Halaman

Isnin, 22 Februari 2016

Jemu Memandu

Kekadang, berasa jemu membawa kereta. Mahu saja rasanya duduk sahaja di belakang sorang sorang sambil memerhati keliling alam.

"Nak kemana kita ni?"

"Entah!"

Begitulah setiap hari. Membawanya keluar dari rumah adalah agenda wajib. Kalau aku ada kerja nak dibuat di luar, dapatlah 2in1. Kalau takada, makan angin ajelah.

Memandu pula tak boleh laju. 50km sejam pun dia dah membising. Di highway, mana boleh seperlahan itu, kan!

Memang aku faham, terperok sahaja di rumah membosankan. Tapi merayap tanpa tujuan juga membosankan.

Aku selalu istilahkan ini sebagai merendek. Rendek, kalau dalam bahasa Tamil maknanya 2. Kalau di kampung, masa kecil dulu, merendek diistilah sebagai pasangan yang berduaan di taman bunga.

Kekadang dek lamanya memandu, habis juga satu takat minyak di panel meter. 

Justeru kerap memandu, kereta aku yang baru berusia 3 tahun dah mencecah 70 000 km. 

Untuk serapkan kebosanan, aku yang sememangnya gemar dengan musik akan memastikan ada koleksi cd atau kaset dalam dashboard.

Banyak kalanya ibu_suri tak kisah. Namun bila suaranya agak keras minta aku buka radio atau tutup sahaja, terpaksa juga akur.

Dulu ibu_suri memang boleh memandu. Tapi sejak sakit, aku melarangnya. Dia mudah marah dan tak sabar.

7 ulasan:

Kamsiah Yusoff berkata...

pertama kali dengar perkataan merendek..

Nor Azimah berkata...

Tu bahasa remaja tahun 80-an, saya pun prnh guna, he he

Kakzakie Purvit berkata...

Menagih kesabran tinggi dlm pemanduan IM bila dgn ibu_suri
Tak apalah IM kalau itu boleh membahagiakan.

hrusli61 berkata...

Merendek ejaan 'e' di belakangnya menggunakan 'e tanda' bukan
'e pepek'.

Baru kena bunyinya.

Ibu n Abah berkata...

Dari muda kita memandu mmg rasa penat memandu. Skrg dpt naik org lain memandu rasa nikmat sangat....
Dah Penat kan IM?

SmBotak berkata...

wah, dah 70,000km. sebaya dengan kereta saya, tapi mileage lebih sikit. padahal kereta saya dah pusing satu semenanjung. memandu terlalu kerap/lama pun boleh stress. sebab tu saya pilih naik moto je pergi kerja, kecuali ada hal penting. weekend pulak, kereta banyak habiskan masa tidur bawah porch kecuali nak merasa pergi breakfast jauh sikit.

PakMail berkata...

Hati-hati memandu saudara IM....