Isnin, 31 Disember 2018

Selamat Datang Esok...



Esok adalah 2019.

Aku tidak menaruh apa-apa azam untuk kerjabuat tahun esok. Cuma berharap semua beban yang memberat di bahu ini sejak sekian lama akan menjadi sedikit ringan.

Aku rindu pada kedamaian, ketenteraman dan meraikan hobi ku sejak muda serta berkecimpung dengan kerja-kerja kebajikan.

Aku rindu kampung, rindu mak, rindu kawan-kawan sekolah dan saudara mara.

Aku rindukan masa laluku walaupun aku tahu ianya sudah lama tiada namun setidak-tidaknya bau itu masih ada.

Dan berharap akan lebih banyak menulis diblog, merakam perjalanan hidupku buat tatapan dan arkib diri sendiri.

Terima kasih kepada semua yang pernah dan selalu membaca serta memberi komen ke setiap entriku. Kalau boleh kalian tinggalkan jejak di entri ini, sekadar nak tahu penjejak blogku sejauhmana...

Sekali lagi... terima kasih!

Rabu, 26 Disember 2018

Hebat

Ada orang kata aku ni hebat sebab setia menjaga ibu_suri walaupun sudah 10 tahun lamanya.

Tapi bila aku terbaca artikel ini tadi terasa diri ini amat kerdil dan taklah sehebat mana...

http://gengjoyah.com/2018/12/24/demi-tiga-wanita-berbelas-tahun-lelaki-ini-rela-abdikan-diri/

Kalian bacalah. Mungkin akan mendapat motivasi juga...

Isnin, 24 Disember 2018

Catatan Pagi

1. Pagi ini fokus mata aku kepada sesuatu objek agak kabur. Melihat huruf-huruf di skrin komputer ini seperti berlapis. Sukar nak membuat kerja-kerja membaca dan menulis.

2. Dah lama aku tak balik ke kampung jenguk mak. Terasa bersalah lebih-lebih lagi bila membaca atau menontoh posting kat fb tentang besarnya jasa mak kepada kita dari kecil hingga dewasa.


3. Mulai semalam ibu_suri mula mencuba memakai lampin dewasa semasa majlis kenduri anak saudaranya di dewan FRU, Jalan Padang Tembak, Air Itam, Penang. Sesuai nampaknya. Terus dia memakainya semasa tidur. Tidak lagi aku terpaksa bangun setiap jam untuk menolaknya ke bilik air.

Tapi tu dialah... bila terjaga pagi jam 4.30, lampin dan penuh,bocordan membasah keatas lapik tilam.

Pagi ini sebelum ke tempat kerja ibu_suri pesan suruh beli lampin baru. Nampaknya, bertambah lagi la perbelanjaan harian setiap bulanku dengan masuknya item baru ke dalam senarai perbelanjaan bulanan yakni lampin dewasa.

Kalau sehelai sehari maknanya perlu sediakan 30 helai sebualan.

Kalian ada cadangan membeli lampin jenis apa ( saiz paling besar ) untuk ibu_suri ini. Agak susah juga nak dapatkan lampin bersaiz besar kat tempat aku ini. So far, aku cuma dapat beli saiz L jenama di kedai Hospital Bukit Mertajam.Walaupun tak cukup muat dan terpaksa disokong dengan tali tape, itu saja yang ada.

Kalau dapat saiz lebih besar, harga murah dan mampu tampung air kencing yang banyak lagi bagus.

Muga Allah beri kekuatan sebaik dapat gaji bulan ini aku mampu balik kampung. Dengan idea ibu_suri memakai lampin ini rasanya mungkin kurang masaalah dia hendak ke tandas semasa berjalan jauh. Kena try.

Jumaat, 21 Disember 2018

Pancit

Semalam, masa aku ke rumah Angah untuk layan kehendak ibu_suri bermain dengan cucu-cucunya, Angah secara sorok-sorok hulurkan aku RM150. Duit poket le tu. 

Hepilah aku sebab lapanglah sikit poket menjelang nak dapat gaji hujung bulan ni.

Dah puas ibu_suri melayani kerenah cucunya terutam Uwais yang dah masuk 5 bulan usianya, aku bawa ibu_suri jalan-jalan cari makan.

'Nak kemana?'

'BM la...'

Aku ikut saja arahannya. Aku memang dah tak tahu ke mana lagi nak bawa dia berjalan-jalan sebabnya dah tiap-tiap malam seperti itu hingga dah rasa tidak ada lagi tempat baru di dalam peta rondaan harianku.

Dipendekkan cerita, aku memandu ikut Jalan Baru. Tiba-tiba bunyi kuat menghentak tayar belakangku dan tiba-tiba terasa berat pemanduan. Segera ketepi jalan. Astaghfirullah hil azim....


'Kenapa dengan tayar?'

'Pancit. Kena tusuk besi"

"Habis... macam mana?'

'Kena tukarlah!'

'I kena turun ke?'

'Tak apa. Agaknya tak berkat rezeki kita hari ni?'

'Apa? I tak faham...'

Aku diam sahaja sambil mengambil peralatan yang perlu. Besar juga besi yang menancap tayar kereta aku ni. Jangan-jangan tak boleh guna dah tayar ni.

Sambil membuka skru tayar aku terfikir pula...

'Kenapa mesti menyangkakan rezeki aku tidak berkat ( walaupun mungkin ada benarnya ). Kenapa tidak menyangka bahawa Allah tahu tayar aku akan pancit. Kerana itu dia gerakkan hati Angah untuk memberi aku sedikit wang yang aku agak adalah seharga tayar baru itu nanti.'

Memang benarlah. Bila aku ke kedai tayar tadi pagi, tayar yang pancit itu tak boleh ditampung. Kena ganti dengan tayar baru berharga RM140. Ada lebih RM10 agaknya Tuhan bagi untuk upah penat aku.

Bila selesai semuanya aku memandu ketempat kerja dengan kembali memikirkan poket aku yang kembali sempit...

Jumaat, 14 Disember 2018

Boleh Menjerit Tak, Bang?

Kekadang menjaga insan yang berubah-ubah emosinya ini terbit juga rasa bimbang atau boleh dikatakan takut.

' Terasa nak menjerit la, bang. Boleh tak.I menjerit? '

' Dalam kereta boleh. Kat rumah tak usah lah. Sat lagi tak pasai pasai ramai pulak orang datang. ' ujarku dengan sedikit rasa debar debar tiba tiba mengguncang dada.

' arrghhhhh....arghhh.... arghhh...... ' ibu_suri tetap melepaskan jeritannya di sebalik bantal yang dipekup ke muka.

Aku cuba bertenang sambil menghadap talipon sambil mengharapkan insiden malam ini tidak lebih dari sekadar melepas emosinya yang mungkin terlalu gembira atau ada yang terbuku yang aku tidak mengetahui.

Nasib baik rumah di sebelah aku tidak bepenghuni. Tuan rumahnya tinggal di KL. Sesekali sahaja balik menjenguk rumah.

'Abang.. Picit belakang...'

Aku pun tak banyak bantah. Memang dah rutin setiap malam tanpa mis, memijak atau memicit micit belakang ibu_suri menjelang mata nak pejam.

Memang kena banyak sabar,tenang, bertolak ansur dan menyerap segala kelukaan. Kalau tidak begitu, audah lama rumahtangga aku purak puranda.

Anak-anak aku mungkin tidak nampak itu senua!

Ahad, 9 Disember 2018

Masak Lauk Apa Hari Ini?

2.30 petang;

Aku memang selalu berharap agar dapat memasak sendiri untuk makan tengahri di setiap cuti hujung minggu. Saban hari membeli lauk kedai dah rasa jemu dan tepu. Hendaknya pulak untuk.memenuhi citarasa ibu_suri dan anak3 aku ini agak serba tak kena. Iyalah... Jemu dengan lauk yang pusing pusing... itu juga.

Kekadang aku perasan mereka buang saja bila setiap kali menyelak tudung bakul sampah.

Tapi aku dah tak pandai masak seperti masa remaja dulu. Tatkala menjaga adik adik yang masih kecil dan.mak pula bekerja menoreh getah belah pagi dan mendulang bijih timah di sebelah petang.

Sejak duduk di hostel, kemudian bekerja dan kahwin, alskill aku kian pupus.

Boleh la setakat goreng goreng dan tumis tumis. Boleh la setakat makan sendiri.

Semalam aku goreng ikan cencurut. Ikan lain akhmak3 dan ibu_suri kurang suka. Nasi senang je. Tenggek dengan rice cooker. Aku suka bubuh air lebih sikit supaya lembut nasi. Serap kuah dan bila makansenangvtelan.

Kuah.sahaja yang bwli.

Hari ini aku nak goreng ayam. Campur dengan hirisan bawang banyak banyak dan sulam dengan halia.

Mulanya aku ingat nak sulam dwngan daun limaunpurut sahaja yang banyak ada si dwpan rumah tapi ibu_suri tak mahu.

Selera makan ibu_suri memangbtakbtetap. Selalu berubah ubah. Hari inibdia suka A esok pula dia sah tak suka sebakiknya mahu B pula.

Kalau nasib tak baik, aku la perabis semuanya dan belubyang lain untuk dia.

Sekarang ini tengah goreng ayam. Lupa pulak nak suruh penjual tu potong kecil, dia potong nala punya besaq. Kenalah kerat sendiri. Sakit juga tangan aku ni.

Kalau aku ingat, sat lagi aku snap foto dan letak di sini.

Maaf, kalau banyak typung error dalam entri hari ini. Menulis guna henfon memang menyiksakan.

Senang senang aku perbetul bila berjumpa dengan desktop...


2.50 petang:



Dah siap. Entah macam mana tiba tiba teringat nak tambah kicap. Jadilah ayam goreng tumis kicap berhalia. Macam tu lah kot.

Rasa belum tahu lagi. Sementara ibu_suri dan akhmal masih tidur, aku pun ingat nak lena sat.

Malam tadi memang tak sempurna tidur sebab ibu_suri hampir sejam sekali asyik gerak aku bangun suruh bawa dia ke bilik air.

Kata orang, sementara bayi masih tidur mak pun kena tidur sama sebab bila bayi dah jaga mak tak ada can dah nak rehat...

Tapaknkaki dan peha kanan pun dah rasa kebas sesangat sebab berdiri lama...

Isnin, 3 Disember 2018

Rindu Bahagia



Nak update sedikit blogku ini sepanjang beberapa minit lagi nak habis waktu kerja. 

Nampaknya tahun ini entri blog aku tidak sebanyak tahun-tahun sebelum ini. Menjelang 2019 yang akan tiba tidak lama lagi, banyak peristiwa dalam kehidupan sepanjang 2018 yang tidak banyak aku rakam. Terasa rugi kerana suka duka yang telah aku lalui itu tidak dapat aku lihat semula dan mungkin aku akan terlupakannya.

Aku sayang kepada blog aku ini sebenarnya. Aku merasakan ianya seperti milik mutlakku secara percuma dan selamanya. Aku tidak mampu menulis buku walaupun itu cita-citaku sejak dari bangku sekolah. Kekuatan minda aku tidak mampu untuk mengarang walaupun sekadar sebuah cerpen.

Aku pula tidak reti menulis bahan ilmiah. Tidak betah menulis cerita dari alam imiginasi. Aku cuma reti menulis dari realiti pengalaman hidup. Sayangnya, dari remaja lagi hidup aku ini banyak pahit dari manisnya. Atau mungkin aku ini terlalu perasa hinggakan yang remeh temeh pun aku rasa besar dan boleh mengganggu jiwa.

Jiwa sentimental!

Apapun, bila sesekali difikirkan, aku boleh dikira berjaya juga mengharungi kesemua susah senang hidupku selama 58 tahun usia ini. Ada orang lain yang kecundang. Yang bunuh diri juga ada ( sahabat sekerja ) semata-mata kerana tidak sanggup menghadapi kekecewaan. Yang sewel pun ada.

Muga Allah berikan aku kekuatan dalam menghabiskan sisa-sisa hidup yang masih ada. Aku rindu pada ketenangan dan kebahagiaan hidup di satu hari nanti...

Khamis, 29 November 2018

Kehilangan

Bangun  pagi  ini jauh  di jiwaku terasa  amat sepi.   Terasa seperti  tidak  dihargai. Terasa  seperti aku sahaja yang perlu ambil peduli  hal istri dan  anak-anak  akan tetapi mereka tidak terhadap aku.

Bila mereka perlukan sesuatu, mereka menoleh kepada aku akan tetapi bila aku memerlukan sesuatu, mereka seperti tidak mengendahkan walaupun aku memberikan isyarat perlu itu.

Kekadang aku bertanya kepada Tuhan, selama mana aku perlu lalui semua ini. Kenapa aku tidak mendapat suasana hidup santai dan lapang seperti sahabat-sahabatku yang lain. Ada istri yang ambil berat tentang makan pakainya, ada anak-anak yang akan bertanya khabar ayahnya dan dapat membaca isihati ayahnya yang memerlukan.

Pagi ini aku lebih terasa bila ibu_suri membasah di tepi katil kerana tidak sempat ke bilik air. Lewat sangat ke tempat kerja.

Bila selesai semuanya dan berkira-kira nak bergerak ke ofis, Anak3 pula minta duit sedangkan malam tadi aku dah beri.

" Senang-senang saja kamu minta duit dari ayah sedangkan ayah sedang susah hati memikirkan poket mana nak diseluk untuk sara makan menjelang gaji yang entah bila boleh dapat ini. "

Memang betul komen Warisan Petani dalam entri aku 2 hari lepas;

' aku sebenarnya sedang stress... '

errr.... bukan.

'aku sebenarnya terasa kehilangan. Dan berasa hendak pergi jauh-jauh membawa diri...'

Entahlah... nak salah siapa pun, aku tak tahu; atau tak perlu salahkan sesiapa?

Lagu dari penyanyi kegemaranku ini agaknya boleh menyatakan sebahagian dari rasa hatiku ketika ini. Maaflah!



Selasa, 27 November 2018

Aduyai.....


Entah kenapa hari ini aku merasa amat 'letih'. Bukan sangat fizikal tetapi lebih kepada mental atau mungkin rohani. Otak rasa kosong. Hati rasa nak marah tapi tahu kenapa dan kepada siapa.

Aku tak singgah untuk beli apa-apa makanan untuk Akhmal dan ibu_suri seperti selalunya dalam perjalanan balik kerja. Dah berhenti di tepi jalan untuk singgah di pasar malam Tok Elong tapi kemudiannya membatalkan hasrat bilamana rasa jauh sangat terlajak dan malas nak berjalan patah balik.

Aku singgah di kedai Johan, beli biskut. Aku terbayang-bayang Ali Tea dan mencicahnya dengan biskut, satu cara makan ringan yang aku gemar, yang aku tahu tak siapa dari istri atau anak-anakku tahu gemar aku yang ini.

Aku rasa lega sebab malam ini tidak ada kelas Cepat Membaca di BRRC Desa Murni. Bolehlah aku relaks sekejap sebelum membawa ibu_suri keluar jalan-jalan seperti rutinku.

Tiba-tiba bos tempat kerja talipon...

"Anta tak hantar cover note insuran kereta tu kat Dr ..... lagi ka? Kan ana dah pesan minggu lepas..."

Aduhh.... Aku antara ingat dan lupa pulak akan hal itu. Segera darah aku terasa turun naik turun naik di dalam kepala. Jantung aku rasa seperti cepat pula denyutnya.

"Abang pi mandilah. Nanti lambat nak tengok Uwais.... Asyik tengok talipon je..." desak ibu_suri yang baru selesai solat Isya'.

Aku dengan rasa amat malas untuk mengangkat punggung turun dari katil dan mencapai tuala. Terasa amat beraaatttnyaaaa....

Rabu, 7 November 2018

Temujanji Dengan Doktor Pakar KK




Belum habis letih dengan temujanji di Klinik Pakar 1 Isnin lepas, bertemujanji di Klinik Kubang Semang pula.

Temujanji ibu_suri sekarang ni bukan lagi dengan doktor biasa malah rata-ratanya dengan doktor pakar.

Letihnya bila rapat sangat tempoh temujanji dengan doktor ini sekarang ini berbanding dulu bukan sangat membawa dia tapi bila terpaksa mengusung masuk san keluar kerusi roda dari dalam kereta.

Lebih melelahkan ialah bila terpaksa menolak naik jika ada gon ke dalam atau keluar klinik. Kadang-kadang bila tak mampu, rasa tidak segan meminta tolong orang keliling membantu tolak sama.

Istimewanya pemegang kad OKU. Setakat ini semua pemeriksaannya adalah percuma. Jika sebaliknya, mungkin dah ribu rm duit keluar dari kocek.

Marilah sama-sama kita jaga kesihatan kita. Jangan langkau makan pagi, jangan makan lewat malam, kurangkan manis dan berminyak.

Paling penting jangan fikir yang remeh-temeh, yang tidak boleh selesai biarkan masa menentukan, yang berat-berat letakkan ke tepi. Kita rai setakat yang kita ada dan mampu.

Jangan takut buat medical checkup. Makanlah ubat ikut jadual.

Kasihi diri kita dan sayangi Tuhan!

Selasa, 6 November 2018

Bila Yang Datang Itu Adik Sendiri...

Dah lama tak ber'silat' pagi pagi ni. Dah lama rumah ini tak didatangi tetamu.

Tercungap-cungap juga. Namun tetap rasa ria kerana semacam dah lama tak berjumpa mereka.

Aku teringat akan hadis yang menyatakan bahawa tetamu yang datang ke rumah kita akan membawa rahmat. Betul ke?

Bila aku semak rupanya hadis itu adalah palsu. Cuma yang sahih Nabi menyatakan adab kita memuliakan tetamu yang datang.

Apapun aku memang rindu pada adik - adikku semua. Rindu yang hanya tersorok di dalam dada...


vlog kredit: Bca Faisal
lagu: Gema Rindu / Alleycats

Isnin, 5 November 2018

Di Klinik Pakar 1


Semasa aku menemani istri di wad 103, Hospital Besar Pulau Pinang untuk berjumpa doktor pakar dada tengahari tadi, di sebelah ada seorang pesakit juga yang sedang menerima nasihat doktor.

Kedua-dua doktor ini yang sedang menemuduga istriku dan seorang lagi pesakit itu berbangsa Cina. Masih muda, lembut tutur bicaranya dan manis.

Pesakit di sebelah istriku itu pula berkerusi roda seperti juga istriku ditemani oleh anak perempuannya.

Aku sempat mengerling ke kepingan x-ray yang melekap terang di skrin berlampu tepi dinding. Aku agak lelaki ini mengalami masaalah berkaitan paru-paru berdasarkan imej dada di kepingan x-ray itu yang tidak berapa 'cantik'.

Banyak juga soalan dari doktor yang menemuduga istriku.

"Awak tahu kenapa istri awak datang ke sini?" Tanya doktor sambil memandang ke muka aku.

"Check dada lah!" Spontan aku menjawap tapi tiba-tiba terasa 'bodoh' pula jawapan aku itu.

"Untuk ujian 'sleep test'..." terangnya.

Ahaaa.... ya ya... baru aku teringat. Adeh!

"Tunggu sekejap ya. Saya jumpa dengan ketua saya dulu untuk berbincang." Lalu dia bangun, mencapai kad berwarna coklat yang tercatit hasil temubual dia dengan istriku sebentar tadi dan keluar bilik.

Lenguh berdiri, aku melabuhkan punggung ke kerusi warna merah di sebelah istriku.

"Doktor tak keluar makan ke?" Soalku pada doktor yang menemuduga pesakit paru-paru yang baru sahaja ditolak keluar oleh anaknya.

Entah kenapa, peramah pula aku hari ini...🙂

"Haiyahhh..." panjang luahan kehampaan dari dada doktor yang bercermin mata itu sambil tunduk menulis.

"Awak lihatlah. Macam mana saya mahu pergi makan."

Aku membuat senyum tawar kerana memahami siruasi doktor itu.

"Dia ada masaalah paru-paru ke?" Soalku yang agak gerun nak menyebut perkataan 'kanser' sedangkan itulah yang sempat aku curi dengar tadi.

"Ya..."

"Heavy smoker?"

Doktor itu mengangguk lagi sambil teruskan menulis.

Spontan aku teringatkan anak-anakku. Juga secara tak sengaja teringatkan Shamsul Ramli dengan suaranya yang "seksi' itu.

"Saya cuba nasihat dia supaya ikut rawatan apa yang saya cadangkan tadi tapi dia tak mahu dengar. Haishhh.... susahlah!" Sambil menggelengkan kepala tanda hampa.

"Saya ada banyak experience dengan pesakit degil macam ni. Nantikan bila dah sakit teruk teruk baru datang jumpa doktor nak minta ubat. Sudah terlambat."

Aku teringat istriku yang sedaya upaya aku cuba mematuhi nasihat doktor di sudut apa saja rawatan yang disarankan oleh doktor. Kalau tidaklah begitu, taklah aku sampai ke sini biarpun terpaksa mengharung kesesakan Jambatan Pulau Pinang, kesukaran mencari parkir kosong, terpaksa mengusung keluar masuk kerusi roda yang berat dari dalam kereta dan menolaknya yang berberat 130+ kg hingga berkeriut kerusi roda itu menampung beban.

"I think the most problem of him is attiude rather than sakit dia, " aku beri pendapat.

Doktor itu mengangguk.

"Berapa umurnya?"

"50 tahun lebih sikit" jawap doktor.

"Oh, younger than me la..." seru aku sedikit teruja. Melihatkan raut wajah pesakit itu tadi aku ingatkan dia mungkin pangkat abang sahaja dengan aku.

Perbualan kami terhenti bila doktor yang menemuduga istriku masuk semula dan mengajak aku ke bilik sebelah untuk mendapatkan tarikh rawatan sleep test istriku.

Dalam masa melangkah keluar aku tiba-tiba dapat merasakan betapa beruntungnya aku yang berjaya menjaga diri aku dari terjebak ke kancah puntung rokok. Sedangkan semasa aku belajar dan tinggal di hostel Institut Kemahiran MARA kuala Lumpur dulu bukan sikit dari kawan kawan aku yang menghisap rokok hatta keretek mahupun jenis 'sedut asap'melalui batang betik!

Ahad, 4 November 2018

Sanah Helwah, ibu_suri!

Bulan ini memang penuh dengan temujanji. Hampir kesemuanya dengan doktor pakar.

Hospital dan klinik seperti dah menjadi tempat reakreasi. Pusing pusing cari parkir. Putar putar mencari wad. Tolak dan tarik mencari tempat.

Kesemua ini menerbit keringat, menuntut kederat dan menagih semangat.

Doakanlah muga sabar, ikhlas dan perasaan kasih sayang itu kekal di sekitar kami.

Sanah helwah... ibu_suri!


Speechless...

Jam 9.30. 

Aku pun tak ada plan apa-apa walaupun ibu_suri kerap bertanya... harijadi dia nanti aku nak hadiahkan apa?

Aku bukan dibesarkan dengan budaya sambut harijadi. Orang kampung yang miskin, yang nak berbelanja ke sekolah pun sekadar membeli aiskrim Malaysia potong dua dengan adik, mana teringat 'kemewahan' yang seperti itu.

Tapi bila berkahwin dengan orang Pulau Pinang ini, memang ada sedikit kejutan budaya. Pertembungan ini kekadang terpaksa aku serap ke dalam budaya aku sendiri.

Dipendekkan cerita ( sekarang ni memang malas menulis panjang-panjang sebab sukar menaip di skrin talipon yang kecil), Angah suruh aku bawa Marissa dan Qaisara ke kedai kek dan hadiahkan kepada ibu_suri.

Oleh kerana ibu_suri sekarang ini dah tak boleh berjalan keluar kereta, kami raikan bersama di dalam ruang yang sempit, di kotak parkir Nash Bistro, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Harga kek dah bukan soal. Tidak ada pilihan. RM50 itu adalah harga yang paling rendah di antara banyak banyak kek.

Tak sangka pula, pandai Marissa menulis dan melukis sendiri kad ucapan walaupun baru berusia 6 tahun...





Mungkin video klip itu tak muat untuk dimuatnaik di sini kerana saiz yang besar.

Boleh saja tonton di status fb aku di sini...

Sabtu, 3 November 2018

Pesan Guru Sejarah

Pesan dari guru sejarah semasa aku belajar di tingkatan 4 sains 3 (1976), sekolah raja chulan, ipoh, perak masih aku ingat dan aku pegang hingga ke hari ini.

Katanya;

Fikirlah 1,000 kali sebelum kamu membuat keputusan. Setelah keputusan dibuat, jangan toleh kebelakang lagi. keep moving.

Ini adalah salah satu bentuk keyakinan diri. pendirian kita perlu jelas dalam berhadapan dengan sesuatu pilihan. Setelah memilih maka genggamlah dengan erat, penuh ketabahan dan kekuatan...



vlog kredit Bca Faisal
lagu: Kembali Ke asalmu - Alleycats
album: Suara Kekasih 1985

Khamis, 1 November 2018

Wad 103

Semasa aku menemani istri di wad 103, Hospital Besar Pulau Pinang untuk berjumpa doktor pakar dada tengahari tadi, di sebelah ada seorang pesakit juga yang sedang menerima nasihat doktor.

Kedua-dua doktor ini yang sedang menemuduga istriku dan seorang lagi pesakit itu berbangsa Cina. Masih muda, lembut tutur bicaranya dan manis.

Pesakit di sebelah istriku itu pula berkerusi roda seperti juga istriku ditemani oleh anak perempuannya.

Aku sempat mengerling ke kepingan x-ray yang melekap terang di skrin berlampu tepi dinding. Aku agak lelaki ini mengalami masaalah berkaitan paru-paru berdasarkan imej dada di kepingan x-ray itu yang tidak berapa 'cantik'.

Banyak juga soalan dari doktor yang menemuduga istriku.

"Awak tahu kenapa istri awak datang ke sini?" Tanya doktor sambil memandang ke muka aku.

"Check dada lah!" Spontan aku menjawap tapi tiba-tiba terasa 'bodoh' pula jawapan aku itu.

"Untuk ujian 'sleep test'..." terangnya.

Ahaaa.... ya ya... baru aku teringat. Adeh!

"Tunggu sekejap ya. Saya jumpa dengan ketua saya dulu untuk berbincang." Lalu dia bangun, mencapai kad berwarna coklat yang tercatit hasil temubual dia dengan istriku sebentar tadi dan keluar bilik.

Lenguh berdiri, aku melabuhkan punggung ke kerusi warna merah di sebelah istriku.

"Doktor tak keluar makan ke?" Soalku pada doktor yang menemuduga pesakit paru-paru yang baru sahaja ditolak keluar oleh anaknya.

Entah kenapa, peramah pula aku hari ini...🙂

"Haiyahhh..." panjang luahan kehampaan dari dada doktor yang bercermin mata itu sambil tunduk menulis.

"Awak lihatlah. Macam mana saya mahu pergi makan."

Aku membuat senyum tawar kerana memahami siruasi doktor itu.

"Dia ada masaalah paru-paru ke?" Soalku yang agak gerun nak menyebut perkataan 'kanser' sedangkan itulah yang sempat aku curi dengar tadi.

"Ya..."

"Heavy smoker?"

Doktor itu mengangguk lagi sambil teruskan menulis.

Spontan aku teringatkan anak-anakku. Juga secara tak sengaja teringatkan Shamsul Ramli dengan suaranya yang "seksi' itu.

"Saya cuba nasihat dia supaya ikut rawatan apa yang saya cadangkan tadi tapi dia tak mahu dengar. Haishhh.... susahlah!" Sambil menggelengkan kepala tanda hampa.

"Saya ada banyak experience dengan pesakit degil macam ni. Nantikan bila dah sakit teruk teruk baru datang jumpa doktor nak minta ubat. Sudah terlambat."

Aku teringat istriku yang sedaya upaya aku cuba mematuhi nasihat doktor di sudut apa saja rawatan yang disarankan oleh doktor. Kalau tidaklah begitu, taklah aku sampai ke sini biarpun terpaksa mengharung kesesakan Jambatan Pulau Pinang, kesukaran mencari parkir kosong, terpaksa mengusung keluar masuk kerusi roda yang berat dari dalam kereta dan menolaknya yang berberat 130+ kg hingga berkeriut kerusi roda itu menampung beban.

"I think the most problem of him is attiude rather than sakit dia, " aku beri pendapat.

Doktor itu mengangguk.

"Berapa umurnya?"

"50 tahun lebih sikit" jawap doktor.

"Oh, younger than me la..." seru aku sedikit teruja. Melihatkan raut wajah pesakit itu tadi aku ingatkan dia mungkin pangkat abang sahaja dengan aku.

Perbualan kami terhenti bila doktor yang menemuduga istriku masuk semula dan mengajak aku ke bilik sebelah untuk mendapatkan tarikh rawatan sleep test istriku.

Dalam masa melangkah keluar aku tiba-tiba dapat merasakan betapa beruntungnya aku yang berjaya menjaga diri aku dari terjebak ke kancah puntung rokok. Sedangkan semasa aku belajar dan tinggal di hostel Institut Kemahiran MARA kuala Lumpur dulu bukan sikit dari kawan kawan aku yang menghisap rokok hatta keretek mahupun jenis 'sedut asap'melalui batang betik!


Ahad, 21 Oktober 2018

Letih

Hujung minggu nama je hari-hari untuk berehat tapi aku masih terpaksa pergi ke ofis, tolong bos siapkan laporan mesyuarat belah pagi. Habis kerja, tengok ibu_suri di hospital hinggalah ke malam.

Letih...


Aku selalu berdoa dalam sujud terakhir muga Allah beri aku hidayah, ketenangan dan peluang untuk tebus segala dosa lalu...

Khamis, 13 September 2018

Tanak Nasi

Salam,

Lama tidak renovate struktur blog aku ini. Aku sebenarnya lebih suka templet jenis lama dulu semasa mula-mula aku kenal blog sekitar 2008. Sayangnya, templet itu sudah ditiadakan dalam design blogspot ini.

Boleh dikatakan sejak aku kecil dulu hinggalah membawa ke usia tua ini ( ditambah pula dengan kondisi ibu_suri yang sudah tidak boleh ke dapur lagi ), akulah yang banyak mengemas rumah. Kalau aku malas mengemas ( seperti mutakhir ini ) akan semak, berdebu dan bersawanglah.

Aku tak pandai memasak. Skill memasak aku semasa kecil dulu diajar mak sudah makin pupus. Tinggal skill menanak nasi dan menggoreng telur dadar.... :-)

Di sini, aku nak tulis sedikit cara aku membasuh nasi sebelum menanak. Hah, nasib baik Along belikan periuk baru setelah periuk lama berlubang-lubang ditokak tikus.


Dapur gas aku yang seusia rumah aku ini ( aku beli dari lebihan duit kwsp yang dikeluarkan untuk membayar cengkeram beli rumah ) pun dah semakin malap api pada penununya. Akhmal kata dah tersumbat. Malas aku nak belek. Biarlah... walaupun bila nak menggorengakan telur dadar memakan masa untuk masak.

Aku suka memakan nasi yang agak kembang sikit berbanding yang selalu aku beli dikedai makan. Sebab itu bila aku masak, aku akan bubuh air lebih sedikit dari sukatan ruas jari ( seperti yang mak aku ajar dulu ).

1. Masukkan beras ke dalam periuk
2. Basuh nasi sebanyak 3 kali
3. Cara membasuh ialah dengan memusing tangan ke arah lawan jam
4. Bubuh air satu ruas jari lebih dari permukaan beras sebelum diletak ke dalam periuk.
5. Kalau ada daun pandan, letakkan satu dua helai ke dalam periuk.
6. Tanaklah sehingga masak.

Itulah cara yang selalu aku gunakan. Tak sangka rupanya cara aku ini sama seperri yang aku terbaca di dalam internet kat sini:


Muga bemanafaat buat kalian...

Haha... Apa mimpinya entri aku hari ini lain dari selalu. Isyyy....

Isnin, 10 September 2018

Aktiviti Hari Ini...

Apa aku buat hari ini?

Boleh baca kat status fb di sini...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=297895830989528&id=100023073398208

Memang memenatkan layan ibu_suri. Kebergantungan, ragam dan keras hatinya terpaksa aku serap dan perakui.

Ditambah pula dengan perangai Akhmal yang masih tidak berubah.

Sorang sorang aku pikul semua ini buat aku terasa lelah dan.kecewa.

Aku biarkan keadaan rumah.tak.terurus. Aku lebih banyak lepak.

Angan angan aku dulu, bila dah tua mahu ceria bersama anak cucu, selalu ke mesjid, riadah, aktif dengan NGO dan kerap balik ziarah mak.

Namun sebaliknya berlaku...

Selasa, 28 Ogos 2018

Damainya Tidur Dia...

Teruja dengan status menantu kat facebook dia tadi.

Update kat sini saja. Boleh tengok bila rindu wajah cucu yang sorang ni...Uwais Rizqi...


Sememangnya, melihat bayi yang tidur dapat menenangkan perasaan kita juga. Bayi yang suci bersih sifatnya seperti anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya....


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2235036069888154&id=100001453477660

Sabtu, 18 Ogos 2018

Di Perodua...

Semalam aku sesaja semak akaun Maybank aku menerusi atas talian.

Wah, teruja aku bila terlihat baki wang dalam.akaun melonjak naik. Renung punya renung aku agak mungkin duit BRIM ( atau sekarang dipanggil BSHR ) dah masuk.

Dan dan aku talipon Perodua; buat tempahan servis kereta aku yang dah melebihi kilometer itu.

Jadi, pagi ini aku di sini. Ada ramai orang. Alamat lambat siap la kereta aku ni.

Tengahari ini ada jemputan kenduri kahwin anak sahabat lama ibu_suri di Bagan Serai. Tak tahulah, jadi ke dak nak pergi sebab ibu_suri macam tak bersungguh nak pergi.

Takut I nak terkencing, ujarnya.

Rabu, 15 Ogos 2018

Uwais Rizqi...

Ini cucu aku yang ketiga. Uwais Rizqi namanya.

Sekarang ini dah lima bulan umurnya. Boleh tahan juga tangisnya macam kakak dia sebelum ini.

Entah kenapa, berbanding 2 yang lain, aku lebih suka yang ini. Mungkin sebab dia lelaki macam aku. Atau mungkin juga sebab sebelum ini aku hanya punya anak lelaki dan kebiasaan itu kekal hingga sekarang.

Apapun, aku sayang kepada semua cucu aku dan berharap mereka semua akan menjadi anak yang menenangkan jiwa ibubapa mereka kelak.

Yang pasti terlebih suka dan kalau boleh tiap tiap malam mahu tengok Uwais ialah opahnya yakni ibu_suri...



Selasa, 14 Ogos 2018

Putu Oh Putu...

Balik kerja, seperti selalunya jika hari masih cerah aku singgah minum di kedai tepi Masjid Kubang Semang.

Bukan sangat nak makan tapi lebih kepada nak bersendirian sekejap sebelum balik ke rumah mengadap ibu_suri.

Mundar mandir cari makanan ringan apa yang boleh aku ngap... aku ternampak kuih ini.

Ya... lama dah aku perati kuih ni. Teringin nak rasa tapi bila tengok harganya, aku selalu tangguh dulu.

Tidak hari ini, aku capai satu bekas yang mengandungi 6 ketul. Keinginan nak rasa itu amat sesangat...


Hmmm... Ada rasa macam putu buluh tapi bukan 100%. Dalam ada inti manis.

Kalian tahu tak, kuih apa ini?

Jenuh juga nak.menghabiskan.6 ketul tu. Harganya RM3...

Kesian Kat Aku...

Jam 11.45pm

Lapar lagi la, ujar ibu_suri.

Fuyooo... balas aku. Biaq betoiii...

Nak mi goreng, boleh? tanya dia.

Aku tak banyak ragam. Drive saja ke satu lagi port makan yang kami selalu singgah.



Tapi tu la... Baru makan sikit.

Abang, dah kenyang la...

Lagu tu la... Last last, aku yang kena perabis. 

Sambil aku makan, aku minta dia ambilkan gambar aku sedang makan. Saja aku nak test kemampuannya ambil gambar guna talipon. Dia tak pernah ambil gambar guna talipon.

Nak tahu apa hasil tangkapannya?

Di sini, kalian juga boleh nilai sejauhmana kondisi dia dalam membuat sesuatu...



Kesian kat aku, kan? Hik! Hik!







Isnin, 13 Ogos 2018

Moi Sup...

Jam 10.40 malam.

Aku berada di depan Man Cafe. Satu satunya kedai makan yang aku singgah kalau nak.makan moi sup bila malam macam ni.


Sejak keluar hospital, ibu_suri kurang selera makan. Lapar tapi apa yang aku beli tidak menambat rasa mahu makannya.

Jadi aku anjurkan dia makan moi sup.  Nampaknya ada selera dia untuk makan hingga habis.

Memang susah nak layan kerenah ibu_suri ini tambah lagi bila dalam keadaan tak stabil begini.

Aku harap kalian janganlah jadikan diri serba payah dalam menjalani hidup. Cubalah menjadi orang yang tidak banyak ragam. Hidup simple, ok sahaja dalam apa kesusahan hidup.

Ini kali pertama aku paparkan video klip ibu_suri di dalam blogku ini, rasanya. Melalui video ini barangkali kalian boleh lihat dan renung karektor ibu_surinyang dikatakan kesan minor stroke dulu yang membawa kepada rawatan berkala di wad psikiatrik...


Pagi Ini Di Klinik...

Hari ini bawa ibu_suri ke Klinik Kesihatan Kubang Semang. Pemeriksaan kesihatan yang berjadual sekitar 3 bulan sekali.

Hari ini pertama kali guna kerusi sendiri yang disumbangkan oleh seorang kawan yang juga guru Tadika Amal Rintis di Kondominium Mutiara, Bandar Perda.

Sebelum ini dia belikan kerusi untuk kegunaan anaknya yang patah kaki akibat kemalangan. Bila anaknya dan sembuh dia teringat nak beri kepadaku untuk kegunaan ibu_suri.

Alhamdulillah, mudah bagi aku nak urus ibu_suri.


Kali ini kena ambil contoh air kencing. Ambil siap siap di rumah guna botol yang sememang makmal KK bagi siap siap sebelum ini.

Tak ramai sangat orang di klinik pagi ini. 

Tapi masaalahnya bila nak tolak naik ibu_suri ke dalam klinik, masyaAllah... 2 kali try baru berjaya. Berat badan ibu_suri sekitar 130kg tak sepadan dengan tenaga umur 58ku ini.

Kalau berjumpa doktor aku akan ceritakan kes ibu_suri masuk hospital minggu lepas dan minta periksa perut ibu_suri yang kembung, keras dan berasa sakit itu.

Aku harap rawatan ini berjalan lancar. Aku perlu anggap semua yang aku buat pagi ini sebagai sesuatu yang 'fun'. 

Jika aku tidak beranggapan begitu maka susah pasti aku akan merasa tertekan dengan beban dan membuat aku jadi tension.

So.... aku kena banyak senyum, feel happy dan lapangkan dada.

WACHAAAA....

Terkini... ibu_suri

Jumaat lalu, 10hb, ibu_suri discaj dari wad 10 Hospital Bukit Mertajam setelah 3 hari di katil.

Seperti kes sebelum ini, dalam badan ibu_suri ada lebihan airo. Dktor terpaksa memberinya sedutan gas untuk 'memaksa' dia kencing. Aku agak ada sekitar 3 beg sendat dengan air kencing ibu_suri yang berjaya dikumuhkan.

Balik ke rumah, malam itu ibu_suri asyik terkencing hingga aku tak boleh tidur hingga pagi. Berkali kali tukar lapik tidur, bantu dia ke tandas, mandi, salin baju dan sebagainya.

Sejak keluar wad juga selera ibu_suri merudum jatuh. Puas tanya nak makan apa atau aku main beli ikut firasat aku sendiri tapi akhirnya dia tak lalu dan aku yang habiskan.

Malam ini aku singgah di Restoran Al Amin, belikan roti canai. Apa apa sanalah asal dia mahu makan.

Esok jadual dia jumpa doktor di Klinik Kubang Semang. Nak tanya doktor phla kenapa dia selalu rasa sakit kat perut. Memang, bila aku rasa perutnya rasa keras satu macam.

Macam macam pula teoribyang bermain di fikiran. Harap harap tidaklah serius.

Sabtu, 14 Julai 2018

Senyum Pagi Dia...

'Abanggg...' terdengar suara ibu_suri dari dalam bilik.

Aku yang baru saja meletakkan punggung ke lantai depan tv, bertongkat tangan untuk bangun. Hari ini entah kenapa rasa malas dan kurang semangat itu menyelimut ketat jiwaku.

'Kenapa?' soalku sebaik saja menghembus nafas dalam lalu menyelak langsir pintu.

'Buatkan kopi...boleh?' sambil memandang ke wajahku menguntum senyum.

Hatiku sedikit lega. Lega bila melihat manis senyumannya memberi isyarat bahawa emosi ibu_suri baik pada pagi ini.

'Nak minum apa? Milo...'

Cebik bibir.

'L.A coffee, ok... Dengan biskut?'

Senyum lagi sambil mengangkat kedua ibu jari tangan kanan dan kirinya.

Awal pagi ini 2 kali ibu_suri terkencing di katil. Kerja separuh besar kepada aku yang terpaksa membersihkan dia dan lapik katilnya.

Mujur juga aku membatalkan hasrat hati hendak balik kampung jenguk mak.


Aku buatkan yang terbaik bancuhan kopi dan hidangkan untuk ibu_suri ke atas katil.

Dalam masa yang sama wajah mak bermain di serebrum...

Jumaat, 29 Jun 2018

Blog INSAN MARHAEN berpindah ke FB Page 'SRI MERSING'...

Aku akui sudah jarang menulis di sini. Kehilangan laptop dan ketiadaan internet di rumah menyebabkan minat menulis semakin tumpul.

Bagaimanapun, aku telah bina sebuah page di FB dengan nama Sri Mersing. Page ini adalah gabungan blog Insan Marhaen dan blog Sri Mersing.

Kalau sudi bolehlah LIKE  pautan ini:

https://www.facebook.com/Sri Mersing-2073727529536845/

Pagi ini mengemukakann aktiviti/info tentang keluarga, peringatan, tentang lagu/nasyid dan apa saja yang baik baik untuk dikongsi bersama.

Jangan lupa turunkan komen selepas membaca,

Jumpa di sana....

cc: keluarga-amri.blogspot.com

Ahad, 17 Jun 2018

Diriku Yang Hilang...

Semasa aku mengelap tubuh ibu_suri, terdengar erangnya meahan kesakitan.Lebih lebih tatkala dia mengangkat kaki.

Agaknya kesan jatuh terjelupk di pintu masuk bilik mak semasa nak melangkah bendul. Aku yang sedang memimpinnya pun hampir jatuh sama dalam usaha menampan kepalanya dari terhantuk.

Bukan mudah untuk ibu_suri hendak bangun semula dari lantai ke kerusi. Harapkan kederat along dan angah sahaja.

Lewat insiden itu ibu_suri tampak kurang selesa. Walauoun aku baru sahaja tiba ke rumah mak dari Penang untuk beraya tapi lebih banyak bawa dia berkereta ke masjid ( untuk buang air ) dan beli kopi ais di kedai mamak.

Memang ibu_suri tidak merungut tapi aku dapat baca.

Tahun ini pun sebenarnya puasa dan rayaku dan seindah mana. Adik adik dan kawan kawan sibuk up aktiviti riang mereka di laman fb maupun wasap tentang raya mereka. Hakikat rauakuu terasa hambar.

Lebih kurang 5 jam sahaja aku berada di sisi mak, aku ambil keputusan untuk balik semula ke penang walaupun dapat tahu lebuhraya dah mulai macet.

Aku lansung tak beraya di rumah duyah, adikku yang setia menjaga kebajikan mak. Aku tahu tak sepatutnya aku bersikap begitu tapi aku pun rak faham  diri aku sendiri.

Rasanya, aku perlu mencari diriku semula...

Selasa, 12 Jun 2018

Tidak Lama Lagi Raya...

Salam,

Lama tak menulis. Dulu, akulah yang beriya-iya menggalakkan blogger lain jangan 'gantung pena' sebaliknya terus menulis selagi berupaya. Sebaliknya sekarang ini aku pula seakan mengikuti jejak mereka.

Entahlah, sejak 'kehilangan' laptop untuk entah ke berapa kali, keghairahan aku untuk menulis jadi kian tumpul. Kecewa benar aku. Tambahan pula ianya adalah kerja onar dari anak sendiri. 

Apapun, terpaksa telan sahaja hakikat kehiduapn yang ditakdirkan!

Ramadhan tahun ini aku lalui dengan amat hambar. Memang terasa hambar. Keletihan menjaga ibu_suri, berdepan dengan kerenah anak yang tidak dapat aku menumpang harapan buat aku seperti tidak bersemangat. Hari-hari hadapan yang aku lalui seperti kosong. Tidak ada kepada siapa yang aku dapat berkongsi lelahnya perasaan ini.

Tidak lama lagi Raya. Acapkali ibu_suri bertanya, mana baju raya dia? Aku jawap... baju yang berlambak di dalam almari itu pun tak dipakai. Dah jadi macam Imelda Marcos, jawapku yang walaupun ada sedikit bimbang terhadap respon balas yang kalau nasib tidak baik adalah negatif. Namun ibu_suri cuma diam. Mungkin dia tidak tahu siapa itu Imelda Marcos.

Betul. Bukan tidak mahu membeli baju barunya. Tapi setiap kali beli/tempah terlalu sedikit yang dia akan suka pakai. Akhirnya tersepuk di dalam almari. Balik balik, dia akan minta baju lama yang dia selalu pakai. Dahlah setelah siap ditempah, terpaksa pula di alter beberapa kali samai naik segan aku kepada si penjahit baju tersebut.

Aku juga ada sedikit kesal sebab tak dapat selalu ziarah mak dalam waktu yang lama. Cuma balik hari. Itupun kalau nak dikira betul betul; tolak masa bertolak, masa drive, cuma beberapa jam sahaja sebenarnya bersama mak. 'Cemburu' bila dapat tahu adik-adik lain selalu balik; ada yang bawa mak ke klinik untuk rawatan rutin atau bawa mak jalan-jalan.

Sekarang ini aku lebih banyak tidur sahaja kalau berada di rumah selain bekerja. Rumah tak dikemaskini sudah lama. Bayangkanlah, seluruh rumah itu aku yang terpaksa uruskan. Makan ibu dan anak aku yang terpaksa fikir nak beli apa dan membelinya di kedai. Bila mereka komplen tak sedap, rasa penat aku jadi lebih penat.

Baju mereka akulah yang kena basuh, angkit, dan simpan di dalam almari. Tandas, singki, laman rumah... semuanya tulang 4 kerat inilah yang terpaksa digerakkan dengan tenaga yang semakin tidak kuat. Sakit kaki bila berdiri lama, kekadang kebas, tercungap-cungap bila kerap tunduk dan bankit.

Berhabok dan bersepah. Sebab itulah aku segan bila ada orang nak datang ke rumah. Selalu aku bagi daleh.

Di umur yang semakin meningkat senja ini, aku terasa kerugian dalam segala-galanya!

Apapun, SELAMAT HARI RAYA buat sahabat yang masih sudi membaca blog aku ini. Aku harap, aku akan berselera untuk terus menulis lagi esok. Kalau tidak pun dibaca oleh orang lain, cukuplah sebagai catatn hidup aku sendiri untuk kepuasan sendiri!

Entah ada entah tidak lagi yang masih ingat kepada yang bernama insan marhaen ini...

Sabtu, 28 April 2018

Asal Perkataan Marhaen...

Terjumpa artikel ini kawan tag melalui mukabuku. Aku pun baru tau. Menarik juga...


Boleh baca di sini...

https://wp.me/p8GDYd-2V2


Rabu, 25 April 2018

Akhmal Oh Akhmal

Banyak peritiwa yang berlaku dalam hidupku ini selama tidak menulis tapi ntah kenapa culas untuk merakamkannya.

Hari ini aku terpanggjl untuk catatkan perihal Akhmal.

Sejak dia balik dari rumah mak dia di Lumut sebulan lalu, sikapnya boleh aku katakan berubah 40% ke arah lebih baik. Ini menyenangkan hati aku walaupun bukan sepenuhnya.

Dia rajin membasuh pakaian kotor jika ada di mesin basuh dan sidaikan. Menyapu sampah di luar rumah, membuang sampah dapur ke tong sampah dan juga memotong rumput yang meliar di taman.

Akhir- akhir ini dia bersama kawannya ambil upah mengecat rumah seseorang, membaiki paip rosak dan sebarang kerja tulang 4 kerat. Itu sudah cukup menyejukkan jiwa aku dari melihat dia merayap ntah kemana.

Namun bila tiba-tiba jiran wasap kepada aku tengahri tadi bahawa Akhmal telah diheret oleh polis ke balai Kubang Semang buat aku sedikit hiba.

Dia kemudiannya di bawa ke IPD Perda dan diletak di bawah tangan sarjan Munah.

Selesai ambil cucu balik dari tadika dan urus makan tengahari ibu_suri, aku berjumpa dengan sarjan Munah.

Rupanya Akhmal.ditangkap dengan waran atas kes narkotik Febuari 2017. Keputusan urinenya positif dan dia akan dihadapkan ke mahkamah esok pagi.

Kalau jatuh hukum... samada 6 bulan penjara atau jaminan RM3K.

Jingga saat ini akubterus berfikir... tapi dadaku merasakan aku tidak dapat.berbuat apa-apa melainkan dia akan tinggal semula di sebalik jerejak besi sepertimana 3 kali sebelum ini.

6 bulan tak lama. Muga pulangnya dia kelak, dia akan 'bersih' dari segala kes jenayah lampau.

Aku tak pasti apa respon dia bila tahu aku tidak mampu menjaminnya keluar. Mungkin dia akan terima hakikat.mungkin juga tidak.

Kalau iya pun tidak, aku harap tidak lama. Tidaklah sehingga ke tahap dia berkata:

'Alang alang dah jadi.jahat, biarlah jahat selamanya....'

Rabu, 18 April 2018

Sebuah Catatan Petang

Lama tak menulis di sini. Sejak ketiadaan desktop atau laptop buatkan aku tawar untuk menulis. Lebih banyak membaca fb kerana mudah akses melalui talipon bimbit. Terakhir ini pula aku sedang belajar membuat page sendiri. 

Page aku ini lebih fokus kepada posting tentang lagu, nasyid, info koleksi album yang aku ada, klip video tazkirah dan catatan peristiwa yang aku rasa baik untuk dikongsi bersama. Itu pun kekadang timbul juga rasa cuak...



Sekarang ini musim PRU. Aku memang sibuk sikit berbanding hari-hari biasa. Mungkin malah sebelum ini ada juga yang komen, mengapa aku mesti sibuk-sibuk dengan politik. Jaga sahaja ibu_suri baik-baik kan lebih bagus?

Tak apalah. Itu pandangan masing-masing. Aku hormati.

Yang tentunya, aku yang sejak dari muda berkecimpung dengan ngo memang terkesan dengan masa depan politik tanah air. Aku merasakan kebertanggungjawaban terhadap apa sahaja isu yang menghimpit rakyat bawahan.

Tak reti nak buat usaha besar-besar, cukuplah sekadar aku buat yang termampu. Yang pentig, aku tidak berpeluk tubuh sahaja; kemudian bersungut dari balik cermin.

Akhmal dah balik dan tinggal semula dengan aku di sini. Nampaknya, tanggungjawap aku menyara dia dan memantau kehidupan dia kembali ke atas bahu.

Buat beberapa minggu ini nampaknya dia ok lah juga. Boleh tahu dari gerak geri, tuturkata dan carapakai. Maklumlah, anak yang aku jaga sejak dari 2 hari keluar hospital.

Aku harap paling minima dia telah tinggalkan ketagihan syabunya itu. Tabiat mencuri motor memang dia dah tinggalkan lama. Isu polis pantau rumah aku atau dia keluar masuk lokap sudah tidak berlaku lagi. Terasa lapang juga dada ini.

Cuma sekarang ini aku sedang usaha memujuk dia mencari kerja. Aku tahu memang dia sedang berusaha mencari. Semalam sahaja yang aku difahamkan dia mengambil upah mengecat rumah dengan kawannya. Ok sesangatlah tu. 


Cuma yang aku harapkan ialah dia tidak dianiyai oleh kawan-kawannya seperti sebelum ini. Kerja teruk-teruk. Kawan dapat isi dia cuma dapat kulit...

Selasa, 3 April 2018

Lendir Bendi



Tahap gula dalam darah aku memang tinggi. Tiga kali aku berjumpa doktor, ketiga-tiga kali itulah doktor ber'sungut' tentang bacaan itu.

Usaha aku untuk mengurangkan meminum 3in1 hanya berjaya 70% sahaja. Lagi 30% masih susah nak dibuang.

Kaki dan tangan aku memang akan terasa mencucuk-cucuk bila bila dia suka. Tidur malam aku akan memakai stokin untuk lebih selesa.  Selain tak perlu berselimut untuk halang nyamuk dan kesan sejuk pendingin hawa.

Aku mempunyai sikap tidak 'percaya' kepada momokan serba mak nenek jus atau pil kesihatan yang kononnya boleh menstabilkan gula dalam darah. Iya... mungkin ianya mujarab tapi tak semestinya kepada semua orang. Lagipun, harga beliannya tinggi.

Biras aku antaranya yang selalu menyuruh aku memakan Cellmax. Tapi satu kotak Cellmax harganya ratus ringgit. Untuk jangka panjang aku tak mampu. Lagipun aku bimbang akan kesan sampingan. Buah pinggang aku dah tua untuk menapis. Pulak tu, dah 2 kali kena serang dengan batu karang. Aku agak, kekuatannya dah mengurang.

Aku lebih percaya kepada cara mengawal pemakan atau perubatan secara semulajadi. Pernah amalkan meminum minyak zaiton dua sudu sehari. Habis dah 3 botol. Tak tahu kenapa tak teruskan. Mungkin malas nak pergi merayap di pasaraya.

Aku terbaca akan khasiat bendi dalam mengawal paras gula. Ha... yang ini aku rasa bagus juga untuk mencuba. Kosnya pun murah. Nak beli pun mudah, kat rumah saja....

1) Ambil 2 biji kacang bendi. 

2) Basuh. Potong kecil-kecil ke dalam gelas.

3) Bubuh air dan rendam semalaman.

4) Tuang air rendaman ( yang berlendir ) ke dalam cawan dan minum.

5) Bubuh air yang baharu ke dalam gelas berisi bendi tadi untuk minuman kali kedua esoknya.

6) Ulang dengan rendaman bendi yang baharu.

Aku dah mula pagi tadi. Geli geleman juga nak minum air yang likat dengan lendir bendi. Tapi bila fikir yang pahit pun boleh telan takkanlah yang likat dan berlendir ini rasa cuak. 

Minggu depan aku ada temujanji dengan doktor. Aku nak lihat keberkesanan petua ini. Kalau positif, aku akan berkongsi dengan sahabat baikku blogger Jendela Hatiku yang juga mengalami masaalah yang sama....

Selasa, 27 Mac 2018

Bila Hujung Bulan...


Tengahari ini aku makan ini sahaja. Murah sikit. RM1.40 dengan air kosong sambil dengar cd lagu kegemaranku - Sohaimi Mior Hassan.

Bulan-bulan mutakhir ini memang terasa gaji sebulan yang tak seberapa ini tidak cukup untuk menampung sara hidup aku, ibu_suri dan Akhmal yang dah hampir sebulan balik ke rumah.

Aku tak tahu apa akan jadi... esok. Pasrah pada Tuhan.

Dah 2 bulan aku tak balik jenguk mak gara-gara tak cukup bajet seperti ini.

Kalau pun anak-anak tahu, bukan mereka yang merasai. Mereka pun dah bantak menolong aku bila aku mengadu. Tak mahulah menyusahkan mereka selalu.

Aku percaya rezeki ada di mana-mana...

Tuba-tiba aku teringat mak dan abah menyara aku dan adik-adik semasa kami kecil dulu...

Selasa, 20 Mac 2018

Ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental


Pagi ini bawa ibu_suri ke temujanji dengan doktor di Wad 102. Kira-kira 6 bulan selepas temujanji sebelum ini.

Walaupun logiknya 1/2 tahun itu lama tetapi tidak pula bagi aku. Macam baru bulan lepas sahaja aku ke sini.

Sepanjang pemanduan merentasi sesak lebuhraya dan jambatan Pulau Pinang tadi ada saja rasa terbeban, rasa jemu dan rasa mahu 'pencen' saja dari membuat semua ini menyelinap di sanubari. Istighfar beberapa kali...

Mencari parkir di HBPP ini semacam semut berebut sebutir gula. Hampir 45 minit juga menunggu, melilau cari petak kosong. Risau juga jika ibu_suri nak terk*nc*ng atau lebih parah, nak terb*r*k macam hari tu.

Nasib baik di wad, dapat berjumpa dengan doktor yang sama dengan sebelum ini. Soalan beliau juga masih sama seperti dulu, kini san selamanya...

' ada masalah tidur? '
' ada dengar orang bisik bisik? '
' ada rasa nak marah marah? '

' Tak ada pun. Okey jer... ' jawap ibu_suri.

' Kenapa doktor simpan janggut pulak? ' tanya ibu_suri.

' Tak boleh ke... ' balas doktor muda yang manis raut mukanya.

Memang sekejap sahaja soaljawap dengan doktor ini berbanding tempoh masa datang dan cari parkir. Tak ada isu baru. Ubat pun kekal dengan dos yang sama; yang paling minima bagi pesakit macam ibu_suri walaupun dah beberapa kali aku minta kurangkan dos.

' Kenapa tak kata kat doktor tu hensem tadi? ' usikku kepada ibu_suri sambil menolak kerusi roda yang berkeriut menahan beratnya 135kg ibu_suri.

' Awat, takut ibu tergoda ka? ' balas ibu_suri yang memang kerap tersasul membahasakan dirinya 'ibu' tatkala berbual dengan aku.

Jarum jam anti clockwise di tangan kiri aku dah menunjuk ke pukul 1 tengahari. Entah apa masaalahnya, punyalah panjang Q di kaunter ambil ubat hingga berderet di sepanjang koridor.

Nampaknya aku cuti kerja sahajalah hari ni.

Khamis, 15 Mac 2018

Cucu ke 3.... II

InsyaAllah, jika diizin Allah, Ayu boleh keluar wad hari ini. Anaknya pun tampak sihat, tidak seperti 2 kakaknya sebelum ini yang mengidap penyakit kuning yang agak ketara.

Kalau tak salah aku, ibu_suri memaklumkan yang nama cucuku ini ialah Uwais Rizki. 

"Apa pendapat abang?"

"Okey la tu. Selagi namanya bermaksud yang elok-elok kita setuju saja. Bukannya anak kita. Semua itu tanggungjawap ayahnya memberikan nama yang baik-baik..."

Tapi sebenarnya hati ini tidak dapat lari dari berkata:

'alangkah baiknya kalau dia meletakkan anaknya ini dengan nama Uwais Qarni - sahabat nabi yang terkenal di langit walaupun tak popular di bumi.'

Namun itu adalah hak dia sebagai ayah memberikan nama yang baik-baik.

Nama aku dan 2 adikku pun diberi oleh datukku belah mak. Sebab itu nama kami adalah sempena nama sahabat dan ibu susuan nabi. Nama adik-adik yang lain adalah nama-nama moden dan semasa tapi masih berdasarkan maksud yang baik-baik juga.

Apapun, aku nak kongsi gambar cucuku di hari ke 3, hari ini...


Kalau ikutkan pendapat besanku, wajah cucu kami yang ketiga ini mirip wajah adik kepada Ayu. Kalau ikut pandangan aku pula, memang tak ada mirip wajah keluarga aku atau keluarga Angah sendiri.

Aku beritahu besanku bila dia menghulur cucuku untuk didukung,  maaflah... aku masih tak berani dukung cucu baru ku ini. Kepalanya masih lembik...huhu!

Rabu, 14 Mac 2018

Sejarah Baru

Pagi pagi lagi angah dah datang ke rumah. Baru lepas hantar anak-anaknya ke tadika lah tu!

"Ayah tak pi kerja lagi ke?"

"Nak pi la ni. Sebelum mandi banyak kerja kena buat..." jawabku sambil berlalu ke dapur dengan tuala lembab di tangan selepas selesai mencuci kusyen kereta.

Dari kejauhan aku terdengar suara ibu_suri...

"Semalam ibu b*r*k kat dalam kereta. Ayah la... ibu hon kereta dua tiga kali, ayah tak dengaq. Eeee... ibu geram betul!"

Aku ada usrah gabungan di Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL), Tok Bedu malam tadi. Memang selalu maklumkan kat ibu_suri, janganlah ikut. Nanti kalau ada apa-apa berlaku semasa ibu_suri menunggu di kereta, aku tak tahu. Masaalah nanti jadinya.

Tapi kalau dia dah beriya-iya nak ikut, aku bawa saja. Daripada aku lansung tak dapat hadirkan diri ke program jamaah, tak mengapalah aku susah sikit dengan membawanya bersama dan melayan ragamnya jika ada.

Jadi, malam tadi mendapat la. Tercatat satu lagi sejarah baru selepas sejarah terk*nc*ng dalam kereta beberapa kali sebelum ini.

Nasib baik ibu_suri cerdik juga, dia membuang di dalam plastik yang sebelum ini ada di belakang kereta, bekas sisa makanan yang dibeli sebelum datang ke STAIL. Jadinya, otw balik, aku terpaksa mencari port terbaik untuk buangkan pelastik berisi n*j*s... Mana lagi kalau tak ke sungai walaupun aku tahu ianya satu perbuatan yang tidak baik.

Tahan nafas jugalah sehingga nak sampai ke rumah. 

Angah yang faham sangat dengan 'keuzuran' ibunya hanya berkata....

'Tak apalah... ayah ada!'

"Sorilah.... ibu bukan sengaja!...."


Selasa, 13 Mac 2018

Cucu Ke 3... I

Salam,

Lama tak menulis. Terima kasih kepada yang masih mengingati aku dan tinggalkan komen di entri entriku yang tertentu.

Aku sebenarnya  sedang berada di Hospital Seberang Jaya, Penang.

Menantuku (isteri Angah) baru saja selesai menjalani pembedahan lahirkan cucuku yang ke 3. Alhamdulillah, seperti yang dijangka (melalui imej scan) dia adalah lelaki.





Kebetulan lahirnya pada hari ini, Selasa 13.3.18 jam 13:13 dan diletakkan di wad 9 katil no: 13.

Dengan beratnya sekitar 2.7 kg, aku harap ianya akan membesar dengan sihat di dalam suasana yang sihat.

Aku sempat mengazan dan mengiqamahkannya.

Ini adalah cucu ke 3 ku dan cicit ke 3 emak. Namanya... aku belum diberitahu!