Aku abadikan di sini gambar-gambar aku semasa menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas Jamaah Islah Malaysia yang di adakan di Darul Puteri, Cheras pada hari Sabtu 29 Disember 2012 lalu.
Berbanding 22 tahun usia JIM (27/7/1990 ~ 29/12/2012), apalah sangat dengan penghormatanku ini berbanding jasanya terhadap perjalanan hidupku! |
Memang terasa amat sebak bila menyanyikan lagu JIM di saat terakhirnya sebagai sebuah organisasi yang tulus dan teguh. Sebenarnya aku juga sedang menahan airmata dari tertumpah ke pipi! |
Sahabat baikku yang aku hargai kesetiaannya bersamaku dalam susah senang di jalan dakwah bersama JIM... |
Memang aku sungguh-sungguh mengaminkan doa ini kerana amat bersyukur dapat bertemu JIM yang akhirnya berjaya menemukan aku dengan jalan dakwah seperti hari ini! |
Lagu rasmi JIM
Lagu 'Jalan Dakwah'
Aku rasa cukup beruntung kerana dapat bersama-sama dengan sahabat seperjuangan menghormati hari-hari terakhir sebuah organisasi yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan dalam dakwah masyarakat.
Kini aku beraleh kepada IKRAM; medium perjuangan yang lebih besar dan segar. Walaupun aku masih ditahap 01 di segi pengkelasan tarbiyah namun bagi aku yang utama bukan ditahap mana tetapi sejauhmana aku dapat bersamanya di dalam arus perdana perjuangan. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk bersamanya!