Khamis, 28 Mac 2019

Gusi Yang Berdarah

Aku memang ada masaalah gusi tak kuat. Mak pernah kata, aku ni ikut keturunan abah.

Semakin berusia semakin ketara masaalah gusi aku ni. Membengkak tak kira masa.

Baru-baru ini tiba-tiba sahaja berdarah walaupun bukan disebabkan menggosok gigi seperti sebelum ini. Panik juga dibuatnya sebab dah nak pergi kerja.

Aku teringat pesan doktor Amin, dentist panel klinik di Seberang Jaya semasa aku pergi cabut gigi yang rosak. Masa tu masih bekerja dan memang setiap tahun syarkat tempat kerjaku beri peruntukan khas sebanyak RM80 ( kalau tak silap ) setahun untuk rawatan gigi. Dia selalu pesan supaya aku rajin berkumur dengan air garam.

Tapi masa tu aku masih muda. Orang muda sibuk dengan cari duit. Mana ada masa nak pikir hal-hal kesihatan gigi.

Jadinya, bila berludah aku itu tak putus-putus mengandungi darah merah pekat, aku teringat nak google akan pesan doktor Amin itu.

Dan aku pun ambil secawan air dan campurkan dengan sesudu kecil garam. Kumor sehingga habis air dalam cawan.

Wah, serta merta air kumuranku menjadi normal. Mulutku tidak berdarah lagi. Power betul kesan rawatan menggunakan garam ini.

Dan selepas itu hingga sekarang ini aku rajinlah berkumur dengan air garam selang satu atau dua hari ( nak kumur tiap-tiap hari takut darah tinggi naik pulak ).

Dan sekarang, aku pula ingin menyarankan kepada rakan blog semua supaya rajinlah berkala dalam berkumur dengan air garam yang berkesan merawat gigi dan gusi.

Bolehlah google untuk melihat manafaat lain yang ada dengan amalan berkumur dengan air garam ini. Aku tak dapat nak lampirkan pautannya di sini sebab talian internet aku ni dah makin menyiput nampaknya...

2 ulasan:

Kuazue Mohamad berkata...

betul tu, berkumur dengan air garam baik untuk gusi, namun bagi pesakit macam cik azue.. selagi masalah bruxism itu tidak dapat di atasi..selagi itu lah gusi akan bermasalah.. dan sekarang tgh menanggung akibat nya.. rahang mulut sakit macam nak cabut semua gigi sahaja rasanya

Warisan Petani berkata...

Penjagaan gigi dan gusi sangat penting.