Rabu, 21 Januari 2015

10 000 Langkah

Liat juga aku nak pergi riadah di Kompleks Sukan MPSP pagi ini. Rasa mahu je sambung tidur. Namun aku papah juga diri ini menukar ke sut sukan.

Kelihatan banyak bas PLKN memakir di sini. Teringat aku akan cadangan kerajaan mahu menangguh program itu tahun ini. Boleh jimat perbelanjaan 400 juta, kononya.

Melihatkan pemandu bas yang lepak di kaki 5 kompleks, aku teringat akan nasib mereka kelak bila bas-bas ini tidak lagi beroperasi. Melihatkan usia yang muda, pasti anak-anak mereka masih kecil.

Aku ditegur oleh seseorang ketika sedang asyik berjalan sambil dengar lagu Anak Kecil Main Api dari talipon bimbit. Gaya berjalannya menunjukkan dia pernah mengalami stoke. Aku biasa lihat dia di sini.

"Nama saya Fauzi. Tinggal kat Kampung Pelet," terangnya bila aku bertanya. Oh, tak jauh dari rumah aku.

"Dah 7 tahun berjalan macam ni. Memang kena kuat semangat. Setiap hari saya berjalan dalam 10 pusingan." Itu buatkan aku mengangkat kening.

"Uhhh... Saya, habis kuat pun 6 pusingan je. Tu pun, balik nanti sakit sendi kaki," jawap aku pula, "Sebaiknya kita berjalan 10 000 langkah sehari. Tapi.... tu dia la...."

Aku jadi bersemangat. Aku terus berjalan ntah ke berapa pusingan lagi.

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mereka yang kurang berupaya kadangkala lebih cekal dari yang sempurna sifatnya....

JR berkata...

Saya masih macam dulu2 juga: joging 6 km sehari (kecuali Jumaat dan Sabtu rehat kaki). Tak pernah rasa liat nak pergi, cuma rasa ketagih dan menyesal jika sehari tak pergi. Bila ada urusan lain yg menyebabkan 4 hari berturut2 saya tak joging, badan rasa tak sedap macam nak demam....

Ibu n Abah berkata...

Suami saya ada jam yg boleh merakam berapa langkah kita ambil dlm sehari.
Pernah katanya.. Berjalan dari wad ke wad, buat round dan segala urusan yg berkaitan.. Beliau boleh capai 10,000 step sehari.
Bila kita tahu berapa banyak kita melangkah sehari, makin teruja kita rupanya.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saudara IM,

Memang sukar nak konsisten dalam beriadah di luar. Dah agak lama juga saya tidak keluar pagi beriadah. Sekarang ini sedang dalam usaha untuk beli 'treadmill'. Itu pun tak tahu juga. Entah boleh bertahan atau tidak. Heheheeeee...

Bearcat berkata...

Brisk walking memang baik IM. Saya pun tu jerlah yang termampu buat :)

iryantyismail berkata...

yan 1 hari seribu langkah pun tak sampai..dah lama tak beriadah

Tanpa Nama berkata...

berjalan adalah senaman yang paling bagus..tengok ajelah bila kita buat umrah dan haji kita lebih banyak berjalan dari satu tempat kesatu tempat..saranan kerajaan dah bagus untuk kita buat senaman dengan berjalan tanpa mengeluarkan modal dan mengekalkan kesihatan kita,juga mengurangkan kos perubatan terpulanglah samaada kita nak melakukan atau pun tidak itu terpulang hak masing2..