Nampaknya, tidak ada pilihan lain selain beli yang baru. Bila rujuk kat TM Point di Bandar Perda, memang warrantynya dah tamat.
Sebenarnya, streamyx yang aku guna di rumah ini asalnya adalah milik Along. Dia mendapat student package semasa masih belajar di KLMU beberapa tahun dulu. Bila aku tersepit dengan belanjawan bulanan, antara kos hidup yang terpaksa aku potong ialah Streamyx.
Bila Along dah habis belajar dan mula memiliki smart phone, dia bagi pada aku dengan memindahkan alamat Streamyx dia ke rumah aku. Dari masa itulah aku guna Streamyx ini semula, kali ini tanpa had.
Memang berbaloi guna Streamyx berbanding sebelum ini aku guna Celcom package. Dengan sambungan wifi, sekalian yang ada di rumah ini boleh akses internet tanpa had, tanpa gangguan dengan satu bayaran bulanan... 68 ringgit. Aku lebih suka guna laptop. Angah pula lebih suka guna tab. Along dan Akhmal guna smart phone.
InsyaAllah, jika nanti aku memiliki smart phone, aku pun boleh godek-godek wassup tanpa susah kat rumah. Tak perlu beli data plan lain semata-mata nak guna masa berjalan di luar. Bila di luar cukuplah cit cat dengan sms...