Halaman

Sabtu, 3 Disember 2016

Di Wad Kecemasan


Baru balik dari Hospital Besar Bukit Mertajam.

Semalaman tadi ibu_suri tak dapat tidur. Susah bernafas dan batuk batuk. Sebelum ini pun begitu. Dah sebotol lebih ubat batuk cap Ibu dan Anak dia minum. Vicks dan inhaler menjadi 'teman' seharian.

Bila dia tak selesa begitu, akulah yang jadi 'mangsa'. Kena urut belakang dia, sapukan vicks malam mendengar rengekannya.

Jam 1 malam tadi dia berkeras suruh bawa ke hospital... maka aku ikut saja.

Berbagai soalan doktor bertanya sebab dia tidak ada sejarah asma. Cuma diabetes, hipertensi dan psikiatrik.

Di wad kecemasan, doktor lelaki Cina itu menekan muka kaki ibu_suri.

'Ada air dalam badan'... ujarnya.

'Memang dari dulu macam tu  doc' terang aku.

Susah payah aku dan beberapa staf wad membantu ibu_suri turun dari kerusi roda untuk berbaring di katil.

Aku di arah keluar.

Lebih 3 jam aku menunggu. Lama betul dengan sejuk angin malam dan suasana yang mulai sunyi kerana pelanggan lain dah mula balik.

Bila doktor memanggil semula ke dalam wad kecemasan  aku perhatikan ibu_suri yang sedikit cerah wajahnya di tekupiboleh corong gas.

'Istri awak mengalami paru paru berair. Sebab itu dia susah bernafas dan batuk batuk.

Saya dah masukkan gas. Gas itu memaksa air dalam paru parunya keluar.

Tapi itubtidak cukup. Dia perlu di masukkan ke wad biasa untuk rawatan lanjut.

Tapi istri kamu tak mahu.'

Aku cuba memujuk ibu_suri. Bukan mudah juga. Silap haribulan dia ingat aku memang suka dia masuj wad. Lebih malang kalau dia menyangka dia dah nak mati.

Memang ibu_suri tak mahu. Geleng kepala tak henti henti bila aku cuba memujuk.

'Awak kena sain surat ini kalau mahu keluar. Tapi saya bagi nasihat  bahaya jika tak dirawat segera. '

Aku angguk. Ini bukan kali pertama aku sain surat begini.

Kali pertama aku sain semasa ibu_suei mula mula di serang stroke. Doktor di BM Specialist Center suruh sambung rawatan tapi ibu_suri mahu balik kerana dia menyangka dia dah sihat.

Kali ke 2 dan ke 3 semasa rawatan biasa di klinik. Tekana darah ibu_suri tinggi dan doktor nasihat masuk wad. Aku ambil risiko sain surat kerana keengganan ibu_suri.

Aku minta doktor tulis sedikit nota supaya bila aku berjaya pujuk ibu_suri masuk wad nanti mudahlah aku merujuknya di hospital.

Menangani pesakit seperti ibu_suri memang kena perlahan, sabar dan penuh diplomasi.

Semasa di rawat di wad kecemasan tadi yang rata rata stafnya adalah lelaki tak dapatlah aku nak jaga aurat ibu_suri sepenuhnya.

Terpaksa jugalah biarkan mereka terpandang atau menyentuh ibu_suri.

Merungut juga ibu_suri. Aku cuma katakan bahawa inilah hakikatnya hospital kita.

Selesai solat Subuh tadi, aku suruh ibu_suri tidur. Batuk dan susah bernafasnya sudah tiada lagi.

Hari ini aku belajar satu lagi perkara baru. Batuk dan susah bernafas yang panjang kekadang bukan disebabkan oleh penyakit kebiasaan tetapi mungkin ada kaitan dengan organ dalaman.

Serta merta aku merasakan bahawa aku juga mesti menjaga kesihatan dan mendapatkan rawatan berkala dari hospital.

Umur aku dah menghampiri lewat 50an. Tentunya perkakasan dalam tubuhnya banyak yang dah uzur...

5 ulasan:

Murni Alysa berkata...

semoga Allah permudahkan segala urusan IM & ibu suri..Aamiiin!

Nor Azimah berkata...

Salam, arwah mak saya alami paru2 berair, bila dh byk air di paru2 air tu pergi ke jantung, jantung pun bengkak menyebabkan dia tak boleh tidur berbaring, kalau baring dia tak boleh bernafas. Semasa dirawat di hospital saya cemas dan dan ingat lansung hal ni, mak saya dibaringkan padahal sepatutnya dia tk boleh baring, menyebabkan dia tk boleh bernafas dan meninggal...sebab musabab kan, tapi saya rasa bersalah smp sekarang...

Kakcik Nur berkata...

Beruntung mereka yang seusia kita tapi kesihatan masih terjaga. Kita pun beruntung juga, kerana sakit itu mungkin sedikit sebanyak menghapuskan dosa... Mudah2an...

Kamsiah Yusoff berkata...

saya dok makan ubat Rasitol
utk membuang air dalam badan
cuma makan sebelah ja setiap pagi
kalau tak makan...kaki akan kembung dek air yg berlebihan dlm badan..

LadyBird berkata...

Semoga trs sabar. Sian im n ibu suri.. Lady br th ibu suri ade mslh berkaitan psikologi.