Halaman

Ahad, 6 September 2015

Subuh Sepi'e

Aku memanglah, dari balik bawa ibu_suri jalan-jalan tadi masih belum ngantuk. Habis tengok cerita James Bond di TV2, mata tetap segar. Bila dengar dengkur ibu_suri mula teratur, aku teringat nak keluar bersendirian, minum di warkop tepi Masjid Kubang Semang. Sambil memandu sambil dengar cd Iwan Fals; penyanyi yang lantang mengkritik penguasa melalui lagu-lagunya.

Jam 3 aku balik rumah dan buka laptop. Ingat nak baca fb dalam setengah jam lepas tu tidur. Mana tau... tiba-tiba terpacak ibu_suri di birai katil;

"Pukul berapa?"

"Pukul 3..." 

"Nak pi pancoq..."

Tak lama, terdengar bunyi debur air. Dan tak lama juga, dia memanggil. Sebaik aku menjengah pintu...

"Laa.... apahalnya mandi Subuh sepi'e ni?"

"Pukul berapa?"

"Baru pukul 3..."

"Laa... ingatkan dah pukul 7..."

"Pukul 7 apa ke gelap gelemat kat luar..."

Tak terkata apa selain menarik nafas dalam dan lepaskan. Dia... macam selalu... nyerongin sambil mengucapkan ayat powernya.... sorry la bang!

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Bukan dia sengaja...atau ada yang Allah mahu sampaikan melalui perlakuannya itu... :)

saniah ibrahim berkata...

Agaknya dia tak dengar IM kata pukul 3 tu.
Pengalaman sya jga mertua dulu kdg mandi tnghmalm diingatnya dah pagi...kdg trkejut juga sdg mimpi trdngr cebur2 dlm bilekair

JR berkata...

Teringin juga saya keluar rumah tengah malam untuk minum seperti IM, kerana belum pernah saya tinggalkan rumah tengah malam cuma untuk minum-minum, tapi jika ia berlaku pasti sangat menarik dan menyeronokkan...
Balik rumah pukul 3 pagi tiba2 teringat lagu P.Ramlee 'Pukul 3 Pagi'.

myliferia berkata...

subuh sepi'e istilah yang dah lama tak dengar...hehe

Kakzakie berkata...

Alahai tersilap dengarlah IM
Tiga macam tujuh itu yg ibu-suri mandi.
Kesian dia...

iryanty ahamad berkata...

tengah mamai kot ibu suri tu im.

Murniwati Awang berkata...

subuh sepi'e tu saya tau..nyerongin tu mcm imam muda yop kata tu ker? ape maksudnya..