Halaman

Sabtu, 12 Disember 2009

Ilusi

Aku jarang mimpikan abah walaupun aku mau sangat begitu. Yang kerap ialah mimpikan mak. Seperti malam tadi. Walapun plotnya agak pelik tapi yang pasti aku mimpikan mak.

Aku berada di dalam satu program perkhemahan. Aku berbual dengan seorang perempuan. Kemudian perempuan itu minta izin pulang. Aku pun tak pasti kenapa, tiba-tiba aku teringat untuk mau minta maaf dari perempuan itu lalu aku cuba mencarinya. Tak berjumpa. Aku pun menaiki bas lalu turun di satu kawasan membeli belah. Seakan-akan di pekan kecil Tg Rambutan.

Aku terasa nak buang air kecil. Tercari-cari tandas. Sebaliknya yang aku ternampak ialah mak yang sedang berdiri menunggu bas.

Oleh kerana sudah tak tertahan lagi aku pergi sahaja di belakang ........ (maaf!). Namun baru aku perasan kain yang aku pakai rupanya terkoyak. Koyak besar. Kemudian aku bergegas keluar jumpa mak.

"Mak nak balik ke?"

"Ha..ah"

Kemudian seorang lelaki datang menyampuk. Aku dapat rasakan lelaki ni mesti ada niat jahat. Mak yang ada di depanku ini bukan mak diusia hari ini. tetapi mak ketika masih muda. Sekitar akhir 40an sama seperti umur aku. Rambut mak di potong pendek ala-ala afro. Memakai kemeja T dan berkain batik. Tampak masih lawa. Mak berdiri sambil menjinjing beg sedangkan mak aku sekarang lumpuh sebelah kiri.

"Mak tunggu sini sekejap. Saya nak beli kain. Kain yang saya pakai ni koyak." sambil berpusing menunjukkan kain aku yang terkoyak. "Mak, tunggu ya. Kita balik sama-sama."

Sambil berjalan ke arah kedai aku terfikir pula macammana aku boleh memakai kain dan bukannya seluar? Dan mana lebih baik; beli kain atau seluar sebagai menggantikan kain yang terkoyak?

Tak sempat memasuki kedai pakaian, tiba-tiba mata aku terbuka. Suasana dalam bilik aku sudah cerah. Bangun melihat jam, dah pukul 7.15 pagi. Dah lewat dari subuh rupanya...

Sambil berjalan ke bilik air, aku masih terkenang mimpi aku tadi. Kenapa aku bermimpikan mak. Dan kenapa mimpiku ialah wajah mak ketika seusia sama dengan aku sekarang ini.

Tapi aku akui, antara mak dengan abah aku lebih kepada mak. Mungkin kerana aku melihat sendiri macammana kegighan dan susahpayah mak menjaga kami 6 beradik ketika masih sekolah dan abah pula diserang skizofrenia.

Pun jauh di sudut hati kecil (yang tidak pandai menipu) ini aku akui masih belum mampu membalas segala jasa mak walau pun o.oooooooo1%. Sebaliknya hingga saat seusia ini aku masih menagih pertolongan dari mak. Pertolongan dari keberkatan dan kemustajaban doanya sebagai seorang ibu.

Bukankah sepatutnya aku yang mendoakan beliau? Doa dari anak yang soleh demi kesejahteraan beliau melalui hari-hari terakhir?

Malunya! Ada masa sat lagi insyaAllah aku akan talipon mak, bertanya khabar!


( sumber foto dari - http://shw.s42018.fotopages.com/20412525.html)

5 ulasan:

Mybabah berkata...

Salam. Selagi mak masih ada, mohonlah restu daripada beliau. Doa mak amat mustajab. Saya yang sudah kehilangan mak, hanya mampu berdoa agar hidup mak di alam sana aman sentosa. Anak mak di sini tetap ingat pada Mak...

hentian berkata...

Gitulah diharapkan. Kita berdoa kepada Allah untuk mak dan abah. Muga nanti anak-anak kita akan berdoa untuk kita.

al-lavendari berkata...

beruntunglah awak ada mak lagi. melihatnya wajahnya sahaja sudah dapat pahala. saya sudah tiada lagi kedua2nya. tetiba saya terasa sayu mengenangkannya.

hentian berkata...

Muga Allah cucuri rahmat ke atas ke2 mereka dan lain-lain mereka yang telah pergi lebih dulu dari kita.

Anonymous berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.