Rabu, 27 Januari 2016

Risiko

Malam tadi, mak kandung Akhmal menghantar mesej, bertanyakan perkembangan Akhmal. Mahu tidak mahu, aku ceritakan kesemuanya. Letih dah nak berselindung... menanggung galau ini bersaorangan.

Tak lama, dia membalas mesej yang sedikit menyentak perasaanku dan mungkin lebih parah pada ibu_suri. Dia mahu mengajak Akhmal tinggal bersamanya di Setiawan, menjaganya dan mecarikan Akhmal kerja di sana. 

Dari satu sudut, sudah tentulah hal ini berat untuk aku terima. Tapi dari banyak sudut pula aku merasakan udah tiba masanya untuk aku berfikir secara luar kotak tentang masa depan Akhmal. Antaranya dengan menggalakkan dia keluar berhijrah mengubah hidup di tempat yang lain.

Aku juga mungkin dapat berehat seketika dari menanggung 100% beban memikirkan tentang dia. Rezeki perlu dicari. Ianya tak akan datang menggolek seperti selalu.

Namun, ibu_suri bukan main 'berang' bila aku beritahu.

"I tak izinkan mak dia ambil dia balik. Kenapa mesti ambil? I jaga dia dari baru lahir. Senang-senang dia nak ambil?"

Sebenarnya, risiko ini dah aku jangka sejak dari mula ibu_suri memberitahu nak ambil Akhmal menjadi anak angkat. Walaupun aku puas menasihatinya ....jangan... tapi dia tetap berdegil. Sekarang.....?

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga ada penyelesaian yang terbaik...

Kakcik Seroja berkata...

Semoga ada penyelesaian yang terbaik...

Kakzakie Purvit berkata...

Allahurobbi... bagaikan tak tertanggung kalau ia terjadi pada kakak IM
Semoga dpt diselesaikan dgn baik. Bimbang pulak ibu_suri terjejas jadinya.

Tetapi jika mengikut syair Imam Shafie untuk menjadi lebih baik seseorg itu kena berani berhijrah. Mana tahu ianya baik buat Ikhmal kan.

Nor Azimah Ali berkata...

Biarlh ibu kandungnya pula menanggung tggjawab itu.

JR berkata...

Akhmal sudah terlalu dewasa utk memikirkan masa depannya. Jika dia setuju berhijrah, apa salahnya. Lagi pun berdasarkan pengalaman saya satu cara utk menghindari seseorang ketagihan bahan terlarang ialah dengab menjauhkan dirinya dari kelompok yang selama ini dikenalinya. Biarlah Akhmal memulakan hidup baru demi masa depannya...

Etuza berkata...

Asalam IM, selalu lah berdoa ya..moga dapat keputusan yang terbaik

Etuza berkata...

banyakkan doa dan bersabar..minta nasihat pihak tertentu. nanti jadi beban jika tka suarakan pada yang patutnya..

Kamsiah yusoff berkata...

mungkin elok ditanya pada Akhmal sendiri..mana satu pilihannya..

iryantyismail berkata...

hubungan ibu kandung jangan dipisahkan..biarlah ibu kandung pula menjaganya im