Halaman

Isnin, 6 Jun 2011

Jika Allah Masih Sayangkan Dia!...2

Kalau sudah lama berkahwin tetapi belum rezeki untuk mendapat anak mungkin boleh dikecualikan. Namun janganlah jika sebaliknya.

Aku selalunya berkata begitu pada rakan-rakan yang datang bertanyakan pandanganku akan hasrat mereka untuk beranak angkat. Mereka bertanya kerana mereka tahu aku ada.

"Fikirlah seribu kali. Menjaga anak angkat tanggungjawapnya berat. Ujiannya juga berat." Begitu nasihatku pada mereka.

Setelah bersalaman, aku duduk di kerusi menghadap Tuan Shuhaimi. Sibuk nampaknya dia sedang menyiapkan laporan kes Akhmal.

"Macammana encik menjaga anak encik?"

Foto Google
Aku terdiam mendengar soalan itu. Tak tahu nak jawap macam mana.

"Saya lihat encik ini seorang yang lembut. Saya hairan kenapa anak encik boleh jadi begini. Bukan anak encik seorang saja. Banyak kes-kes jenayah melibatkan anak angkat. Apa yang tak kena dengan anak angkat ini, saya pun tak faham. Nak katakan orang tua tak menjaga dengan baik, tidak. Macam encik, saya percaya dari cara encik, encik adalah bapa yang bertanggungjawap."

"Mungkin ini cara mereka menunjukkan rasa tidak puashati mereka atas apa yang berlaku. Mereka memberontak dengan cara yang negatif. Seolah-olah membalas dendam pada keadaan yang mereka tidak reda."

Untuk kesekian kalinya berada di IPD Perda itu kerana mahu diambil kenyataan bertulis.

22 ulasan:

IMANSHAH berkata...

kesian bagi pasangan yang masih gagal mendapat zuriat. Allah maha mengetahui

Bapak berkata...

sabarlah IM. Allah beri kita ujian sebab tahu kita mampu menghadapinya...

kakcik berkata...

Semoga Akhmal akan berubah juga untuk menjadi lebih baik.

Kakzakie berkata...

Kalau ambil anak angkat tapi jangan putuskan silaturrahim dgn keluarga asal lebih baik....

Keluarga kakak masih mencari anak angkat hingga kini...

ahsfantasy24 berkata...

sabar dengan ujian..
ssunggugnya Dia maha
mgetahui tntang sgala ssuatu~

hentian berkata...

imanshah,
ya.. bagi yang mengalami kegagalan memiliki anak, tahulah bagaimana sunyinya kehidupan.

bapak,
memang, kesabaran adalah resipi IM paling utama dalam menghadapi semua ini. harap Bapak dan rakan-rakan lain juga begitu.

kak cik,
itulah yang IM selalu bisikkan kepada Tuhan dan kepada ibu_suri bila dia merintih merindui Akhmal.

kakzakie,
IM memang masih berhubung dengan keluarga Akhmal.

ahsfantasy24,
sabar itu walaupun tak semudah menyebut perkataan memang mau tidak mahu kita kena menggenggamnya dengan erat.

hrusli61 berkata...

Tidak mengambil anak angkat akan bermasalah kesunyian, jika ambil anak angkat mungkin akan bermasalah lain.

Turuti naluri dengan keikhlasan untuk berbakti dan hadapi masalah yang mendatang dengan suluhan iman.

Sham berkata...

hem kena minta dia reconsider balik ni...

Sham berkata...

pernah juga bagi cadangan pada sahabat yang belum berzuriat untuk mengambil anak angkat...tp tak terfikir plak masalah2 yg bakal melanda dia nanti...

roslaini saad berkata...

kalau tanya pendapat saya...
Nak bela anak sendiri pun susah .. ini nak bela anak orang...anak angkat...

Tapi kalau tak ada anak sendiri..tak ada ikhtiar lain kan..cuma yang saya perhatikan.. orang yang tak ada anak, tiba-tiba bela anak angkat.. bukan main lagi dimanjakan... jentik pun tak boleh.. semua kemahuan diturut....

alongxp berkata...

saba la bang IM... setiap perkara tu mesti ada hikmahnye... by the way bang, mana bloglist? tuka template, ngan bloslist skali tuka? hehehe

diana berkata...

mungkin anak angkat lelaki berbeza dengan perempuan..
adik saya pun anak angkat jugak..
tapi syukur dia
tau bawa diri ..
tau hargai jasa mak ayah angkat dia..
syukur sangt2 sebab mak buat keputusan yang betul dulu..
kalau mak tak bagi dia kat orang mesti dia tak macam sekarang...

ghost writer berkata...

tak semua anak yang akan mengikuti pengajaran yang kita terapkan sedari dari kecil lagi...

nyanyisunyi berkata...

Mudah2an IM sentiasa diberi kekuatan menghadapi maslah akhmal..seperti sy juga yg sentiasa berdoa muga sy juga kuat.

NzA berkata...

ada hikmah disebalik kejadian....

Adinda Amy Sensei berkata...

IM................apa khabar? sihat?

zul permatang badak berkata...

sabar...mengharungi liku2 hidup...

Aida Ali berkata...

Saya punya adik yang diangkat oleh bapa saudara saya semasa lahirnya. Sedih kerana dia tak 'menjadi'... Entah di mana dia sekarang???

siti murni berkata...

sebagaimana susah nak mengambil anak angkat...begitu juga susahnya nak menjaga dan mendidik mereka..besar amanah & tanggungjawab tu..

abu muaz berkata...

bukan anak angkat saja IM... anak sendiri pun memeningkan juga kita dibuatnya zaman sekarang.

ibuintan berkata...

besarnya dugaan IM membela anak angkat

pecinta_Islam berkata...

br sy tau IM ada anak angkat..hmm..berapa dh umur nya?semoga tabah menghadapi dugaan ini