Isnin, 24 Disember 2018

Catatan Pagi

1. Pagi ini fokus mata aku kepada sesuatu objek agak kabur. Melihat huruf-huruf di skrin komputer ini seperti berlapis. Sukar nak membuat kerja-kerja membaca dan menulis.

2. Dah lama aku tak balik ke kampung jenguk mak. Terasa bersalah lebih-lebih lagi bila membaca atau menontoh posting kat fb tentang besarnya jasa mak kepada kita dari kecil hingga dewasa.


3. Mulai semalam ibu_suri mula mencuba memakai lampin dewasa semasa majlis kenduri anak saudaranya di dewan FRU, Jalan Padang Tembak, Air Itam, Penang. Sesuai nampaknya. Terus dia memakainya semasa tidur. Tidak lagi aku terpaksa bangun setiap jam untuk menolaknya ke bilik air.

Tapi tu dialah... bila terjaga pagi jam 4.30, lampin dan penuh,bocordan membasah keatas lapik tilam.

Pagi ini sebelum ke tempat kerja ibu_suri pesan suruh beli lampin baru. Nampaknya, bertambah lagi la perbelanjaan harian setiap bulanku dengan masuknya item baru ke dalam senarai perbelanjaan bulanan yakni lampin dewasa.

Kalau sehelai sehari maknanya perlu sediakan 30 helai sebualan.

Kalian ada cadangan membeli lampin jenis apa ( saiz paling besar ) untuk ibu_suri ini. Agak susah juga nak dapatkan lampin bersaiz besar kat tempat aku ini. So far, aku cuma dapat beli saiz L jenama di kedai Hospital Bukit Mertajam.Walaupun tak cukup muat dan terpaksa disokong dengan tali tape, itu saja yang ada.

Kalau dapat saiz lebih besar, harga murah dan mampu tampung air kencing yang banyak lagi bagus.

Muga Allah beri kekuatan sebaik dapat gaji bulan ini aku mampu balik kampung. Dengan idea ibu_suri memakai lampin ini rasanya mungkin kurang masaalah dia hendak ke tandas semasa berjalan jauh. Kena try.

8 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga dipermudahkan Ilahi segalanya...

al-lavendari berkata...

Arwah bapa mertua saya dulu pakai jenama Tena. Puas hati.

Etuza Etuza berkata...

Semua itu adalah saham akhirat IM..bersabarlah dan redha..Allah pasti merahmati Im .Ibu suri pasti sentiasa doakan suami yang baik seperti saudara IM

Tanpa Nama berkata...

Mata kabur..kencing manis tu. Jangan sampai glaucoma. Lampin Tena Slip Super ni elok. Harga pun dalam rm 35 untuk L. Dapat harga borong atau masa offer lagi jimat. Lagipun kain belakang lampin tu ala kain, bukan plastik. Nak murah Tena Value, lagi elok dari Dr.P. Nak senang cari, pergi tesco.

insan marhaen berkata...

Tanpa nama

terima kasih atas teguran dan info.

Normala Saad berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan IM

che nor berkata...

Assalam Tuan, saya beberapa kali membaca blog tuan tp tak pernah tinggal komen. Saya ada anak istimewa, selalunya saya pakaikan dia lampin pakai buang Tena. Setakat ini, yg paling murah saya pernah jumpa di Speedmart. Kalau online, di Lazada pun agak murah sekiranya ada sale. Harap info ini membantu tuan sbb saya faham sangat, anak saya pun kena guna at least 2 bungkus Tena utk seminggu.

insan marhaen berkata...

Che nor,

Terima kasih atas komen. Selama saya mencari jenama yg sesuai utk lampin dewasa adalah Tena. Tapi saiz paling besar pernah jumpa ialah XL, 8 pcs RM25.50

Bagi istri saya, saiz ini masih kecil dan mwmakainya terpaksa guna sambungan tape.

Guna 1/2 hari sahaja sudah penuh...