Selasa, 6 November 2018

Bila Yang Datang Itu Adik Sendiri...

Dah lama tak ber'silat' pagi pagi ni. Dah lama rumah ini tak didatangi tetamu.

Tercungap-cungap juga. Namun tetap rasa ria kerana semacam dah lama tak berjumpa mereka.

Aku teringat akan hadis yang menyatakan bahawa tetamu yang datang ke rumah kita akan membawa rahmat. Betul ke?

Bila aku semak rupanya hadis itu adalah palsu. Cuma yang sahih Nabi menyatakan adab kita memuliakan tetamu yang datang.

Apapun aku memang rindu pada adik - adikku semua. Rindu yang hanya tersorok di dalam dada...


vlog kredit: Bca Faisal
lagu: Gema Rindu / Alleycats

2 ulasan:

Normala Saad berkata...

Mmm... Sapa2 pun kalau adik beradik nak mai rumah. Ha bersilat la menyimpan dari depan sampai belakang. Ndak2 yang duk jauh dari kita.

Umialya berkata...

Samalah IM..

Jika kakak @ aban datang, seawal jam 3 pagi tercongok didapur sediakan sarapan, hepi tak terkata. .😄