Jumaat, 29 Julai 2022

Hidup Semakin Pendek

Lama sungguh aku tidak menulis. Lebih lebih lagi semenjak ibu_suri sudah 'tiada'. Aku lebih banyak berfacebook, sesekali tengok tv atau dengar muzik.

Aku tak tahu samada blog aku ini masih disinggahi pembaca terutama rakan blog yang semasa dengan aku. Rasanya ramai yang dah gantung 'keyboard'. Faktor mata atau otak yang semakin malas berfikir.

Khabar aku sekarang ialah usia yang semakin tua ( 62 tahun ), tenaga yang semakin kurang, mata yang semakin rabun dan lebih banyak duduk di rumah. Bapa dan mak mertua sudah tiada. Tinggal mak sendiri di kampung yang juga semakin kurus dan berulang-ulang cakapnya.

Along masih tinggal di KL, belum lagi ada jodoh. Angah masih dengan 3 anaknya dan aku setiap hari akan mengambil 2 yang perempuan itu balik dari sekolah. Akhmal yang boleh dikira baru berkahwin tinggal di rumah mertuanya dan sesekali balik melihat aku yang bersaorangan di rumah.

Aku dah malas nak kemas rumah. Malah bilik aku sendiri agaknya dah sebulan tak dikemas. Terasa macam dah takada apa yang perlu dibuat, dibimbangkan atau disegerakan. Bila macam ini, terasa hidup takada "fun". 

Dulu merungut rungut aku bilamana balik kerja terpaksa hadap ibu_suri yang basah lampinnya. Atau bila cuti perlu mandikan ibu_suri secara menyeluruh. Setiap masa makan kena fikirkan apa yang perlu aku sediakan dan suapkan. Rupanya, bila tidak ada dia dan aku dah tak punya apa apa beban dalam hidup, terasa sunyi dan kosong pula.

Ramai kawan-kawan suruh aku berkahwin lain sebagai pengganti teman hidup. Ntahlah, tidak teringin pula rasanya. Mungkin 32 tahun aku hidup bersama ibu_suri membuatkan aku rasa seperti canggung jika hidup pula dengan orang lain. Lagipun aku pernah berjanji dengannya malah dengan diri aku sendiri bahawa istriku hanya satu; itulah yang pertama dan terakhir...

Malah sepatutnya, inilah masa terbaik untuk aku menikmati hidup yang bebas dengan sedikit rezeki yang ada. Masa semakin pendek!


( lagu kegemaran masa sekolah menengah rendah )



Sabtu, 18 Jun 2022

Apa itu perayaan Bon Odori? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin


Aku ingin kongsikan penjelasan Dr Danial Zainal Abidin ( di -antara insan yang banyak mendidik aku secara tak lansung menjadi insan baik seperti sekarang ) mengenai perayaan Bon Odori. 


Muga bermanafaat disamping berhati-hati dalam menilai sesuatu isu yang viral...

Jumaat, 17 Jun 2022

LIKE

Sesuatu yang bagusnya tentang Akhmal ini ialah, setiap kali aku pos status aku di wall facebook, dia akan Like. Tidak seperti Along dan Angah teramat jarang. Adakah mereka tengok status aku di fb atau tidak, aku tak tahu.

Rupanya, tindakan kita mengLike apatah lagi mengLove dapat menggembira dan menyenangkan hati si penulis. Itupun dikira sedekah juga kan?


Mungkin ini satu pengajaran yang baik untuk aku. Perbandingan membuang duri dari atas jalan kepada mengLike status pemukabu yang elok dan bermanafaat...

Jumaat, 10 Jun 2022

Perginya Bapa Mertuaku...

Mulanya semalam aku mendapat wasap dari birasku di Kulim bahawa abah mertuaku sedang nazak. Beliau telah dibawa ke Kulim dari rumah asalnya di Taman Buah Pala, Bukit Gelugor beberapa minggu sebelum itu kerana terlalu uzur. Bapa mertuaku berumur 95 tahun. 

Baru saja sampai di tempat kerja, aku kemudiannya bergegas memandu terus ke Taman Mutiara. Masih dalam setengah perjalanan. aku mendapat panggilan bahawa abah mertuaku telah pun menghembuskan nafas terakhirnya. 

Setelah segala urusan mandi dan kafan selesai, beliau dikebumikan di Masjid Muhammad Al - Fateh, Kulim seusai solat Maghrib.

Mulanya, isteri beliau terlebih dahulu 'pergi'. Dikuti oleh ibu_suri, kemudian kakak sulong ibu_suri dan kini gilirannya pula meninggalkan kami... keluarganya.

Muga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya - Zainal bin Roselin ( 1928 ~ 2022 ).



Rabu, 1 Jun 2022

Hidup Di Usia Muda...

Masa muda muda dulu aku pernah menjadi ketua satu kumpulan nasyid. Namanya Al Muhajjir. 

Merasalah buat persembahan di serata negeri belah Utara. 

Paling best bila buat persembahan sempena keperihatinan rakyat Malaysia terhadap pencerobohan ke atas Bosnia & Herzogovina di Padang Kota Lama, Penang.

Gambar di atas diambil selepas membuat persembahan dalam satu program oleh disebuah NGO di dewan Lembaga Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Selesai persembahan kami telah di temuramah oleh wartawan akhbar dan dimuatkan dalam salah satu muka surat akhbar tersebut.

Bagi aku, hidup waktu muda kalau tidak diisi dengan sesuatu xtvt yang bermanataat kepada masyarakat, amatlah rugi.

Sayangnya, anak anakku yang dua orang di riba aku aku tidak lansung mengikut jejak langkah aku. Mereka hanya larut dalam kehidupan sendiri dan keluarga. Malah, beraktiviti bersama kejiranan juga agak minima.