Halaman

Jumaat, 18 Mac 2016

Bila Kepanasan

Haba panas yang semakin menggigit buat aku ambil keputusan meluluskan Akhmal tidur di bilik tengah yang juga ada penghawadingin selain bilik ibu_suri.

Bilik tengah adalah bilik Along dan Angah semasa remaja dulu. Bilik belakang adalah bilik CT semasa dia pernah aku jaga seketika dulu. Kemudian Akhmal ambil aleh. 

Bilik belakang memang hangat sebab cahaya matahari yang jatuh memang tepat memijarkan dinding bilik hingga ke malam. Bilik tengah berkuap sebab tidak ada ruang udara keluar masuk. Justeru itu, semasa bilik itu dijadikan bilik pengantin untuk Angah, dipasang penghawadingin.

Tak sampai hati melihat Akhmal 'menggelepar'  hangat di musim panas lit lit begini sedangkan di waktu malam kami nyenyak tidur berselimut.

"Tapi ayah jangan bawa keluar barang dalam bilik. Biar macam tu. Biaq dia guna untuk tidur saja." ujar Angah.

Sebenarnya, bilik itu aku berangan nak jadikan bilik sembahyang, bilik bacaan, bilik menulis dan bilik tetamu. Akan tetapi belum kesampaian.

Apapun, nampaknya sehari dua ini sikap Akhmal agak okey. Dan aku berasa lapang dada melihat dia juga selesa.

Aku faham, Akhmal tidak seperti anak-anak aku yang lain. Cara berfikirnya agak mundur 2~3 tahun ke belakang. Inferiority Complexnya juga agak tinggi.

Sindrom Disleksia yang dialaminya membuatkan dia terpaksa mendapatkan pendidikan formal di Kelas Pendidikan Khas. Sayangnya, kelas itu hanyalah kelas umum dan bukannya khusus untuk anak-anak Disleksia.

Hal inilah yang menuntut kesabaran yang tinggi dalam aku menjaganya!

11 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Cuaca memang sangat hangat sekarang. Memasak seketika atau menggosok pakaian pun membuat baju basah dek peluh...

Kakzakie Purvit berkata...

Sudah sepatutnya pun kenalah adil dalam cuaca panas sekarang
Rasa kakak kalau tidur tak beraircond waktu sekarang pasti tidur dgn peluhlah..

Nor Azimah berkata...

Alhmdulillah, tumpang lega krn akhmal berubah

Nor Azimah berkata...

Alhmdulillah, tumpang lega krn akhmal berubah

Kamsiah Yusoff berkata...

bilik tido saya on aircond dan kipas sekaligus..

Omong Mak Long..... berkata...

Bil letrik pun naik juga. Bil air pun naik juga sebab nak kena mandi selalu biar sejuk badan.

Yaya Azura berkata...

akhmal disleksia rupanya...

Tanpa Nama berkata...

Salam saya disleksik tapi baruntau masa nak masuk tagun dua univrrsiti. Kekurangan saya a kelebihan orang.kekurangan orang kelebigan saya.
Tapi mada kecik mak baoak ingat saya bodoh.
Masa tadika saya tulis tgn kiri mak bantai
.tulis tgn kanan..
Confuse instruction nak tulis patern.
Lama lama ok...tulisan ikut moodla
Boleh buat cantik sgt atau malas buruk sgt.
Oleh kerana saya suka history..saya suka membaca.tapi saya boleh ingat jalan lancar aja...termasuk shortcut

Time kwcik teruk kena paksa latih tubi exercise dari maths sampai semua ..lepas tu srp lost sikit. Lepas tu ok la..pilih subject yg saya ada strength..reading. so..saya belajar usaha persevere.. sbb saya tak di muakan dan dimanja kan..saya tahu tanggungjawab saya
Malah saya bebas bergerak ..tapi sayu tahu peraturan rumah.malah arwah mak tahu kalau takde hal aaya duduk.kat rumah membaca. Petang kemas luar..sapu daun.basuh bilik air.cucie rumah lap.habuk lantai.etc.
Bila saya pergu belajar semua benda ni takde sapa buat.
Anak yg ada menunjukkan masalah belajar.perlu dididk dan diterapkan disiplin dan tidak boleh dimanjakan sangat.
Anyway i have discipline.seboleh boleh saya cuba buat benda harian ber jadual. Disebabkan saya cuma tahu saya ni dyslexic bila dah nak pergi abroad
Makanya saya tidak memjadikan ini halangan
.segala kegagalan adalah satu ujian. Saya bangkit dan cuba..sampai tak boleh

Disebabkan dulu dulu hujung 70an dyslexic ini tak famous time.saya masuk tadika tapi saya kena marah hari hari. Semua ingat saya bodoh. Saya malas nak cakap.sebab semua org yg ajar rasa.diaorang sgt pandai.
Anyway saya yg pertama grad dalam keluarga alhamdullillah....its a mind over matter thing..bukan salah kan sesapa..
Wasalam

insan marhaen berkata...

tanpa nama,

baru baca respon saudara. tersentuh hati kecil saya ini.

harap saudara tak keberatan jika saya berkongsi dengan bloggers lain akan tulisan saudara ini untuk maklumat berguna bersama...

Tanpa Nama berkata...

Salam..tak oe share lah. Tak de masalah. Dyslexia bujan alasan untuk buat perangai. Dyslexia adalah otak kita di hard wired the other way round and lihat benda terbalik.etc.
Itu bukan alasan untuk mundur ..
Salah laku adalah banyam sifat diri sendiri..melainkan akal benar benar terencat.
Orang akan ingat orang diam dalam kelas adalah lembap san bodoh. Padahal kami berfikir dalam otak ...

Wasalam

Tanpa Nama berkata...

Maaf banya salah ejaan sebab pakai touch screen.