Halaman

Khamis, 12 Januari 2012

Akar Ini...


"Kat surau kita ni bukannya tak ada orang-orang yang hebat. Ramai. Tapi depa semua tawadduk." getus aku pada rakan sebelah. 

Surau semakin penuh dengan jamaah yang ingin turut sama membacakan Yassin dan doa selamat. Tapi disebabkan tekong yang diharapkan untuk mengetuai majlis tidak dapat hadir, aku selaku pengerusi surau terpaksa mencari dan memujuk di antara beberapa orang lain yang aku kira layak untuk mengetuai bacaan.

Kalau nak dikirakan memang ramai yang lebih baik dari aku untuk menjadi imam sembahyang waktu, contohnya. Tapi bila diminta ke hadapan, tidak mahu. Oleh kerana tidak elok untuk saling tolak menolak diketika Iqamah telahpun dilaungkan, aku tawarkan diri sebagai imam. 

Begitu juga dengan majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat petang semalam, masing-masing menolak dari dilantik. Akhirnya rakan di sebelahku ini juga yang menerima permintaanku. Alhamdulillah, dengan kerendahan dirinya itu majlis berjalan dengan sempurna.

Dr Danial pernah memberitahu aku bahawa kekadang tawadduk kita ini tidak bertempat. Merendah diri tidak sesuai dengan suasana dan keadaan. Sepatutnya kita perlu rebut peluang seperti ini untuk belajar dan mempertingkatkan potensi diri. Tanpa berani kedepan, kita tidak akan dapat mengukur sejauhmana kemampuan kita atau di mana kelemahan kita yang perlu diperbaiki.

Aku pun sebenarnya kalau nak diikutkan hati, tidak mahu menjadi pengerusi surau sebab aku tahu yang aku ini tidak ada bakat sebagai pemimpin. Namun kerana tiada siapa mahu menjadi rotan, akar ini pun berguna jugalah agaknya.

Lagipun aku memegang prinsip bahawa hidup ini lebih bermakna jika kita banyak memberi dari meminta. Jika kita beria-ia dicalunkan, maka cubalah menunaikan amanah itu sebaiknya walaupun kita tahu pahit dan payau sedang menunggu di hadapan.

Hari ini kita membantu orang lain; mungkin esok lusa orang lain pula akan membantu. Kalau tidak kita tetapi terhadap anak cucu kita!

12 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Saya yakin IM boleh memikul tanggungjawab dengan baik.
Selamat berbakti kerana Allah... :)

Ros Illiyyuun berkata...

Salam,

Kekadang tolak menolak berlaku bukan apa, tetapi bila mengenangkan diri yang berdosa, rasa tidak mampu memimpin orang lain.

nur berkata...

kekadang timbul rasa geram juga jika berlaku perkara macam tu..

Jurnal Murahan berkata...

apa nak malu nak mara kedepan, pikullah dengan berani, kan

Anonymous one berkata...

nasihat yang baik

insan_marhaen berkata...

DM,
muga Allah berkati dan restui usaha kecil IM ini.

ros,
jika selamanya kita merasa diri kita ini banyak dosa maka tidak mahu memikul tanggungjawap maka siapa yang tiada dosa dan boleh memikulnya?

nur,
geram sangat tu tak tahu nak kata. tapi rasanya perspektif ini perlu diperbetulkan.

JM,
pikul dengan berani tapi kena kenali kemampuan kita juga. jangan berani semberono takut merosakkan masyarakat juga.

AO,
muga bermanafaat.

Temuk berkata...

IM
Ada kalanya akar lebih baik daripada rotan. Dalam konteks sekarang, imam yang dianggap baik, sebagai contoh, tidak semestinya hanya bagus bacaan sembahyangnya. Pengukurnya sudah menjadi lebih banyak, termasuk kebolehannya berkomunikasi dengan jemaah, apa lagi golongan muda-muda.

Selamat memimpin jemaah dan kariah, IM.

Ariff Budiman berkata...

Semoga IM terus berjaya memikul tanggung jawab

insan_marhaen berkata...

temuk,
betul juga tu. ada kawan IM yang kelihatan mantop ilmunya tapi komunikasinya jelas kurang menyenangkan.

budiman,
semuga begitu. bagaimana dengan aktiviti di surau sri delima?

S..U..D..@..I..S berkata...

setuju IM kalau bukan hari ini mungkin esok, bulan depan tahun depan, rahmat ALLah tersembunyi..

Mario berkata...

tula....rasanya ramai yg ada perasaan yg camtu......segan....dan sebab rasa org lain lbh berkemampuan...

LadyBird berkata...

betul..
lady x suke perangai mcm tu..
sdgkan time tu kite amat memrlukannya..
saling bertolak-tolakan..
nmpk amat tidak manis.. x tidak matang..