Aku tak ingat tarikh bila video ini aku ambil. Yang pastinya ialah ketika aku menghantar dia ke rawatan susulan di unit Psikiatrik, Hospital Besar Pulau Pinang. Masa itu Covid 19 belum menyerang negara kita.
Apa yang nak aku tunjukkan di dalam babak awal video ini ialah ibu jari tangan ibu_suri yang bergoyang di luar kawalan dia.
Keadaan ini berterusan walaupun selepas aku adukan kepada doktor. Doktor sarankan dia makan ubat urat saraf namun sindrom ini masih sama sehinggalah pergerakkan luar kawalan itu merebak hampir ke seluruh jari tangan kirinya.
Sampai ke satu tahap dia tidak boleh lagi memegang pinggannya sendiri ketika makan. Maka setiap kali dia nak makan aku perlu memegang pinggannya sehinggalah dia selesai makan.
Nasib baiklah ianya berlaku pada tangan kiri. Kalaulah di tangan kanan lebih susah dia sebab tidak boleh menyuap malan atau memegang apapun kerana semuanya akan terjatuh.
11 ulasan:
Ya Allah..berbagai ujian dariNya. Hanya bersabar dan muhasabah diri.
Teruskan kehidupan dengan bahagia ya. paling terhebat apabila kita dekat dekat dengan Allah..InshaAllah akan tenang dan damai...
tinggal kenangan semua tu., subhanallah
Al-Fatihah buat ibu suri
Salam wak lat,
Cuba nak tinggal komen di entri wak lat hari ini tapi tak berjaya.
Mungkin guna handphone tak sama dgn guna pc.
Terlalu banyak ijlan yg naik.
Terima kasih...
Semoga ibu_suri tenang dan damai di sana
saya cukup kesian dengan keadaan dia..
apa-apapun perlu bersabar.
Tuan boleh cuba amal produk halia hitan Volten sebagai usaha rawatan
Semoga diberikan kemudahan
Semua jadi kenangan buat IM...semoga IM kuat semangat...SA doakan agar dipermudahkan urusan IM
Video yang mengamit kenangan..
allahu... semoga ibu_suri tenang di sana... al-fatihah khususan utk ibu suri ya IM
Catat Ulasan