Sabtu, 20 Februari 2016

Rindu Seorang Ayah


Semalam, majlis akad nikah Wani - adik Ayu berlansung di Masjid Perda.

Aku tidak sempat ke sana sebaliknya terus sahaja ke rumah Ayu terletak tidak jauh dari bulatan Bukit Tengah, bersebelahan kilang rempah Allagapa.

Bila waktu sembahyang Jumaat hampir masuk, aku mengajak Angah pergi ke masjid bersama.

Berjalan kaki dengan Angah seperti merasai satu kemesraan baru seorang ayah dengan anak.

Memang sudah lama aku tidak berjalan bersamanya sejak dah menjadi dewasa.

Selesai sembahyang, aku ajak Angah singgah minum di gerai berdekatan. Bukanlah dahaga sangat; cuma ingin mencuri kesempatan untuk berbual berdua.

Sebagai seorang ayah, aku mahu dengar apa yang ada di dalam kepala dan dadanya. Mungkin memberi nasihat dan mungkin juga akan mendapat pengajaran dari apa yang diceritakan.

Aku lupakan sekejap ibu_suri yang mungkin akan menyoal nanti.... buat apa kat masjid sampai pukul 3 baru balik ni?

Manalah dia tahu kerinduan seorang ayah itu bagaimana. Seperti juga, manalah aku tahu kerinduan seorang ibu terhadap anaknya itu bagaimana. Pasti ada yang tidak sama, kan!

Rindu seorang ibu boleh dibaca melalui keluhan namun bagi seorang ayah... rindunya jauh tersorok di balik ketawa.

11 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Saya ada ayah di Pahang, entahla..saya tak tau dia ingat saya ke tak..:(

Nor Azimah Ali berkata...

Suka sangat dgn header baru im tu, cantik sangat.

Etuza berkata...

Subahanallah rindu seorang ayah..hebat..tahnia saudaraku IM kerana menziarahi saudara

Etuza berkata...

header tenangnya melihat air sunagi mengalir

Bunda_nora berkata...

Sedap dan tenang dengar lagu kat blog IM ni...

Tanpa Nama berkata...

tak ingat bila kali terakhir saya jalan dengan ayah saya (ke surau), mungkin masa sekolah rendah dulu kot...

Kamsiah yusoff berkata...

alhamdulillah..masih punya kesempataan utk bermesra dgn anak..

Unknown berkata...

Kerindanu seoarng sahabat terkadang tenggelam dilautan kesibukan semasa.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Tepat sekali saudara IM. Hanya lelaki-lelaki bergelar ayah yang bertanggung jawab dan perihatin ke atas anak-anak yang tahu isi hati mereka.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Tepat sekali saudara IM. Hanya lelaki-lelaki bergelar ayah yang bertanggung jawab dan perihatin ke atas anak-anak yang tahu isi hati mereka.

saniahibrahim berkata...

Betul tu IM ,suami saya pun tak pernah tunjuk dia rindu anak2...tak mcm kami org ppuan ni kdgkala mwngeluh rindu.