Ahad, 22 November 2020

Catatan Subuh

Sekitar jam 4.30 pagi ibu_suri teriak nama aku. Beberapa kali juga baru aku bangun.

I lapar la...

Begitulah dia kalau malam cuma makan makanan ringan, bukan nasi. 

Kelak belum sempat matahari bangun dia akan meratus diri kerana lapar.

Aku pun paksa diri, bangun, jerang air dan buatkan se mug milo serta beberapa keping roti sapu kaya planta. Itu yang ringkas.

Selesai beri dia makan ingatkan boleh sambung tidur semula tapi mata dah tak boleh picing. Kaleh kiri kanan, sama.

Sekali lagi ibu_suri teriak nama aku.

Bang, basah la.

Aku tahu, itu maknanya dia suruh aku tukar lampin.

Fikir punya fikir, aku bangun la juga, tukarkan lampin dia walaupun aku lihat lampin itu masih belum sangat perlu ditukar.

Ingat hati kalau tukar sekarang, lambat sikitlah nak tukar yang lain. Dapatlah aku rileks lama sikit.


Dan semasa menukar lampin inilah aku teringat adikku, Duyah di kampung yang diamanahkah oleh keluargaku untuk menjaganya sebab dialah yg paling dekat duduk di situ.

Aku tahu, faham dan merasai bagaimana renyahnya menjaga orang yang sakit terutama mak sendiri yang tua dan lumpuh sebelah badan pula.

Selesai aku urus pakaikan lampin ibu_suri, baringkan dia, selimutkan dan memakaikan 'cuf' oksigen ke mulutnya, aku menghantar wasapp kepada adikku.


Aku menghela nafas panjang dan dalam. Aku teringat bagaima susah payah mak menjaga aku, anak yang sulong di kalangan 10 adik beradik. Sepatutnya di bahu akulah terpikulnya tanggungjawap menjaga mak. 

Namun apakan daya. Tuhan lebih mahu adikku ini yang meraih Syurga berkat menjaga mak...


16 ulasan:

saniahibrahim berkata...

Saya juga pernah menjaga mak mertua yg uzur,masalahnya dia tak mahu pakai lampin pakai buang.Setiap beberapa minit panggil utk dibawa ke bilek air wlpun dlm bilek saja...Allahuakbar memang terasa tekanan yg amat masa tu apatah lagi terpaksa menguruskan ank2 masih kecil masa tu.Tulah kadang rasa apakah dpt pahala atau bertambah dosaku menjaga .

Amie berkata...

Allahu Akbar.
Mudah-mudahan di sebalik kesulitan, Allah berikan ganjaran pahala berlipatkali ganda. Aamiin. Rasa insaf pula ketika membaca.

insan marhaen berkata...

Muga Allah ampunkan kita yg lemah ini

insan marhaen berkata...

Hati yg lembut memang mudah mengambil iktibar dari apa yang dilihat dan didengar.

Muga mendapat manafaat dari catatanku ini...

Warisan Petani berkata...

Ujian manusia berbeza2.
Semuga kita mendapat mengampunan-Nya

insan marhaen berkata...

Sejak 2008 menjaga sidia. Muga terus tabah dan semat menjaganya hingga akhir hayat dia.

Shida Radzuan berkata...

buat baik dibalas baik..moga ada hikmah dalam apa yg berlaku..
moga diberi kesihatan yg baik utk pakcik im juga..

Unknown berkata...

Semoga syurga untuk Im dan adik Im tu..

insan marhaen berkata...

Benar sekali. Berbeza ula cara menghadapinya...

insan marhaen berkata...

Syukran atas doa

insan marhaen berkata...

Jzkk

Kamsiah yusoff berkata...

teringat semasa saya sakit sampai tak boleh uruskan diri sendiri dulu..suami yg buat semuanya smp saya menangis ,sedih dan terharu...

Syazni Rahim berkata...

sedihnya... :(
semoga syurga buat keikhlasan kalian

Suria Amanda berkata...

Sama- sama kita mengutip pahala menjaga orang yang sakit..begitu juga SA...

SalbiahM berkata...

jaga orang sakit dan orang tua perlukan kesabaran yang tinggi. terdetik rasa tak puas hati kalangan adik-beradik tu perkara biasa. Muafakatlah dan saling jaga each other. Semoga urusan IM dan keluarga dipermudahkan

mamapp berkata...

Mama penah merasa jaga arwah maknygvkrna stroke. Apapun diri penjaga tu kena kuat