Selasa, 10 Januari 2012

Kematangan Hidup




Balik dari ziarah Ayu di Wad Bersalin, Hospital Bukit Mertajam semalam, aku ajak Angah singgah di Restoran Cahaya Al Amin untuk sedikit makan dan minum. Keadaan anak dalam kandungan Ayu,ok. Cuma gula dalam badan Ayu sahaja yang tinggi dan perlu penjagaan hospital.

Terasa seronok berbual dengan Angah yang aku kira sudah semakin matang sejak bakal menjadi bapa ini. Kami mudah bertukar pandangan dan saling menasihati dalam banyak perkara. Dan aku sedaya upaya cuba mewarisi segala pengalaman masa lampauku buat dia jadikan panduan eksplorasi hidupnya pula.

“Kenapa bagitau kat mak abah dia saja pasal Ayu masuk hospital dan tidak pada adik-adiknya?” Angah diam. Sebenarnya aku memang dah tahu kenapa.

“Lain kali, bab adik beradik ni jangan terlalu ikut sentimen. Ada benda kita boleh berbeza pendapat tapi ada masanya kita kena ketepikan ketidaksetujuan.”

“Ayah, bila ibu sakit dulu, yang mula-mula ayah bagitahu adalah mak dan abah ayah serta mak dan abah ibu. Kemudian ayah bagitahu pada semua adik-adik beradik ayah dan ibu. Mereka berhak tahu keadaan ibu kerana mereka adalah keluarga terdekat. Apa perasaan kamu kalau tiba-tiba tahu ayah sakit tetapi dari mulut orang lain?”

“Angah… Ayah nak kamu jadi orang yang dihormati oleh keluarga Ayu. Tak kiralah samada mereka itu sebulu atau tidak dengan kamu. Ya… Hari ini kamu tak suka dia. Tapi bukan mustahil esok lusa dialah orang yang akan tolong kamu.”

“Angah, jangan cari musuh sebaliknya cari kawan. Percayalah cakap Ayah. Hatta kalau orang itu benci pada kamu tetapi jangan kamu ambil hati sangat malah bersikap baik dan relakslah dengan dia. Percayalah cakap ayah ini; satu hati nanti dia akan salute kamu.”

“Ayah berani bercakap ini kerana ayah sudah tempuh ini semua. Tidak akan hilang bisa ular kalau pun terpaksa menyusur akar. Kalau boleh, kita berkawan dengan semua orang. Jangan cari lawan.”

Tapi, tatkala aku hendak membayar harga makanan, aku seluk kocek....arghhh…cuma ada 4 ringgit. Aku bagi signal supaya Angah bayarkan.

“Angah pun tinggal 10 ringgit ni jer ayah!!” sambil… hik..hik..hik!

Bukankah indah hidup ini kalau di antara kita ada sikap saling hormat menghormati dan faham memahami terutama antara anak dan ayah?

13 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Bagusnya dah ada anak besar ni. Sekurang-kurangnya boleh diajak berbincang.

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Seronok giler saya baca N3 ni.. Rindu kat my son, anak- anak jadi kawan.. Best..

*** Alhamdulillah, ayu dah stabil.. :)

Ibu n Abah berkata...

IM..
indahnya kenangan anak beranak nak bayar makan...
Alhamdulillah.. IM dah merasa duit hasil titik peloh anak sendiri...
Itu antara satu nikmat Allah jua...

nur berkata...

IM..
cukup ke bayar tu.. hehe.. seronok baca!

insan_marhaen berkata...

kunang-kunang,
memang seronok punyai anak dah besar dan elok jalan hidupnya. terasa rugi pula punyai anak yang tak ramai macam mak abah IM dan mak abah ibu_suri.

DM,
IM pun syok sendiri bila baca n3 blog IM kali ini..he..he..

ibu n abah,
IM cuma nak rasa sikit jer.. sekadar penghargaan.

nur,
finally, IM yang bayar sebenarnya sebab duit IM ada dalam kereta. kesian pula sebab duit cash Angah cuma tinggak rm10.

zul permatang badak berkata...

IM,,,seronok bila anak2 dah besar dan boleh belanje kita......

sedikit demi sedikit mereka memahami akan sebuah tanggungjawab....
itu yang penting......

Anonymous one berkata...

"Tidak akan hilang bisa ular kalau pun terpaksa menyusur akar"

Mak saya selalu pesan ini.

insan_marhaen berkata...

zul,
IM sedang train mereka untuk itu.

AO,
itu juga pesan dari mak IM. IM perturunkan pada anak-anak IM pula.

hrusli61 berkata...

Tok Guru saya berpesan, "Jangan selalu menyusuli akar, sekali-sekali kena melihat bahagian pucuknya juga."

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Pesan yang sangat baik buat anak IM. Moga terhasil sikap saling hormat menghormati dalam keluarga kita semua.

insan_marhaen berkata...

hrusli61,
betul tu. bukan sesekali tetapi acapkali.

abd razak,
mereka itu muda.kaya dengan jiwa gelora. kita dah berusia, kaya dengan firasat..

LadyBird berkata...

insyaAllah.. lady akan ambik pesanan ini jugak walaupun bukan untuk lady..

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Tidak sangka pula saudara ada anak bujang.

Secara kebetulan malam tadi (10/4/12),saya sekeluarga menghantar kakak ipar menunaikan umrah di KLIA.Bawa kereta anak sulung saya.

Dalam diam-diam saya kira anak bujang saya telah belanja lebih RM50.00 - isi minyak,tol dan parking di KLIA.

On the way balik lebih kurang 12.30mlm,kami singgah di Warung Det Station (warung biasa tetapi ramai pengunjung)dan pekena nasi lemak ayam berempah dan char kway teow + teh tarik. Yang ini 'On Me'- ayah bayar.

Walaupun nilainya tidak seimbang - tetapi jadi 0 - 0.

Anak beranak.....