Halaman

Sabtu, 17 Oktober 2015

Bila Dia Tidur



Malam tadi ibu_suri tak boleh tidur. Mujur dia tak pula mengganggu tidurku.

Jadi, pagi ini, bila dia mulai berdengkur... aku terasa lapang dan damai sedikit. Aku nak keluar sekejap... mencari sesuatu kemudian membeli juadah untuk makan tengahari.

Rasanya, cadangan semalam nak ziarah mertua di hari ini tertunda lagi. Apapun, Isnin ini tanggungjawap aku akan membawa abah ke klinik, insyaAllah... Rutin rawatan susulan terhadap kakinya yang membengkak.

Tentu abah tertanya-tanya kenapa aku tidak datang semalam!

6 ulasan:

aTieYusof Family berkata...

Kadang ada masa2nya dikalangan kita pn tak boleh tidur... lumrah... moga urusan IM dipermudahkan...

Keladi berkata...

Biasa dulu2 kt asrama..jika x boleh tidor,ada kwn bagi petua kira ekor kambing, jiwa muda ikutkan aje..tapi bila sudah matang, fikir semula daripada buat itu semua baik zikir..www.keladionline.com

makchaq berkata...

Elok IM call bg tau kenapa x dpt ziarah depa.
Kalau tak tertunggu2, tertanya2.. risau pun ada kot2 apa jadi kat anak menantu..

NzA berkata...

seorg anak, ayah dan suami yg cekal....syabas IM

JR berkata...

Masa muda2 dulu kalau susah nak tidur saya kira 1 hingga 100 secara mengundur: 100,99,98,97,96,95..... Biasanya kiraan tak pernah sampai 1 dah terlena.. Tapi sekarang masalah susah nak tidur dah tak ada lagi, kalau susah nak tidur, isteri tau tanggung jawab bagi mempercepat suaminya tidur, hehehehe..

Murni Alysa berkata...

saya loni sejak dah jadi mak2 ni dah terbiasa tido2 ayam jer..kalau dapat nyenyak 2-3jam tu kira syukur laa..