ppuan ni kalau diberi perhatian terasa amat dihargai sangat.