Rabu, 23 September 2015

Kalau Dah Minat


Hari ini aku berjaya mendapat pelanggan yang mahu membeli 3 keping cd ini. Pelanggan itu dari Sumatera Barat. Dia beriya-iya mahukan cd ini dan minta aku carikan. Kalau dah namanya peminat Sang Maestro Ebiet G Ade, Berapa saja harga yang ditawarkan tetap diambil. Pembelian atas talian tidak ada konsep tawar menawar.

Ini kali pertama aku membuat pengeposan ke luar negeri. Jenuh juga bertanya pada staf kaunter pos laju bagaimana caranya. Terkial-kial mempelajari cara pengiriman wang melalui Western Union. 

"Susahlah kalau macam tu?" ujar ibu_suri bila aku asyik mengguna kalkulator, mengira dan menukar RM ke rupiah yang beratus ribu itu.

Sesekali fikir, bisnes macam ni, walaupun lebih fleksibel dan kurang tekanan tapi renyah nak berebut di kaunter pos laju yang nampaknya que semakin panjang. 

Sebenarnya, aku baru saja nak berjinak-jinak dengan bisnes secara atas talian ini. Itupun setelah hampir setahun memikir dan memerhati pengalaman orang melalui facebook dan blog.

Aku masih cuba-cuba. Masih tak tahu core bisnes apa yang boleh aku ceburi. Ada pakar biz on9 kata, jangan fikir jauh-jauh. Buat apa yang kita mampu capai, yang kita minat dan yang kita mampu pikul.

8 ulasan:

JR berkata...

Masa anak2 masih kecil di KL dulu, setiap bulan saya akan hantar sedikit wang yang dikirimkan pembantu rumah Indonesia untuk keluarganya di sana. Masa itu RM300 lebih kurang bersamaan sejuta rupiah. Tapi sekarang dengan nilai ringgit yg semakin menjunam, kalau tak silap RM300 tak sampai sejuta rupiah...

aizamia3 berkata...

Moga dipermudahkan rutin harian..
Selamat Hari Raya Aidiladha buat IM dan keluarga..

Bunda_nora berkata...

Semoga berjaya dengan bisnes dan minat baru IM...
Salam Aidul Adha..

Mario berkata...

eh...good luck bro IM,,,jual barang rare camni...

AtieYusof berkata...

Teruskan minat tu IM.. bisnes online skrg ni memang sgt menggalakkan.. yg penting rajin & usaha...hehe
Salam Aidil adha buat IM, Ibu Suri & family dr bumi Sabah :)

iryantyismail berkata...

wah bagus ni im...semoga berjaya

myliferia berkata...

Semoga terus maju jaya ye IM.

SukaniMusik berkata...

salam pak cik...
wah terima kasih, ini saya heri sukani yang minat cd ebiet itu hehe