Halaman

Rabu, 23 Mac 2016

Kad Bank

Entah untuk keberapa kali aku ke Maybank tadi, gara-gara kad bank hilang.

Mulanya, aku cuba buat tak tahu jer. Alehkan penggunaan kepada kad Bank Islam, kononnya nampak la islamik. 

Tapi disebabkan Bank Islam cuma ada 2 jer kat kawasan aku ni, aku selalu membuat pengeluaran atau pindah duit dari mesin atm lain yang mengenakan caj. Terasa buta-buta saja aku 'kehilangan' duit walaupun seringgit.

Bila membuat urusan secara online ni, Maybank adalah intitusi kewangan yang lebih mudah didapati untuk urusan transaksi samada oleh penjual mahupun pembeli.

Kalau tak salah dulu, bila ganti kad baru, cajnya RM8 tapi sekarang dah RM12.

Merungut jugalah aku kat staf yang melayan orang tua macam aku ni, tadi.

Aku nak cuba pulak belajar guna perbankan internet. Maksud aku, Maybank2u. Tak payahlah susah-susah beratur untuk nak kirim duit. Hendaknya pulak bila time gaji...

Kekadang naik cemus bila mesin asyik reject jer duit tu. Segan kat orang lain yang beratur di belakang...

4 ulasan:

JR berkata...

Duit kalau licin memang selalu kena reject oleh mesin ATM. Sebab tu kalau masuk duit saya keronyokkan ia sikit agar senang masuk dan diterima mesin. Tapi kalau ke ATM saya lebih suka pakai applikasi 'tranfer' jika nak hantar duit ke pihak ketiga, tak perlu beratur masuk wang kertas dalam mesin, leceh...

Kak Yon berkata...

saya baru dpt arahan menukar kad kredit hsbc dan cimb. mereka charge rm8. mahalnya pulak maybank rm12..huhu

hrusli61 berkata...

Kena peka dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada. Rugi jika tidak dimanfaatkan. Seperti apabila kita bermusafir membolehkan kita solat qasar dan jamak.

Kamsiah Yusoff berkata...

guna maybank2u ja..segalanya dihujung jari hehe..