Halaman

Selasa, 1 November 2016

Perut Tak Semia'

Dah 2 hari aku rasa perut aku tak semia' (loghat Perak).

Hari ini ntah berapa kali aku ke tandas.  Cadangnya nak balik kampung esok, tengok mak... tapi mungkin tak jadi.

Ini pun badan dah rasa seram sejuk dan sakit sakit. pertanda nak demam la tu... kalau ikutkan kebiasaannya aku ini.

Mungkin asyik berhujan saja, ujarku pada ibu_suri.

Ataupun salah makan...

Tapi dalam keadaan perut tak selesa dan sakit sakit tulang ini mau tidak mahu aku masih perlu jaga kebajikan ibu_suri.

Dia seperti tak ada rasa nak kurangkan kebergantunhan kepada aku.

Katanya, kalau tak akulah yang berbuat untuk dia (mandi, basih b*r*k, belikan makanan dan picit picit badan bila lenguh), siapa lagi yang dia nak harapkan.

Betullah tu... Tak dapat tidak aku tetpaksa akui.

Aku harap perut aku ini tak meragam lama.

Tapi...tulah... ini pun rasa macam dah nak terkucil ni...

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga segera sihat sepenuhnya, IM...

Atie Yusof berkata...

moga cepat sihat IM.. cuba makan pil chi ki teck aun tu klu tak reda jugak.. klu berterusan baik ke klinik/hsptl...

Nor Azimah berkata...

Masa IM masuk spital kena denggi? aritu sape jaga ibu suri?

insan marhaen berkata...

Kebetulan anak sulong balik cuti raya dalam seminggu.

Dialah yang menjaga...

Tanpa Nama berkata...

Salam...bro...
Kalau asik terkucil... minun teh o pekat letak 2 sudu teh serbuk satu mug. Bancuh ..minum.
Jgn letak apa apa..biar teh kosong.

Itu akan henti kan terkucil.
Tak pun.. minum air kelapa muda.pagi dan petang.inshalllah.

Asik terkucil ni tandanya ada toksik di dalam badan yg perlu dikeluarkan. Bersabar ajalah. Minum air kosong suam sekerap boleh.
AIR kelapa melawaskan dan menghydrate kan badan serta menggantikan electrolyte akibat tahap pembuangan yg di masa yg sama melarutkan bahan kimia penting dlm badan.

insan marhaen berkata...

Memang betul tu. Dari pemerhatian najis dah boleh tahu, perut sedang ditoksidkan.

Jaga makan dan banyak minum air...

Beberapa hari jugak nak pulih tu...