Jumaat, 23 Oktober 2020

Inilah Aku

Hari ini terasa tidak bermaya. Berjalan pun seakan mahu terkendon lebih lebih lagi bila nak melangkah longkang. Adakah sebenarnya faktor umur yang mencecah 6 siri ini atau sebenarnya kesihatan aku tidak bagus tetapi aku tidak tahu.

Selain terepaksa menjaga kebajikaan ibu_suri, aku juga  saban masa     memikirkan pasal Akhmal yang  belmu lagi aku lawati semejna kida ditahan di penjara reman, pulau pinang Aku dapat tahu bahawa dia telah dipindahkan ke sel baru setelah dilaporkan mengamuk. Dia marahkan aku agaknya.

Keadaan fizikal Angah juga merimaskan aku. Dia mengalami masaalah yang lebih kurang sama macam ibu_suri agaknya - Sleep Apnea. Aku suruh dia ke klinik berdekatan untuk check-up tapi dia ambil mudah. Biasalah kan, masih muda. Seperti ibu_suri dulu, doktor sarankan jaga tahap gula dalam darah yang sudah mula mencecah border line tapi ibu_suri tak ambil kisah.

Angah juga mengalami masaalah kerja yang membebankan. Lori Mixer milik dia itu selalu sangat rosak menyebabkan dia tak dapat kerja dan selalu ulang alik ke bengkel. Tunggakan yuran anak-anaknya di Tadika dan Sekolah semakin bertapuk.

Aku melihat ini dengan semak di kepala.

Impian aku untuk menjalani masa tua yang aman dan hepi tinggal impian. Kekadang cemburu melihat kawan yang bila di rumah ada istri melayan makan minum dan pakai. Boleh tidur bila masa dia suka atau keluar mengeteh dengan kawan-kawan bila suka. 

Tapi tidak aku.

Sekarang jam dah 6 lebih. Masa untuk balik ke rumah. Esok cuti 2 hari.


Seperti biasa, aku akan singgah ngopi di warkop sebelum melangkah masuk ke rumah yang tentunya akan berhadapan dengan rutin yang sama sejak bertahun-tahun lamanya.

Maafkan aku kalau tulisan aku ini sejak dahulu pun asyik penuh dengan keluh kesah dan seribu masaalah. Inilah aku...




10 ulasan:

Amie berkata...

Meluah rasa itu barangkali mampu mengurangkan resah di dada.

saniahibrahim berkata...

IM dengan meluahkan apa yg terbuku dihati,insyAllah akan melapangkan resah.

Warisan Petani berkata...

Semoga menemui sinar di hujung perjalanan

Nor Azimah Ali berkata...

Org yg diuji tu Allah sayang, banyakkan mengadu pd Dia.

Syazni Rahim berkata...

Ganjaran besar menanti bapak di sana, insyaallah.. <3

Kamsiah yusoff berkata...

Mcm mana keadaan ibu suri sekarang...didoakan bertambah baik

Unknown berkata...

Luah kan saja . Kat mana lagi nak luahkan apa kita rasa kalau bukan di blog sendiri. Nak luahkan pada kawan2 depan mata mungkin diaorang pun ada beban lain nak di hadap.

Shida Radzuan berkata...

bertabah dan sabar ya pakcik..mungkin skg xnmpak sng..dgn pahala yg pakcik dapat dr kesemua yg pakcik lakukan dgn ikhlas..esok esok ade bahgia menanti :)

Umialya berkata...

Sekurang2nya IM masih ada Ibu_Suri di dalam meniti usia senja..

Ada kawan, bukan keseorangan..

Kita ambil dari sudut positif, buangkan yang negatif.

Suria Amanda berkata...

Luahkan sahaja apa yang menjadi beban di hati..adakal dengan meluahkan melalui penulisan sedikit sebanyak bebana itu berkurang walau tidak melenyapkan...IM insan terlpilih..allah tidak menduga umatnya andai dia yakin IM tidak mampu...