Rabu, 24 Februari 2016

Hutang


Inilah yang aku bimbangkan. Terasa akulah orang yang tidak bertambah amalan tetapi tempoh untuk hidup semakin berkurang.

Jarum jam tetap berpusing ke setiap nombor waktu tanpa rehat.

Kekadang seperti mahu pulang ke kampung, menghabiskan sisa hidup di sana. Di rumah usang sekangkang kera. Bersama mak yang uzur dan sendirian.

Biarlah anak-anakku mencari kehidupan mereka sendiri. Di zaman yang jauh berbeza di kala aku muda dahulu. Pandai-pandailah mereka hidup sepertimana aku dahulu mengharungi kepayahan.

Aku terlalu banyak berhutang dengan Tuhan dan perlu cepat mencari bekalan untuk melunaskannya!

3 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Krisis hati

Yaya Azura berkata...

sampai ketikanya,
rasa itu akan menjelma..
bekalan untuk ke sana.

JR berkata...

Saya juga merasai yg sama, semakin lama bernafas semakin hutang pada Tuhan menimbun tingginya walau cuba kurangkan sedaya mungkin...