Halaman

Sabtu, 22 Disember 2012

Padang Kota Lama

Blogger JH dan WN berduet selaku DJ 

Mula konvoi dari rumah Blogger JH jam 9 pagi. Beberapa lokasi kami singgah, menerima lagi sumbangan dan mendengar tazkirah. 5 jam berkonvoi dengan bantuan polis trafik akhirnya kami tiba ke Padang Kota Lama pada pukul 2.30 petang. Jumlah terakhir kutipan yang berjaya kami kutip ialah RM21 ribu. Khabarnya Afdlin Shauki dah pun sampai ke Pulau Pinang jam 11 pagi lagi.

Syukur kerana ibu_suri tampak ceria di sepanjang konvoi. Gembira dia kerana dapat bertemu semula dengan ramai teman seperjuangannya dulu. Ada di antara mereka yang mengajak ibu_suri aktif semula membuat kerja amal masyarakat. Tapi aku rasa mereka juga faham akan keterbatasan ibu_suri kini.

Sayangnya, ibu_suri yang mengalami masalah pergerakan terpaksa duduk saja di kereta. Hujan  renyai mula turun buat aku rasa kurang selesa mengenang kebajikan ibu_suri. Dan lebih susah bila ibu-suri mengadu hendak buang air. Di Padang Kota Lama..... mana aku tahu di mana ada tandas khas untuk OKU.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar dari kelompok mereka di Padang Kota Lama dan terus ke Ipoh. Hujan Lebat dan deretan kenderaan yang panjang mengiringi aku hingga ke Hotel Bajet Ipoh.

Esok baru aku akan menemui mak di Kampung Kepayang, kampung dimana aku dibesarkan!


8 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Tidak pernah berpeluang meyertai aktiviti sebegini, walau teringin..

ANIM berkata...

saya sering berangan untuk turut serta dalam kerja2 begini..tahniah utk IM dan ibu_suri.

❤Kamsiah❤ berkata...

kelmarin ada kenduri kat guar perahu tu...hujan punya la lebat...habis lencun sekeluarga...

insan marhaen berkata...

NH,
Kalau mint insyaAllah, mesti jumpa dan cari peluang untuk sertai. Percayalah... Memang membahagiakan.

Anim,
Sertai mana-mana NGO. InsyaAllah, angan-angan akan menjadi kenyataan.

Kamsiah,
Hujan sebenarnya di seluruh negara. Ipoh pun hujan lebat...

norh berkata...

Bila dah berdua, senang saja nak ke mana pun kan..

Jay Ar berkata...

Kalau ke Penang (sebelah pulau), dua tempat yg jarang JR terlepas pergi ialah Padang Kota Lama dan Pasar Chowrastra. Pasembor Padang Kota Lama memang sedap...

makchaq berkata...

Tahniah atas usaha IM dan rakan2..
Banyak kutipan yg berjaya dikutip, tak sia2 la sekala usaha

Elok jugak dapat bawak ibu_suri ikut aktiviti2 yang dia suka buat dulu2.. tentu dia seronok dpt jumpa kawan2 seperjuangan...


insan marhaen berkata...

norh,
memang terasa sangat beruntung bila dah berdua saja. nak makan apa, nak tidur dimana cuma fikirkan untuk kami berdua saja. kos rendah dan ak renyah.

jay ar,
IM paling tak minat pi pasar chowrasta.

mak chaq,
ada baik dan buruknya kalau terlalu bagi pendedahan pada kawan lamanya. kawan-kawan dia bukan tahu apa yang boleh dan tidak boleh ceritakan pada ibu_suri.

yang nak kena tanggung untuk menjawap atau menyejukkannya nanti ialah.......IM juga!