Halaman

Sabtu, 19 Februari 2011

Adinda Sayang

Seperti selalunya, sebaik berihat sekejap pulang dari kerja, aku memandikan ibu_suri. Walaupun aku tahu, mandi malam itu tidak bagus untuk kesihatan, itu sahaja masa yang aku ada. Pernah aku mandikan dia setiap pagi sebelum pergi kerja tapi sudahnya aku selalu terlambat sampai dan terpaksa scan lewat.

Aku buka pancoq  (pancur) dan letak kerusi dekat dengan kolah. Kalau dulu aku sediakan berus gigi tapi kini ibu_suri sudah boleh buat sendiri.

Sambil biarkan ibu_suri memberus gigi dan basahkan badan, aku membasuh pinggan di dalam singki. Aku bernyanyi kecil untuk hiburkan hati.

' Kain bersulam tenunan Deli
pandai bersulam pandai menari... pandai menari
adik bemuram abang pun sedih
engkau tersenyum abang bernyanyi
hanya dikau penghibur hati..'

"Abang,  I dah ok. Mailah siram I. tak sampai ni...."

Lalu, aku pun mula memandi dan menyabun ibu_suri. Maklumlah, mandikan orang dah besar. Dengan aku  aku sekali basah. Begitupun sambil siram itu aku sambung lagi dengan lirik yang kalau aku terlupa, aku bantai aje dengan  lirik sendiri.

' Suara gendang bertalu-talu
elok berdendang lagu melayu..pantun melayu
abangnya sayang adik pun tahu
cintanya abang jangan kau ragu
sepanjang masa tak akan layu..'

Akan tetapi bila tiba ntang korus;

' Oo... tanyalah bintang tanyalah bulan
agar kau.. uhuk..uhuk..uhukk...'

"Apalah abang ni. I tengok, 2-3 hari ni asyik dok menyanyi je. Ada apa-apa ka?"

Huu.. Dia dah mula la tu. Bersangkaan yang bukan-bukan.

"Tu la you... Abang muka sedih pun salah. Muka ceria pun salah. Tak mahu nyanyi you suruh nyanyi. Bila nyanyi you mula ingat serong."

Bagi aku,  biarlah ibu_suri melihat aku ceria daripada berwajah sugul. Bila aku ceria dia pun tumpang gembira. Ini mudah-mudahan membantu kesihatannya untuk stabil. Itu sudah cukup bermakna untuk aku..


OFF butang muzik GEMALA HATI di sidebar jika mahu dengar lagu ini...

23 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat tengahari IM

bertuah ibusuri dapat IM. ayu berkesempatan mandikan en zalie selama 3 bulan...waktu itu, hanya tuhan y tahu...en zalie agak malu..namun ayu buat tak faham..
alhamdullilah..dah berakhir...en zalie dah boleh uruskan diri sendiri,,sesekali ayu hanya perhatikan dan bantu yang senang2
syukur, setiap y berlaku ada hikmahnya


semoga IM tabah...semoga ibu suri sembuh seperti dahulukala..amin

S..U..D..@..I..S berkata...

Bertuah ibusuri dapat suami yg sangat memahami dan menyayangi...

semoga ibusuri cepat sembuh

nyanyisunyi berkata...

aduh syahdunya..melihat pengorbanan IM..mudah2an cinta IM pada ibu suri akan berkekalan hingga bertemu di Sana kelak..amin

ibuintan berkata...

suka dengar lagu ni dulu2...

romantisnya berdendang sayang sambil memandikan ibu-suri, moga beransur sembuh penyakitnya

hentian berkata...

citarasa rinduan,
IM baru perasan, ramai juga rakan bloggers IM senasib dengan IM kalaupun tidak senasib dengan ibu_suri.

Kuatkan semangat..

nyanyisunyi,
berkekalan itu harapan IM walaupun kekadang rasa jemu dan putus asa datang juga menyelinap di hati.

sud@is,
muga kiranya IM seperti ibu_suri, ada orang akan sudi jaga IM sepertimana IM jaga ibu_suri.

ibuintan,
kita perlu romantiskan diri kita untuk mengelak dari ketegangan hidup.

kakcik berkata...

Sebelum menyanyi tu patutnya IM cakaplah..'lagu ini Abang tujukan khas buat you'... :)

Omaq oTai berkata...

saLam petang IM,,

Moga IM terus dikuatkan dalam meniti kehidupan seharian.
Itu antara pengorbanan yg boleh kita buat, tp bila kita pla berada di tmpat mrk, apakah yg boleh kita harapkan? Moga ada yg sudi membelai spt mana insan lain yg mengharapkan demikian.

ghost writer berkata...

owh ho...romantik jugak abang Marhaen nih ek..hihi.

lagu evergreen plak tuh..sayup jer kenangan cinta menembusi lubuk hati..huhu

maiyah berkata...

assalam.. gembira hati bgus tu.. mood ceria ni buat hati tenang :)

kak ja berkata...

I sgt suka lagu Adinda Sayang tu!!

NzA berkata...

beruntung ibu_suri dpt suami mcm IM....hati seorg isteri IM, mcm2 difikirkan......sekadar menduga n menguji...

Yunus Badawi berkata...

Salam IM,

Saya tabik dgn kesungguhan dan ketabahan IM menjaga isteri tersayang. Semoga kalian berdua kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Adinda Amy Sensei berkata...

moga IM bahagia selalu dgn ibu_suri..

ibundo berkata...

terasa kebahagiaan di situ. semuga berkekalan...

Sham berkata...

perlu belajar dari IM ni...steady bro...

nazaTIMsuria berkata...

moga ibu suri bertambah sihat :)

hentian berkata...

entah lah.. IM ni kekadang bukan betul juga.

ada hari-harinya macam short-circuit je...

Anonymous berkata...

Menitik air mata den ni ha.. walaupun itu lagu ceria (tp tak pernah dengar sebelum ni)... Doa, den panjatkan unt IM, ibu suri dan sekeluarga..

Peringatan unt diri saya..Sewaktu sihat ini, layanlah pasangan dgn sebaiknya.. kerana kita tidak tahu siapa yang perlu membantu siapa suatu hari nanti... Kepada Allah jua, kita mohon bantuan dan perlindungan.

ainnoraini berkata...

wah..bestnye..beruntung ibu suri...dpt somi yg baik dan penyayang...

ibu suri jgn suke merajuk yer...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Beruntung ibu suri bersuamikan IM.

Kakzakie berkata...

IM.... cuba sesekali nyanyi sama-sma ibu_suri. Mesti dia pun gembira. suka kakak bila IM memnyanyi sambil membuat kerja rumah :)

Kassim Selamat berkata...

Sy pun suka lagu ini...pertama kali dengar sekitar tahun 1977.

Cerita hidup kita hampir sama tapi tak serupa.

Bila setiap kali isteri memandikan sy, sy suka nyanyikan lagu 'Kau Laksana Bulan'..hahaha

Semoga tuan tabah!

tehr berkata...

antara lagu kegemaran saya ni
mood lagu yang penuh ceria dan penuh pengertian