Isnin, 15 Februari 2016

The Zikr


Itu adalah beberapa keping album The Zikr yang aku kumpul semasa aku aktif bernasyid dulu. Masih tersimpan dalam keadaan baik. 

1. ALBUM KENANGAN - 1993
2. ANTARA 2 CINTA - 1993
3. SECERAH PAWANA - 1994

Ahli kumpulan The Zikr adalah Nazri Johani, Mohd Salleh Ramli, Abu Bakar Mohd Yatim dan Azahari Ahmad.

Antara lagu yang aku paling suka dengar ialah :

: Semangat Waja
: Isteri Solehah
: Allah Is Calling

Alunan suara, alunan irama, perkusi dan liriknya yang indah begitu menyentuh jiwa yang lembut. Aku agak... sebelum mencipta lagu, tulis lirik dan membuat rakaman, mereka ni sembahyang sunat 2 rakaat dulu!

Lagu Wahai Kekasih dan Tika Abuya Pulang agak kontraversi liriknya. Lagu Tika Abuya Pulang tidak dimasukkan ke dalam cetakan semula dalam bentuk cd oleh Inteam Records.

Apapun, kesemua kaset The Zikr ini amat aku sayang dan selalu dengar. Sukar ditemui lagi lagu-lagu baru yang seindah dan mengesankan seperti lagu-lagu The Zikr, sekarang ini...

2 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams uncle,

sedapnya lagu nasyid nie:)
saya doakan uncle & ibu suri sentiasa sihat dan dalam lindungganya,amin:)

makchaq berkata...

Makchaq pun banyak beli kaset lagu nasyid dulu2. Molodi dan lirik lebih sesuai dengan jiwa org lama.
Tapi la ni tau tau pi mana... lebih 7 kali pindah randah sana sini.... macam2 benda hilang... padan la ada org kata 7 kali pindah papa..