Akhmal dah pun discaj semalam. Tapi, belum cukup pun sejam di rumah, dah cunggit keluar dengan motornya. Bukan dia yang bimbang, sebaliknya aku.... takut bentan pulak kawasan operationnya itu.
Esok, keluargaku di kampung adakan kenduri doa selamat atas hajat yang dah lama mak utarakan. Esok juga aku ada jemputan kenduri kahwin anak kawan di Chemor. Kawan semasa belajar di KL dulu. Sekaligus, kami akan buat re-union dengan kawan-kawan lain yang dijangka akan hadir sama.
Bila aku suarakan pada Akhmal:
"Esok ayah nak balik kampung. Ada kenduri..."
"Ala... Asyik balik kampung jer..."
Bila aku cadangkan pada ibu_suri bahawa kami cuma pergi Chemor sahaja dan tidak lansung ke kampung, ibu_suri pun bertanya. Dan bila aku jawap:
"Kesian tinggal Akhmal sorang-sorang. Dia kan baru balik dari hospital dan kita perlu jaga makan ubat dan teman dia di rumah."
"Ala.... kalau kita di rumah pun dia bukannya ada. Tengok...... mana dia pergi la ni!... ghaib"
Ni yang dikatakan... luah mati mak telan mati bapak...
Dan sebenarnya, aku memang selalu berada di persimpangan seperti ini...
Apapun, Asar dah masuk. Jom solat dulu. Lepas solat, dah janji dengan ibu_suri nak bawa dia jalan-jalan kat pekan BM. Aku nak beli selipar baru gantikan yang lama dah hampir rabak.
Memandu sambil dengar cd Ebiet G Ade (nama sebenar: Abid Ghoffar bin Aboe Dja'far) yang baru aku terima dari Yani Handayani, Bandung tadi
Lampiaskan sekejap lelah di jiwa ini dan sakit kepala sejak dari pagi. Amat teruja dengan lagu-lagunya yang puitis yang diberitahu bahawa album ini dibikin khas untuk isterinya - Yayuk Sugianto
6 ulasan:
di persimpangan dilema betul ni im...
Kalau ikut pendapat akak ni dahulukan laa hajat ibu IM tu. Akhmal
Itu mengambil masa nak dia berubah. Ibu kita tak tahu jangka hayatnya. Takut kita yg menyesal.
Pujuklah ibu Suri utk balik kampong tunaikan hajat ibu IM.
Semuga niat yg baik dipermudahkan ALLAH.
Kadangkala hidup ini bagaikan tiada pilihan. Tapi, ujian itu sebenarnya untuk mendekatkan kita dengan Tuhan...
Ya IM, saya sangat setuju dengan pendapat ibu n abah tu, sebab selama ni dalam banyak hal saya nampak IM mmg lebihkan ibu-suri dan akhmal, sedangkan yang wajib dipenuhi itu ialah hajat ibu, minta maaf sesangat kalau buat IM kecik hati.
Saudara IM,
Saya dibertahu oleh seseorang yg berasal dari Indonesia bahawa pernah seseorang membatalkan hasratnya untuk murtad apabila mendengar, menghayati lagu2 EGA yg puitis dan bersifat keagamaan.
Allahu a'lam...
Sdr IM
Semoga setiap kali bersua dengan keadaan serba salah, Allah beri panduan untuk kita menyelesaikannya dengan cara terbaik. Hanya Dia yang layak disembah, dan kepadaNya kita minta pertolongan.
Catat Ulasan