Halaman

Selasa, 31 Mei 2016

Persiapan Puasa

Rasa lega bila dah langsai hutang puasa. Sehari je pun...

Lepas ini nak plan apa yang perlu di selesaikan dan sediakan pula menjelang Ramadhan yang akan hadir tak lama lagi.

Selesaikan hal-hal seperti ambil stok baru ubat ibu_suri, servis kereta, hantar mertua check buah pinggang di hospital, followup pampasan kes kemalangan motor Akhmal, kemas rumah dan ...

Sediakan stok dapuran seperti telor, ikan masin, bawang cabai dan bla..bla.. untuk bersahur jika terdesak.

Aku asyik dok ingat Khamis ni mula berpuasa. Berkali-kali ibu_suri memperbetulkan kalendarku.

Kekadang terbit rasa jeles dengan kawan-kawan yang rata-rata hal rumah diurus oleh isteri. Mereka boleh saja beriftar sana sini, ke masjid on time sedangkan aku kena buat semuanya dari a ke z.

Lebih ketara bila akhir-akhir ini ibu_suri kian uzur lututnya menambah lagi kebergantungan kepada aku.

Isnin, 30 Mei 2016

Susahnya Ganti Puasa

Malu juga rasanya nak tulis hal ini. Maklumlah, punya banyak masa dalam setahun, last minute macam ni baru le teringat nak ganti...

Rasanya selama aku boleh dah berpuasa, tahun lepaslah first time aku ponteng. Masa tu dekatttt sangat dah nak raya. Aku rasa letih satu macam. Sat badan panas. Sat rasa sejuk.

Bila pi check ke klinik, aku di suruh makan ubat dan pergi hospital keesokan harinya. Fikir punya fikir, aku makan juga ubat tu walaupun jam dah 4 petang. Takut juga bila dengar citer bahaya denggi ni.

Esoknya aku talipon Angah minta suruh bawakan ke hospital. Orang lain sibuk beriktikaf kat masjid untuk solat sunat Raya, aku tercegat di lobi hospital.

Memang berat nak ganti puasa ni rupanya. Tangguh punya tangguh. Bukan banyak, sehari je pun. Nasib baiklah Tuhan tak jadikan aku perempuan.

Kekadang terbit rasa sesal, membatalkan puasa dulu. Tunggu je lah 2~3 jam lagi baru makan ubat, apalah salahnya...

Ahad, 29 Mei 2016

Belasungkawa - Salim Saad


Rupanya April lepas, Salim (kiri) telah pun pergi menyahut panggilan Allah. Kanser prostatnya telah mencecah tahap 4 hinggakan dia tidak boleh lagi berjalan biasa semenjak keluar dari hospital Damansara.

Salim adalah rakan sekampung. Mula berkawan sejak kami bersekolah di SR Seri Kepayang, Ipoh. Kemudian belajar bersama pula di Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur.

Persamaan kami adalah minat mengumpul setem. Sama-sama mencari setem di tong-tong sampah hospital atau pejabat pos sekitar Ipoh. Saling bertukar dan berbual tentang setem.

Salim mempunyai seorang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan (kembar) bernama Melor dan Melati.

Perhubungan kami terputus sebaik sahaja tamat belajar di IKM. Hanya bersambung semula sejak tahun lepas dengan adanya wassup. Masa itu dia sudah pun berulang alik ke hospital.

Muga roh Salim dicucuri rahmat Allah. Aku amat terkesan dengan pemergiannya...

Khamis, 26 Mei 2016

Sekeping Nota

Inilah yang istimewanya blog berbanding facebook. Dapat membaca dan imbas semula peristiwa lama yang telah berlaku.

http://hujan-petang.blogspot.my/2013/10/bila-aku-col-ayh-aku-dy-tak-akat.html

Terasa pilu bila terbaca semula catatan ini yang aku sendiri hampir terlupa...

Entah kemana aku letakkan nota itu. Silap... tak simpan baik-baik...


Anak - Freddie Aguilar : https://www.youtube.com/watch?v=-n-2lPzH7Do

Tunggu Angin Reda


Kuat pula angin melanda sekitar rumahku malam ini. Gerun melihatkan bumbung porch kereta terangkat-angkat seperti mahu tercabut.

Segera aku azan di muka pintu. Terselit rasa malu kepada Tuhan. Bila dalam keadaan gawat begini baru teringat Dia. Sebaliknya bila keadaan tenang.

Jiran keliling kebanyakan sudah tidur. Suasana hening di sekeliling rumah. Cuma deru angin, desir pokok mempelam melintuk liuk, derap hujan jatuh ke bumbung dan gemuruh kilat sabung menyabung.

Nampaknya aku tidak ada pilihan lain selain memanggil tukang rumah untuk melihat keadaan bumbung rumahku ini segera.

Mengenangkan rumah yang tercabut bumbung akibat angin ribut seperti di Kedah dan Perlis, aku jadi resah.

Aku tidak rasa mahu tidur sebaliknya mahu tunggu hingga angin reda.

(baru terbaca, memang ada amaran oleh Jabatan Mateorologi, berlaku angin ribut tengah malam ini)


Lagu: Titisan Hujan - Jamal Abdillah : https://www.youtube.com/watch?v=3LydwhQlzcI

Rabu, 25 Mei 2016

Rumah Ke 2

Aku nak ke Perodua sekejap lagi. Tumpang Angah hari ni lewat ke tempat kerja, dia akan mengambil Marissa dari tadika.

Harap ibu_suri tak ikut sama. Boleh aku bertenang-tenang sekejap sambil menunggu keretaku di periksa.

Tak tahu kenapa, sejak balik dari kampung awal bulan ini, bahagian enjin kereta aku asyik mengeluarkan bunyi yang semak perut mendengarnya.

Mulanya aku agak sistem pendinginhawa. Bila Perodua beritahu sistem timing belt dah sampai masa untuk tukar (70 000km), aku pun ikut ja. 

Okey lah untuk beberapa hari...

2~3 hari ni, buat hal lagi. Off  punat pendinginhawa pun sama... ada macam-macam bunyi. Kereta baru usia 3 tahun dah mula meragam. 

Sebelum ini panel gear indicator tak menyala. Nasib baik dalam waranti. Selamat jugalah dekat RM1k...

Bagi aku, kereta adalah rumah ke 2. Tak mahu tension pasal kereta. Hadap kerenah ibu_suri sorang, cukuplah!



Isnin, 23 Mei 2016

Bila Kita Tak Larat


Petang tadi tugasan menghantar mertua ke klinik. Bacaan bp abah sederhana. Kaki kiri abah pun dah surut bengkaknya berbanding sebelum ini.

Terasa cepat benar 3 bulan. Macam baru 3 minggu. 3 bulan ke hadapan aku akan bawa semula abah ke sini. Ingat, nak minta doktor panjangnya julat lawatan ke 4 atau 5 bulan.

Bukan mudah nak urus orang tua yang tak larat berjalan, keras hati dan banyak ragam ini ke klinik. Sebab itulah... sorang demi seorang anaknya pelan-pelan ghuyup yangmana mana akhirnya akulah yang menyerah bahu memikul tanggungjawap ini.

Aku selalu dibebel oleh ibu_suri yang acapkali persoalkan kenapa hanya aku yang cuma menantu sahaja selalu menghantar abah ke klinik sedangkan anak-anak abah yang lagi 8 orang; punya kereta besar dan tinggal pula dekat dengan rumah abah seperti cuci tangan.

Jawap aku ringkas sahaja:

'Kalau mahu anak kita jaga kita bila kita tak larat nanti maka kita kena lebih dulu jaga mak abah kita sekarang ini.'

Namun dalam masa yang sama aku teringat... abah ada anak 9 orang sedangkan aku cuma 3...

Ahad, 22 Mei 2016

Jauhnya Hanya Untuk Makan Tengahari



Tengahari tadi ibu_suri ajak aku makan tengahari di Tikam Batu, Sungai Petani. Angin aku pun baik hari ni jadi... tak banyak soal... jom saja.

Sejak awal pagi aku tak sangat layan dia di dalam bilik. Aku lebih banyak duduk di luar bilik. Kemas dapur, bersihkan ruang tamu sambil layan laptop. Maka nak menjaga emosinya aku rasa perlu ikut.

Dari masa Along sekolah lagi, ibu_suri suka sangat makan nasi paprik kat kedai makan tak jauh dari sekolah Along - Sek Men Al Islah. Kemudian yang terbaru, makan ABC di kedai seberang jalan, tak jauh dari situ. Sedangkan pada rasa lidah aku... sama jer dengan makanan di kedai lain kat BM.

Maka... nasi paprik + ABC... tersandar le jawapnya.

Habis makan, hujan turun teramat lebat beserta angin. Aku teringat yang negara India juga akan menerima hujan lebat setelah kemarau panjang tak lama lagi. India dan Sri Lanka sama jer. Kalau musim hujan, banjir mereka macam banjir kat Pahang baru ni.

Tak jadilah nak ke Hasani Book Store dan ke Kedai Fatimah Bakery seperti selalunya sebelum ini. Balik semula ke rumah meredah hujan. 

Inilah catatanku hari ni...hehe...

Jumaat, 20 Mei 2016

Hadiah Hari Guru



Bukan main tak sabar lagi cucu sulongku tergesa-gesa keluar dari pintu rumah sebaik saja aku sampai dan belum sempat menarik brek kereta.

Sambil menyorok sesuatu di belakang, dia tersenyum bangga. Aku sengaja bertanya...

"Ada apa kat belakang tu?"

Jeng..jeng..jeng...

"Kakak dapat hadiahhhh...." sambil menunjuk sebuah buku yang aku agak buku mewarna.

"Bagi opah tengok...." sambil membuka pintu kereta.

"Eee... cantiknya. Mana Marissa dapat?" tanya ibu_suri.

"Dia menang main 'siapa cepat duduk kerusi' masa Hari Guru kat tadika tadi..." terang Ayu sambil menusuk anak kunci ke mangga pintu pagar.

Aku dah tahu hal ini awal lagi lewat wassap dari Ayu sebelum itu. Sengaja tidak memanjangkannya kepada ibu_suri.

Begitulah tabiat semula jadi setiap anak kecil terutama perempuan. Suka dimanja, dipuji dan diraikan terhadap setiap hasil yang dia telah usahakan... 

Khamis, 19 Mei 2016

Belasungkawa - Al Manar



Semalaman ibu_suri tak boleh tidur. Semalaman juga Akhmal tidak tidur. Pagi ini cuaca agak redup dan hening. Harap-harap, mereka berdua akan lena panjang.

Dah lama aku tak menulis walaupun banyak peristiwa berlaku. Kekadang bila serabut pemikiran, minat mengarang jadi hambar.

Tadi aku mendapat emel dari blog Al Manar. Memberitahu bahawa blogger Al Manar baru sahaja pergi berjumpa Ilahi. Takziah buat keluarga Al Manar. Muga rohnya di cucuri rahmat Allah!

Al Manar adalah antara blog terawal yang pernah aku kunjungi atas nama admin blog ke2ku - SRI MERSING. Beliau pernah mengirim emel peribadi mahu berkenalan lebih rapat dengan aku. Cuma aku sahaja yang tak respon sebab ada rasa segan di hati. Dari penelitian aku, Al Manar bukanlah sembarangan orang. Aku terasa kerdil...

Sebenarnya, pada Januari 2016 lagi aku dah dapat khabar dia kurang sihat. Boleh baca catatan aku di sini.

Al Manar adalah blogger ke 2 selepas blogger Kasim Selamat yang lebih dulu menemui Rab. 

Jumaat, 13 Mei 2016

Hari Ini, Esok Dan Lusa


Hari ini, aku sibuk sikit. Pagi lagi aku dah bangun... mandikan ibu_suri dan kemas rumah. 

Nasib tak baik, ibu_suri buat hal pula. Terpaksa pula mop lantai pintu masuk rumah, bilik dan dapur. Kemudian mandikan ibu_suri... (selalunya, itulah cara instinja' yang meyakinkan buat ibu_suri bila dalam keadaan begini).

Jam 10, bergegas ke Masjid Taman Guar Perahu, tak jauh dari rumah. Anak ke 3 sahabat juga jiran belakang rumah Rusli adakan khutbah (akadnikah). Aku hanya tukang sibuk jer...

Dah lama tak melihat emak Rusli. Susut dan berubah wajahnya. Hampir aku tak kenal. 

Dulu, semasa kami berdua aktif dengan aktiviti JIM (sekarang IKRAM) memang selalulah ke rumah Rusli. Lantaran itulah yang menguatkan ikatan persahabatan kami.

Selesai majlis khutbah, aku ke Tadika Amal Rintis, mengambil cucuku - Marissa dan hantar balik ke rumah.

Selesai sembahyang Jumaat, aku kemaskan halaman rumah dan juga dapur sambil membasuh kain baju yang berlungguk walaupun penghuninya cuma 3 orang. 

Tercungap juga aku yang tenaga ligatnya dah semakin perlahan.

Sekejap lagi nak ke rumah mertua di Taman Buah Pala,Penang. Keluarga ibu_suri khabarnya akan adakan majlis harijadi untuk mak.

10.30 malam terpakssa ambil Along di Stesyen Keratpi Bukir Mertajam (khabarnya perkhidmatan Ekspress Rakyat baru saja ditamatkan..)

Sebelum tidur, aku perlu lihat dan susun senarai lagu nasyid untuk majlis walimah Rusli esok. Aku dan seorang lagi sahabat kami, Isa ditugaskan mengendali sesi DJ Corner. Aku cuma susun lagu jer... tak retilah berheboh.

Ahad, ada kenduri seorang lagi sahabat... Baharom. Tapi ada satu lagi tugasan baru, bawa mertua ke Mesyuarat Agong Koperasi Melayu. Hat ni, tak fikir lagi macam mana nak susun...

Kepada sahabatku Rusli, selamat menerima menantu ke 2.

Rabu, 11 Mei 2016

Oh Tali Pinggang Masa!


Sewaktu balik kampung semalam, berlaku bunyi sekali sekala yang kurang senang di dengar dari bahagian enjin kereta. Aku agak mungkin dari sistem pendinginhawa.

Bawa ke Perodua Seberang Jaya untuk pemeriksaan petang tadi, Kata mekanik, tidak dapat kesan punca bunyi tersebut. Mereka cadangkan tukar tali pinggang masa kerana dah mencecah 70000km.

Setahu aku tahap maksima perlu tukar ialah 100000km. Takapa... aku tangguh dulu sehingga bunyi kurang senang itu benar-benar tidak menyenangkan perut aku.

Berlainan dengan ibu_suri. Fobianya terlebih. Hinggakan terbit bunyi tin minuman bergegar tepi gear auto juga membuat dia menyuruh aku menutup sahaja punat pendinginhawa.

Dah 3 hari berturut-turut hujan di tempat aku ini. Masa hujan beginilah pulak aircond nak meragam... getus hatiku.

Walau apapun, malam ini ibu_suri asyik bernyanyi dan sekali sekali menjerit dalam kereta hingga aku terpaksa menyempitkan lubang telinga. Hepi satu macam pula dia...

Beriya-iya nak makan nasi gulai sembilang panas-panas kat tepi lebuhraya pekan Kulim. Aku layan jer.

Malam ni, aku memandu sambil dengar lagu Iwan Fals pemberian dari kawan Indoesiaku. Aku suka dengar lagu-lagu beliau yang kritis terhadap kebejatan politik semasa...


Isnin, 9 Mei 2016

Along di Columbia Asia


Sedang aku bersiap-siap untuk balik kampung nak jenguk mak yang kurang sihat, tiba-tiba Along talipon memberitahu dia sedang berada di hospital kerana berasa sakit perut hingga ke pinggang.

Aku menaruh kepercayaan bahawa Along boleh urus hal ini sendiri kerana sudah dewasa. Aku pula agak jauh untuk segera ke sana. Lagipun, aku amat 'takut' nak memasuki yang bernama Kuala Lumpur.

Aku meminta 2 adik-adikku yang kebetulan tinggal di sana untuk melihat-lihat Along.

Mulanya, aku katakan... kalau seminggu kena tahan di wad boleh turunlah berat badan. 

Tapi sebaliknya bila Along membalas kata bahawa... menu kat hospital ini macam menu restoran.

Terbalik kot lah nampaknya!

Rabu, 4 Mei 2016

Mak

Dapat tahu mak tak sihat. Tiba-tiba pening di dalam bilik air.

Hati tu, meronta-ronta nak balik tengok mak. Tapi 2 halangan ini... Marissa dan ibu_suri buat aku tak boleh bertindak tergesa-gesa. 

Semalam, Marissa ponteng ke tadika gara-gara tak ada siapa yang boleh ambil waktu balik sebab aku ke hospital bawa ibu_suri.

Selain itu, kalau aku balik juga, ibu_suri belum tentu mahu kalau  jenis rancangan terkejut tergempar ni.  Kalau aku berkeras juga, memang akan bermasaalah di sepanjang jalan pergi, di rumah mak dan di sepanjang jalan balik.

Berdoa sahajalah kepada Allah muga mak tetaplah sihat dan sejahtera. Harap, di hujung minggu ini, aku boleh balik walau sekejap.

Aku tahu, masa aku untuk masih bersama mak tinggal sedikit sahaja lagi dan tidak boleh dipersiakan...

Selasa, 3 Mei 2016

Takdir


Membawa ibu_suri ke Hospital Besar Pulau Pinang, tadi pagi. Rawatan susulan 2 kali setahun yang perlu diuruskan olehku yang bernama suami dengan penuh sabar dan tenang.

Bukan semudah ungkapan. Dengan keadaan parkir yang sesak, giliran yang panjang untuk mendapatkan kerusi roda yang sesuai dengan saiz badan ibu_suri, kekadang terpaksa melayan rungutan ibu_suri yang kurang senang dengan itu dan ini, ditambah dengan kesukaran membuang air kecil kerana saiz tandas yang tidak mesra OKU... 

Aku sempat bercakap dengan deresar yang memeriksa tekanan darah ibu_suri...

"Sepatutnya kerajaan bina banyak lagi hospital besar macam ni kat Penang. HBPP yang ini dah terlalu sendat dengan pesakit dan pengunjung..."

Sepatutnya masa yang diberi oleh doktor untuk giliran rawatan ialah jam 8.30 pagi tapi aku sengaja datang lewat jam 10. Nak cuba lihat suasana agak tengahari.. Betullah jangkaanku. Di lewat pagi, giliran menunggu tidaklah lama sangat berbanding awal pagi seperti sebelum ini.

Aku cuba bodek doktor supaya tempoh rawatan akan datang di panjangkan dari 6 bulan kepada lebih lama. Aku lapik dengan alasan bahawa ubat yang sekarang ini dimakan oleh ibu_suri dah serasi selama hampir 4 tahun.

Doktor yang merawat ibu_suri disetiap kali rawatan memang tak sama. Bila soalan itu diajukan oleh ibu_suri, aku hanya menjawap... mungkin mereka itu bertugas ikut jadual yang ada. Tapi dalam hatiku mengagak... mungkin untuk mengelak doktor dari menghadap pesakit yang sama setiap kali. Stress ooo.... melayan pesakit yang bermacam fe'el ni. Maklumlah... pesakit psikiatrik... mana ada yang normal tabiatnya.

Memang ibu_suri dah banyak baiknya berbanding dulu yang selalu mendengar suara bisik-bisik di telinga, kekadang murung, menangis tiba-tiba, marah atau ketawa tak menentu.

Berbanding orang lain yang aku pernah lihat, aku lebih bernasib baik walau kekadang terbit juga rasa jemu, kecewa, mempersoalkan takdir dan putus asa!

Muga Allah memahamiku dan mengampunkan dosaku... seorang insan yang marhaen...