Rabu, 17 April 2019

Pukul 2 Petang

Aku tiba-tiba teringat yang abah aku pernah berlakun ( watak kecik je ) dalam salah satu drama yang pergambarannya pernah dibuat di kampung aku satu masa dulu ( tak ingat ).

Aku korek korek info dari adik-adik aku, akhirnya aku dapat tahu tajuk drama itu... 

Pukul 2 Petang
Arahan: Mamat Khalid
Tahun: 1998

Apa lagi, aku muaturun le dari YouTube. Abah aku yang memakai baju biru / cermin mata hitam. Geng kompang ( kompanist )...





Rasanya tak boleh nak letak kat sini sebab siznya yang besar melebihi 100mb. Jadi le... kenangan dari arwah abah...


Sabtu, 13 April 2019

Heh! Heh!

Agaknya memang betullah. Terkena batang hidung sendiri ni.

Selama ni asyik salahkan anak, salahkan ibu_suri, salahkan kawan.

Rupanya tepuk air terpercik ke muka sendiri. Cukup cukuplah membangau.

Bangunlah AKU. Bangunlah. Hidup ini mungkin lama lagi. Kamu perlu cergas, perlu terus sihat, perlu terus positif.

Hidup ini mungkin juga semakin singkat. Jangan bazir masa. Segeralah buat 5S. Bukan sahaja dalam rumah, luar rumah tetapi juga dalam diri dan luar diri...

Bacalah sendiri. Malas nak ulas. Malu...heh heh!

https://www.mingguanwanita.my/kadangkala-perasaan-down-ni-datang-dari-persekitaran-kehidupan-yang-serabut/

Khamis, 28 Mac 2019

Gusi Yang Berdarah

Aku memang ada masaalah gusi tak kuat. Mak pernah kata, aku ni ikut keturunan abah.

Semakin berusia semakin ketara masaalah gusi aku ni. Membengkak tak kira masa.

Baru-baru ini tiba-tiba sahaja berdarah walaupun bukan disebabkan menggosok gigi seperti sebelum ini. Panik juga dibuatnya sebab dah nak pergi kerja.

Aku teringat pesan doktor Amin, dentist panel klinik di Seberang Jaya semasa aku pergi cabut gigi yang rosak. Masa tu masih bekerja dan memang setiap tahun syarkat tempat kerjaku beri peruntukan khas sebanyak RM80 ( kalau tak silap ) setahun untuk rawatan gigi. Dia selalu pesan supaya aku rajin berkumur dengan air garam.

Tapi masa tu aku masih muda. Orang muda sibuk dengan cari duit. Mana ada masa nak pikir hal-hal kesihatan gigi.

Jadinya, bila berludah aku itu tak putus-putus mengandungi darah merah pekat, aku teringat nak google akan pesan doktor Amin itu.

Dan aku pun ambil secawan air dan campurkan dengan sesudu kecil garam. Kumor sehingga habis air dalam cawan.

Wah, serta merta air kumuranku menjadi normal. Mulutku tidak berdarah lagi. Power betul kesan rawatan menggunakan garam ini.

Dan selepas itu hingga sekarang ini aku rajinlah berkumur dengan air garam selang satu atau dua hari ( nak kumur tiap-tiap hari takut darah tinggi naik pulak ).

Dan sekarang, aku pula ingin menyarankan kepada rakan blog semua supaya rajinlah berkala dalam berkumur dengan air garam yang berkesan merawat gigi dan gusi.

Bolehlah google untuk melihat manafaat lain yang ada dengan amalan berkumur dengan air garam ini. Aku tak dapat nak lampirkan pautannya di sini sebab talian internet aku ni dah makin menyiput nampaknya...

Selasa, 26 Mac 2019

Dari Dalam Jiwa...

Ada ruang tapi tak ada ilham. Apa yang nak aku tulis petang ni? 

Jiwa rasa kosong. Hidup rasa seperti tidak sebagaimana yang aku impikan selama ini. Dalam ertikata lain, aku gagal memenuhi cita-citaku yang mengharapkan  hari tua ku kelak... tenang dan damai.

Tapi di satu sudut lain, aku pula terfikir bahawa tak sepatutnya aku mengeluh begitu. Nasib aku boleh dikira baik juga jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih berat beban yang ditanggung.

Aku pun tak tahu kenapa di hujung hayatku terpaksa berhadapan dengan anak yang memberi masaalah. Istri aku boleh terima atas faktor usia dan kesihatan.

Tahun depan umur aku akan melangkau garis warga emas. Tua dah aku ni. Tenaga pun dah renta.

Apa yang akan berlaku bila perlahan-lahan umur aku meningkat setahun ke setahun? Lemah dan semakin lemah? Siapakah yang akan menjaga istriku dan Akhmal ( yang masih seperti budak belasan tahun perangainya walaupun umur mencecah 25 )?

Apa akan terjadi jika sekiranya aku tidak boleh lagi bekerja? Siapakah yang akan sara hidup aku sekeluarga nanti? Sedangkan sekarang gaji sebulan RM1k pun tidak cukup apatah lagi kalau tidak lagi bekerja?

Aku tak sempat nak memikirkan hal ini sedalam-dalamnya dan merancang sesuatu kerana setiap inci masaku akan habis mengguliti ibu_suri yang seolah-olahnya seperti gam yang aku tidak akan dapat lekang daripadanya untuk besendirian dan mententeramkan fikiran.

Setiap masa aku terpaksa duduk di sisinya ataupun paling tidak mengemas rumah yang tak habis-habis dan tak kemas-kemas.

Ntahlah.... sedikit luahan dari dalam jiwa yang berbuku selama ini dan entah sampai bila. Aduh!


Isnin, 18 Mac 2019

Malangnya Nasibku...

Sedang gelisah memikirkan...

1. Duit ofis hilang RM600 sebelum sempat menyimpannya di bank. Kuat sangkaanku ianya di curi oleh Akhmal.

2. Semalam, aku juga baru perasan tong gas dapur aku juga hilang. Ini memang kerja dia. Ini dah kali ke 3 dia buat perangai seperti ini. Akibatnya, aku tidak dapat memasak hatta untuk goreng telor dadar.


3. Tunggakan bil yang mencecah lebih RM1k. Jika tidak dilunaskan pada 25hb ini tindakan pemotongan akan dilakukan oleh TNB. Masaalah kepada ibu_suri nanti.


4. Kompresor aircond kereta VIVAku yang mula menunjukkan tanda-tanda rosak. Disarankan oleh bengkel untuk diganti. Harganya dijangka RM800++. Jika tidak dibaiki segera juga akan beri kesan negatif kepada ibu_suri yang memang kelaziman aku membawanya bersiar-siar keluar rumah bila saja balik kerja atau cuti hujung minggu.

Nak minta bantuan dari Along dan Angah, tak sampai hati kerana aku tahu mereka juga punyai kekangan kewangan tersendiri.

Muga Allah berikan jalan keluar dari permasaalahan ini....