Halaman

Jumaat, 4 November 2016

Giliran ibu_suri pula...

Ulangtahun 2015

Hari ini 4 Nov... hari ulangtahun kelahiran ibu_suri.

Dari beberapa hari sebelum ini ibi_suri asyik bertanya apa yang akan aku perbuat ssmpena hari itu walaupun berkali kali juga aku menjawap...

Abang beli kek dan awak potong bersama sama dengan cucu!

Tapi bila tiba hari ini, ibu_suri pula didatangi cirit birit sedangkan aku yang dah hampir seminggu ulang alik ke tandas dah pulih 95%.

Hari ini ibu_suri lebih banyak berbaring, malas keluar rumah malah tak mahu makan.

Susah juga aku memikirkannya. Tak tahu di mana silapnya...

9 ulasan:

Murni Alysa berkata...

semoga ibu suri cepat sembuh..Aamiiin!

Atie Yusof berkata...

Selamat hari lahir buat Ibu Suri. Dpt potong kek dgn cucu dah kira berbaloi sgt. Moga ibu suri di beri kesembuhan oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

Salam im,
Jangan risau Bro. ADA rahmat di sebalik cirit. malah ia mengurangkan berat badan yg natural.
Makan bubur air... setakat alas perut. Kalau sesuap dua tu ok lagi. . Janji minum air..

Kakcik Nur berkata...

Happy birthday Ibu_Suri, semoga segera sihat sepenuhnya...

makchaq berkata...

Di usia macam kita ni lambat silap makan sikit berulang ke pancoq ja la..
Ibu suri sama baya makchaq tau IM.
Dia dulu sekolah rendah kat mana?

Kamsiah Yusoff berkata...

kesian ibu suri..semoga sembuh segera..

Bearcat berkata...

Happy birthday ibu suri.

insan marhaen berkata...

Salam Bearcat,

Cuba lawat blog awak tapi tak boleh buka.

Harap awak terus menulis. Semakin ramao blogger otai gantung pen...

TukangKebun berkata...

Ada kata buah salak bagus untuk pulih cirit birit.
Rebusan daun salam juga katanya membantu.

Semoga sudah pulih.