Selasa, 19 Januari 2016

Terima Kasih... Heri Sukani



Semalam, aku menerima kiriman di atas dari seorang fans MEMBERS EGA di Sumatera. Wah... teramat gembira.

Bukan senang nak dapatkan cd Ebiet sekarang ini sementelah rilisan Indonesia. Namun kalau dah yang bernama peminat tegar, tahu sahaja sumber mana nak dicari.

Tak minat sangat kaset tapi tidak pula menolak kalau diberi.

Aku dan Heri Sukani saling beri dan menerima cd atas konsep buttertrade. Aku beri beberapa keping album Ebiet G Ade versi Malaysia serta juga album M Nasir. Dia pula memberi cd Ebiet G Ade versi Indonesia dan juga album Iwan Fals.

Kami sama-sama menyukai lagu-lagu yang berbentuk kemasyarakatan, ketuhanan dan kehidupan. 

Heri juga mempunyai blognya sendiri, di sini...

8 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Tidak pernah dengar lagu-lagu penyanyi ini. Tadi dengar melalui utube...bagus juga yer..

SalbiahM berkata...

menarik juga bila ada kawan yang sama minat ni kan...kenal di blog ye?

insan marhaen berkata...

SalbiahM,
Saya kenal dia melalui facebook MEMBUMI BERSAMA EBIET G ADE (MEMBERS EGA)..

Tanpa Nama berkata...

ya, sebagai collector ni buat barter trade sesama kita perkara biasa. sebab tu ramai yang simpan satu barang sama tu lebih daripada satu. bukan tamak atau nak jual (ada je yang nak cari untung), tapi untuk tujuan bertukar2 macam ni. kami punya istilah sebagai pengumpul mainan besi adalah, "we collect, we share, we play..."

iryantyismail berkata...

tak pernah dengar lagu ni

Ibu n Abah berkata...

Satu masa dulu waktu sekolah menengah.. Minat sgt lagu 'elegi esok pagi'

Unknown berkata...

Assalam. Saya pun minat lagu-lagu klasik Indo.

SukaniMusik berkata...

wah saya baru lihat postingan ni...
hehe mantap pak cik..