Rabu, 12 April 2017

Jaga Pemakanan

Pagi ini sampai masa untuk ambil stok baru ubatan ibu_suri dari farmasi Hospital Bikit Mertajam.

Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, aku duduk di kerusi panjang. Sebelah aku ialah perempuan Cina sementara di sebelah dia pula seorang lelaki Cina yang berbalut kakinya disamping kesan parut panjang dan lebar di betis hinga ke lutut.

Perempuan Cina tadi merungut tentang suaminya yang degil untuk berpantang makan. Luka di kaki dan pinggangnya yang bernanah dan susah baik.  Sedang dirawat oleh staf dalam bilik dressing.

'Kena banyak sabar... ' ujarku.

Aku teringat akan penjagaan aku terhadap ibu_suri dan bapa mertua. Memang bukan mudah.  Disamping kedegilan mereka menjaga makan,  ragam mereka juga membuat kita stress yang bukan kepalang.

'Susah lo...  Kulit tak boleh luka sikit. Nanti nanah.  Kena cuci.  Susah baik lo... ' rungut perempuan Cina itu lagi.

'Tak boleh makan sayur hijau.  Ada gula. Makan sayur merah. Tengok wa punya kaki.  Doktor sudah mau potong lo tapi wa cakap jangan... tunggu dulu... '

Keadaan itu semua buat aku jadi 'takut'. Sementara kesihatan aku ini masih baik semestinya aku jaga pemakanan, senaman dan cara fikir.

Aku perlu sihat dan cergas demi untuk dapat terus menjaga ibu_suri dan menjaga amal ibadahku.

Kemudian nombor giliran aku dipanggil...  2101

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga segalanya dipermudahan Ilahi dan teruslah bersabar...

insan marhaen berkata...

Terima kasih atas doa kakcik seroja. Muga kakcik juga sihatvdan damai hendaknya...

Bearcat berkata...

Masa muda kita dah banyak makan. Kini tibalah masanya untuk kita sukat-sukat makan untuk yang perlu sahaja :-)

Unknown berkata...

Kebanyakan penyakit berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak sihat. Kita adalah apa yang kita makan.