Isnin, 5 Disember 2016

Akhirnya Di Wad...

Akhirnya malam tadi ibu_suri masuk wad bila mengadu semula sesak nafas.

Memang banyak seghongeh dia bila aku pujuk untuk diwadkan.

Alhamdulillah, bila aku tunjukkan kad OKU kepada misi bertugas...

'Shizo... shizo...' ujarnya pada misi.

Bergegas mereka dapatkan katil khas dan tempatkan di bilik 4 orang depan meja mereka.

Agak selesa lokasi ini dan aku percaya dapat memberi keselesaan sekaligus beri emosi positif pada ibu_suri.

Sepanjang malam tak tidur melayan ibu_suri yang tak selesa bila doktor masukkan tiub ke dalam anunya untuk memudahkan air dari dalam badan keluar ke dalam beg tanpa perlu ke tandas.

Corong gas yang dipekupkan ke mulut n hidunh ibu_suri juga merimaskan. Gas tersebut dihidu untuk memaksa air lebihan yangvada dalam paru parubibu_suri keluar.

Satu berita baru yang kurang sedap di dengar ialah jantung ibu_suri mengalami bengkak.

Tapi aku tidak menunjukkan kerisauan itu di mukaku sebaliknya kau buat muka biasa dan layan berswmbang seperti tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Pernah duku ibu_suri tegur aku kerana selalu bersikap relaks dan berkata no problem bila mana ada masaalah berlaku.

Aku katakan padanya.... kalau ketua keluarga pun sama ikut kelam kabut dan susah hati  macam mana dia nak jaga anak buahnya...

Sebenarnya, ketenangan luaran itu sikit sebanyak membantu menenangkan kecamuk dalam dada.

Doakan kesihatan dan keselesaan ibu_suri...


10 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Allahuakbar!!
Benar-benar ujian besar IM kena tempoh
Dari jauh kakak doakan semoga semua ini cepat berlalu
Kesian ibu_suri juga sebab dah selalu dimanja suami tetiba kena masuk salur itu memang tak selesalah dia nak buang air.

mokja berkata...

Semoga IM dan ibu suri diberi Allah kekuatan untuk menghadapi saat saat sakit begini.
Orang yg menjaga pesakit mesti sihat utk itu. Harap IM jaga kesihatan.
Macam saya, bila dah jatuh sakit, semua jadi susah.

Kakcik Seroja berkata...

Semoga kesihatan ibu_suri segera pulih hendaknya...Aamiin...

indai igat berkata...

Semoga ibu suri cepat sembuh dan uncle sentiasa bersabar..jagalah kesihatan uncle

Kamsiah yusoff berkata...

YA ALLAH..besar d8ugaan yg Im terpaksa hadapi..saya doakan agar ibu suri segera diberi kesembuhan..

Etuza berkata...

Asalam..saudara IM ..semoga dimudahkan urusan dan cepat sembuh ya

makchaq berkata...

Makchaq doakan semoga ibu_suri cepat sembuh dan urusan IM dipermudahkan.

Memang la tak selesa bila alat2 dok pasang kat badan. Terbatas nak bergerak.

Nor Azimah Ali berkata...

Situasi sama dgn arwah mak saya, paru2 berair, jantung bengkak, sukar bernafas, tapi mudah2an dengan cepat mendapat rawatan ibu suri dpt sembuh.

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan urusan perawatan ibu_suri.
Didoakan cepat sembuh

Tanpa Nama berkata...

Salam

Jantung bengkak nmjuga boleh disebabkan berat badan obesity. bertambah lagi bila kidney dan jantung overwork iaitu berfungsi 3 x harder to pump oxygen bila jantung dan kidney mula kurang effective dan water retention di kaki kerana kidney dah mula meragam.

Kena jaga air dan gula garam dan makan.
Saya kena monitor tu jugak..