Halaman

Khamis, 9 Jun 2011

Jika Allah Masih Sayangkan Dia!...3

Sewaktu berada di dalam kamar Mahkamah II, aku lihat ramainya waris yang hadir adalah kaum Melayu dan India. Kalau ada lain pun seorang Cina.

Pesalah yang berada di dalam kandang juga rata-ratanya Melayu dan India. Ada rakyat Vietnam, Indon dan mungkin Bangla. Ada seorang berbangsa Cina. Adakah ini petunjuk bahawa peratusan kes jenayah kini dipelopori oleh kaum Melayu dan India? Kes-kes pula sedari kesalahan trafik, kegagalan bayar hutang bank, dadah hinggalah kepada kes curi motor.

Duduk di kerusi ala tangga kambing ini amat melenguhkan. Nak bersilang kaki pun tak boleh. Nak tengok talipon bimbit pun bimbang akan dirampas jika ternampak oleh polis mahkamah.

Nak keluar atau masuk melalui pintu kena membongkok dulu ke arah Tuan Hakim tanda hormat. Yang memakai baju kot hitam ini aku agak rata-ratanya peguam. Aku dinasihatkan supaya jangan terpedaya dengan peguam yang menawarkan khidmat untuk pembelaan. Rupanya di sini pun ada peguam ala-ala ulat tiket di stesyen bas ekspress. Kalau boleh, aku katakan ianya adalah ulat kelas atasan!

Memang aku terasa kesaorang dan kesepian di sini. Lantas begitulah agaknya perasaan waris-waris yang terpaksa memikul tanggungjawap untuk ambil peduli terhadap apa yang berlaku kepada anak, suami atau saudaranya. Bagaimana agaknya kalau waris itu dari keluarga yang susah, tua atau sakit?

Kekadang aku rasa beruntung kerana di’anugerah’kan Tuhan berkesempatan melalui skrip yang mendebar dan menekan sukma ini. Plot kehidupan yang begini akan lebih mematangkan peribadi. Dan di saat inilah baru setiap pesalah itu akan mengenali siapa kawan atau saudaranya yang sebenar.

Akhmal di beri pilihan ikat jamin rm8k atau ditahan sementara menunggu tarikh perbicaraan 2 bulan dari sekarang!

19 ulasan:

Kamsiah berkata...

dugaan mematangkan kita,membuatkan kita kenal siapa kawan sejati...yg sanggup bersusah bersama...

pastinya proses naik turun mahkamah mengambil masa,tenaga dan kekuatan mental IM...demi insan bernama anak..!!

diana berkata...

demi anak apa pun sanggup kita tempuh..

nyanyisunyi berkata...

berdoa pada Allah yg Maha Mendengar muga dipermudahkan segalanya.

Aida Ali berkata...

Allah Maha Mengetahui.

kakcik berkata...

Semoga Allah mempermudahkan segalanya buatmu.

ibuintan berkata...

semoga semua urusannya berjalan lancar

RM8k.. banyak tu IM

NzA berkata...

setiap ujian ada hikhmah yg trsembunyi....yg pasti kita akn brtambah kuat....

S..U..D..@..I..S berkata...

ibu bapa akan sanggup apa saja untuk anak..besaq pengorbanan ibu ayah.
semoga anak2 diberi hidayah dariNYA

MulutPayau berkata...

semoga Allah permudahkan segala urusan...

siti murni berkata...

Kalau lah anak-anak tahu..betapa sulitnya perasaan ibu bapa kan...
sabar lah IM..

hrusli61 berkata...

Kesempatan anugerah Tuhan melalui skrip yang mendebarkan dan menekan sukma ini IM anggap beruntung sungguh saya kagumi.

Kalau boleh saya tidak mahu masuk mahkamah dan menempuh pengalaman yang berdebar ini. Namun marilah kita doakan agar segalanya ini akan cepat berakhir dan menatijahkan kebaikan buat semua.

petai jeruk berkata...

Salam..

Ya Allah, mudahkan urusan saudara ku ni dalam menghadapi apa jua masallah.

Kakzakie berkata...

Kalau kakak berada di tempat IM pun tak tahu nak pilih yg mana satu. Kalau 8K banyak tu IM!!

مسافر_اسلام berkata...

Sesungguhnya hanya mereka yang megalami suasana itu shj yang megetahui perasaan dan pahit perit naik turun mahkamah.

Semoga cerita ini menjadi pedoman utk anak cucu pada masa hadapan, INsyaAllah

ghost writer berkata...

nama yang cukup mengaburi..'kelas atasan'..bila menyentuh soal ini pasti kita mula merasakan akan kekebalan dowang dari segi undang-undang..apalagi ia dkaitkan dengan 'law members'..

keterlaluan kalau saya bertanya apa kata putus yg abang ambil sebelum abang sendiri yang putuskan untuk akhmal.

Ali ridha berkata...

ni kes bukan mengira kaum.tetapi manusia yang buat silap.atau ada udang disebalik batu.kenapa cina kurang???????

mamai berkata...

dalam kita mencari keadilan masih ada lagi yang mengambil kesempatan

hani@debumelukut berkata...

Hadapi lah segala nya dgn redha walau redha itu seang cakap dari buat..
Manusia tak terlepas dari masaalah.Dugaan lah yang menjadikan kita lebih dekat kepada Dia..kepada Dia lah kita bermohon sembah.
Semoga IM dan Ibu Suri tabah sentiasa.

Mario berkata...

lama bro tak update...bro sihat?