Halaman

Jumaat, 25 November 2016

Rindu Seorang Ibu

Ibu_suri dah mula menyebut dan terkenang akan Akhmal. Teramat rindu katanya.

Masuk hari ini hampir 2 bulan Akhmal keluar rumah dan tinggal ntah di mana. Katanya dia dah bekerja.

Bila ditanya... dia membisu.

Tapi aku tahu dia ada balik ke rumah. Dia tunggu semasa kami tiada. Aku boleh tahu bila aku masuk saja ke rumah dari membawa ibu_suri jalan, aku terhidu bau dia. Di sokong pula dengan beberapa benda di rumah yang berubah kedudukan atau kekurangan.

Aku tidak memberitahu kepada ibu_suri akan hal ini. Aku juga yang akan susah nanti untuk mencari jawapan kepada banyak persoalan yang timbul.

Sampai bila Akhmal tidak mahu balik secara bersemuka dengan ibu_suri? Masa yang akan menjawap. Namun... yang akan berhadapan dengan ragam itu tentu sahajalah aku.

Aku tak kisah samada dia mahu atau tidak mahu balik ke rumah. Aku dah letih nak fikir semua itu. Dia anak lelaki... seharusnya dia tahu membawa diri, berdikari dan mencari hidup sendiri. Asalkan jangan ulangi dadah dan jenayah...

Malah... sesekali fikir, dengan tidak adanya dia di rumah, aku lebih tenteram, bebas membuat agenda sendiri tanpa semak di dada.

Pun jauh ke dalam hati... anak tetap anak. Walaupun bukan dari darah daging sendiri tapi akulah yang membesarkannya sejak dari tapak kaki 2 jari.

Sesekali... kepiluan itu menyelinap juga ke ulu hati. Dan itu... tak siapa ketahui!


5 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik memahaminya... mereka yang hanya singgah seketika dalam hiduo kita pun kita boleh teringat2, apatah lagi yang diasuh dan ditatang sejak kecil...

Warisan Petani berkata...

Semoga Akhmal mendapat hidayah dan berubah.

Nor Azimah berkata...

Sedih juga terbayangkan kesedihan ibu suri, moga satu hari akhmal memahaminya.

Bunda_nora berkata...

Sedangkan Zarif yang beberapa tahun bunda ngasuh ni pun terasa sayang sangat, apa lagi yang dah lama hidup dari kecik dengan kita walau apa pun hubungan dengan kita, asalkan kita yang pernah mengasuh itulah juga yang kita rindukan..

Kesilapan dia mmencari jalan hidup yang tersasar, cara dia itu masaalah dia, yang pasti IM dah buat yang terbaik untuk dia selama ini...moga suatu hari dia akan sedar dan akan pulang kepangkuan keluarga.

LadyBird berkata...

Sabar yer im.. Huhu.. Smg anak im beeubah nnti. Ameenn