Halaman

Selasa, 5 April 2016

Ikan Bakar


Hari ini genap 23 tahun usia Akhmal. Dah besar panjang. Katanya, hujung tahun ini nak 'kawen' .

"Nanti, nak bagi bini hang makan apa?" tanya ibu_suri sambil tertawa.

"Tu la... dia kata dok cari kerja ni..." sampuk Ema.

Ema adalah satu-satunya anak menakan ibu_suri yang serasi dengan Akhmal. Mungkin disebabkan sifatnya yang agak ketomboyan, aku tidaklah sangsi sangat akan pergaulan mereka.

Aku minta ibu_suri jemput dia makan bersama kami di restoran ikan bakar di Taman Arowana. Bukan sangat kerana nak raikan ulangtahun Akhmal tetapi lebih kepada kebersamaan.

Di sana, aku perasan yang Ema memerhati gelagat aku mengurus duduk dan makan ibu_suri. Membasuh tangan, mengambilkan ikan bakar setelah disisih tulang serta menyediakan minuman.

"Nanti jika ditakdirkan ayah dah tak ada lagi, Akhmallah yang akan mengganti ayah menjaga ibu..." ujarku selamba.

8 ulasan:

saniah ibrahim berkata...

Alhamdulillah Akhmal dah semakin dewasa,semoga akalnya bertambah matang juga.

Kamsiah Yusoff berkata...

dari segi harga dan rasa..ok ke makan kat situ..

hrusli61 berkata...

Masa Emas dimanfaatkan sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Mak oiii besarnya...dah boleh jadi bapak orang... ok muka hensom cuma kena ubah tebiat je.. dan tough sikit ...tak boleh mengarut ngarut lagi...

insan marhaen berkata...

Kamsiah Yusoff,

2 ekor siakap, telor dadar 4 biji, nasi 5 pinggan dan sotong masak kuning serta minum 4 gelas... RM100. Rasa memang ok...

myliferia berkata...

Ok dah harga tu, sedapnyer ikan bakar :)

Semoga dikurniakan menantu yang solehah :)

Tanpa Nama berkata...

Assalam
Semoga akhmal dapat berubah dengan akhlak yang terpuji dan positif.
Semoga tidak menyalahkan sesiapa atau takdir. Dan semoga dia sedar diri dan tidak bergaul dengan budak yang hanyut.
Dan semoga ibu ayahnya tidak menyalahkan diri lagi dengan apa yang terjadi...sebab akhmal dah besar dan berakal waras. Semuanya adalah kehendak akhmal jua.

Bagusla nak kawen tapi kenali lah tanggungjawab terhadap diri dan mak ayah serta masyarakat. Kalau part no pun melelong kesian anak anak isteri..nooo..

iryanty ismail berkata...

selamat ulng thun akhmal...moga diberi petunjuk dan jaln..amin