Halaman

Rabu, 11 November 2015

Antara 2 Perasaan


Rabu jam 12 tengahari adalah slot ibu_suri dengar Calo Bolly di Mutiara FM. Kat rumah takada radio, jadi dengar melalui talipon bimbit jer...

Tapi sesekali dia mengeluh. 

"Kenapa?"

"Teringat Akhmal..."

Aku terdiam. Tahu dia mula teringat-ingat akan anak yang seorang ini. Kalau bagi aku sunyinya rumah tanpa Akhmal sedikit mententeramkan suasana tetapi sebaliknya bagi ibu_suri.

Dah 2 hari dia di 'sana'. Aku suruh Angah sahaja pergi jenguk dia di IPD, Perda. Aku malas nak pergi....errr.... bukan malas yang malas tapi malas yang ada rasa malu. 'Malu' terhadap polis di situ yang mungkin dah kenal muka aku. Jemu mengulang balai yang dah tidak menggerun lagi.

Namun aku tahu, anak tetap anak walaupun cuma anak angkat. Tapi... di umur lanjut begini, aku dah letih memikirkan masalah anak-anak. Kalau boleh aku nak lihat semua anak-anakku hidup dalam suasana yang positif dan kondusif, bukan serabut macam ni.

Okeylah... masa untuk bersiap pergi ke hospital. Urus priskripsi farmasi ibu_suri. Stok ubat psikiatriknya hampir habis. Bagi aku, ubat ini lebih penting dari segala jenis ubat yang ibu_suri perlu makan stiap hari.

6 ulasan:

AMIIZAA berkata...

salams ucle, lamanya tak singgah kesini....semoga uncle dan ibu suri sentiada dlm keadaaan sihat, amin

SalbiahM berkata...

kesian IM dan ibu_suri, satu-satu diuji..hanya mampu berdoa semoga tabah ye..

Nor Azimah berkata...

Berperang antara dua perasaan ye IM..

Atie Yusof berkata...

moga IM dan Ibu suri tetap tabah..mgkin naluri keibuan tetap teringat kat anak..walau mcm mana pun dia..

iryanty ahamad berkata...

sabar sabar sabar

Murni Alysa berkata...

Semoga IM dan Ibu Suri diberi kekuatan dan Kesihatan untuk menempuh hari2 yang mendatang..Aamiiin!