Halaman

Isnin, 28 September 2015

Kredit Pula Habis

Entah macammanalah aku boleh lupa. Sepatutnya hari ini aku bawa abah mertua ke Tabung Haji untuk pengeluaran wang. Kesian dia, tentunya tertunggu-tunggu... 

Aku cuba talipon adik ipar yang menjaga abah, kredit talipon pulak habis. Bila masa ianya habis aku pun tak tahu. 

Inilah masaalahnya kalau guna jenis prabayar. Sebaik saja aku berhenti kerja aku tukar dari pascabayar Celcom kepada prabayar OneXOX. Tujuannya untuk mengelakkan dari terpaksa membayar hampir rm100 sebulan sedangkan aku pun tak tahu kenapa boleh jadi bil sebanyak itu. 

InsyaAllah, aku harap esok aku tak lupa bawa abah. Dia mengharapkan aku. Bab nak kemas rumah, aku buat kemudian. 

Dan sebulan lebih aku tak pedulikan hal kekemasan rumah. Baru aku perasan, bila anak-anak udah tidak lagi duduk sebumbung, rumah yang dulu terasa kecil kini menjadi besar dan tak larat nak jaga. 

5 ulasan:

aTieYusof Family berkata...

Kes terlupa lah ni ye IM...takpelah..esok boleh bawa kot..
rumah besar bila takde org, memang letih nak mengemas..

iryanty ahamad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iryanty ahamad berkata...

kemas umah ni..yan ikut mood im..kadangkala seminggu sekali baru kemas

Tanpa Nama berkata...

Paling tak suka...cuci tingkap.

Murni Alysa berkata...

macam rumah MIL & rumah Mak saya..rumah besar sampai 5 bilik..tapi tggl berdua jer..tapi masa anak cucu semua balik penuh satu rumah..masa tu riuh laa..pastu bila anak cucu takda sunyi sepi..huhuhu..