Alhamdulillah. Kes kemalangan Akhmal yang berlarutan dari 2012 akhirnya diselesaikan secara luar mahkamah, hari ini.
Kes ini memakan masa lama kerana laporan polis yang dibuat oleh ketiga-tiga pihak yang terlibat berbeza hingga sukar bagi peguam pembela, peguam insuran dan majistret membuat keputusan.
Akhmal cuma mendapat pampasan sekitar RM2k. Setelah ditolak kos guaman, pembaikkan motor yang rosak dan kos laporan perubatan, dapatlah seciput jer.
"Rasanya ini lebih baik daripada berlarutan hingga mengganggu kerja dan urusan kami yang lain," ujarku.
Itu apa yang nyata di mata sahaja tapi yang lebih benar ialah aku dah letih melayan kerenah Akhmal yang tak sabar membawa dan menunggu di mahkamah. Mahkamah... siapa yang biasa dengan hal-hal seperti ini ini tentu maklum...
Pada aku, ada kalanya kita perlu ambil kira soal wang. Namun ada juga keadaan di mana wang bukan keutamaan tetapi kedamaian hati.
Hari ini, keputusan untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah, aku persetujui kerana kedamaian hati itulah.
Selepas ini aku boleh urus temujanji abah mertua dengan pihak hospital untuk pemeriksaan buah pinggang dan kemudiannya balik kampung ziarah mak!
8 ulasan:
Silap haribulan, kos berulangalik itu lebih dari kos tuntutan yang diperolehi, kan?
kes mahkamah mmg memerlukan masa,tenaga dan wang...
Betui tu IM.. kalau boleh selesai luar mahkamah lagi senang...
Benarlah ketenangan hati dan fikiran tulah yang diperlukan. Banyak wang ringgit belum tentu memberi dan dapat kebahagian yang dicari.
Kedamaian boleh juga dirasai apabila berpeluang menatap KAABAH dengan secara berhadapan. Tiada ucapan boleh menceritakannya.
Alhamdulillah selesai jua akhirnya.
Alhamdulillah yah gan
Alhamdulillah...hati yang tenang adalah rezeki yang terbaik...
Catat Ulasan