Halaman

Ahad, 3 Januari 2016

SARA 2 TAHUN


Semalam, genaplah Qaisara berumur 2 tahun. Cucu ke2 ini kekadang layak di gelar puteri airmata kerana pinggir matanya kerap menakung air jernih.

Walaupun sudah 2 tahun akan tetapi Qaisara masih belum petah bercakap.

Berbanding kakaknya - Maisara, Qaisara agak teruk mengidap ekzema di awal-awal kelahirannya.

Aku suka berbual dengan Qaisara. Wajahnya memang mahal dengan senyum akan tetapi terlalu manis tatkala ianya menguntum.

Yang bestnya, kedua-dua cucuku ini meneruskan legasi keluargaku di kampung... berlesung pipit.

Muga Allah merahmatimu.... Sara!

10 ulasan:

aizamia3 berkata...

Selamat Hari Lahir buat Qaisara..
Moga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian.

Othman Zan berkata...

Assalam. Boy saya pun ekzema di jari kaki. Belum jumpa ubat yg betul2 boleh merawat dan menyembuhkan.

Happy birthday Qaisara.

insan marhaen berkata...

Othman Zan,

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog IM.

InsyaAllah, ekzema akan pulih menjelang umur anak ke 2 tahun. Tak perlu risau keterlaluan...

Doakan saja.

saniah ibrahim berkata...

Comel nya budak perempuan yg ada lesung pipit..tentu manis senyumnya.
Selamat hari lahir utk Qaisara.

Nor Azimah berkata...

Wajah yg payah senyum ni mmg manis bila senyum, lbh2 lagi ada lesung pipit, hepi besday cayang, buah hati atok yea;)

Etuza Etuza berkata...

alo comelnya..bagi dia rasa tertawa selalu inshaAllah akan terserlah senyuman manisnya

iryanty ahamad berkata...

selamat ulang tahun qaisara...moga jadi anak yg solehah...dan jadi penyejuk hati atuk nenek...:-))

JR berkata...

Selamat ulang tahun Sara. Orang yg pandai sembunyikan senyuman akan kelihatan begitu sempurna bila sesekali tersenyum...

hrusli61 berkata...

Semoga Qaisara menjadi butiran penyeri permata indah untuk keluarga IM.

myliferia berkata...

Yang jarang tersenyum, sekali mengukir senyum memang boleh kasi cair...hehe