Halaman

Isnin, 21 Februari 2011

'Hamba Allah' Itu...

Aku pernah tuliskan di sini perihal Akhmal di kacau oleh 'hamba Allah' itu. Minggu lepas 2 kali Akhmal diganggu lagi. Fenomena yang sama. Ternampak lembaga besar bertenggek di dinding bilik tidurnya dan kali kedua dia ditindih hingga tidak bernafas seketika.

Dia yang baru sahaja jatuh motor dengan luka di merata badannya sebelum itu perasan ada 'benda' melintas di hadapannya. Dia buat tak tahu dan terus juga pergi. Tapi tak lama kemudian dia dan kawannya, kerana mengelak anjing yang melintas jalan dengan tiba-tiba lalu terjatuh. Mengengkang dia berjalan hingga hari ini masuk minggu ke 2.

Foto kenangan semasa di Sek Tunas Bakti, Taiping.
Tak boleh jadi ni, fikirku lalu terus menalipon rakanku blogger HabunaTrading. Aku percaya dia tentu ramai kawan yang tahu dimana nak dapatkan bomoh untuk tengok-tengokkan apa yang tak kena dengan Akhmal ini.

Dan alhamdulillah, malam ini aku baru sahaja selesai membawa Akhmal ke Kulim untuk rawatan secara tradisional. Jelas di depan mata aku bagaimana 'hamba Allah' yang rupanya sudah lama duduk di dalam tubuh Akhmal itu keluar pabila dicabar supaya menunjukkan diri. Dan memang benarlah, dia keluar dan Akhmal perlahan-lahan bertukar watak yang sekejap menangis, sekejap ketawa dan sekejap geram seperti hendak bertumbuk. Tak henti-henti merangkak, bercakap tentang yang aku pun tak faham dan kekadang memegang dan membelek-belek tangan aku dan yang lain-lainnya.

Dan barulah aku tahu, rupanya selama ini aku tidak ambil berat terhadap masalaah dalaman diri Akhmal. Aku hanya tumpukan perhatian kepada pengubatan tradisional ibu_suri dan menganggap kenakalan Akhmal adalah kenakalan yang lumrah.

Rupanya Akhmal ini perlukan perhatian dan rawatan yang berterusan  jika aku ingin melihat masa depannya aman dan terurus. 'Hamba Allah' ini rupanya sudah duduk lama di badannya dan perlu dinyah secara perlahan.

Sekarang dia sedang tidur. Letih katanya. Memang.... aku sendiri pun letih!

12 ulasan:

KELI OH KELI berkata...

seriau baca cerita ni...semoga akhmal cepat sembuh.

TiPs MeNgGorEnG iKaN kELi DeNgAn sElAmaT"

republik n9 berkata...

setiap kali lepas solat jangan lupe baca ayat kursi...

mende2 mcm tu biasa laa... dulu depan mata saye jumpe jin masuk dalam badan orang... yg kelakarnyer jin tu bisu. di suruh kluar tak nak, nangis jee ha3...

kekuatan dalaman seseorang tu kena kukuh, ayat Quran jangan lupe, solat jangan tinggal...

ghost writer berkata...

hurmm..rupanya kenakalan itu juga luar biasa kalau dipengaruhi oleh mereka yang 'halus'...

ntahlah dunia nih terlalu banyak cabaran sehinggakan alam lain juga mencabar sama.

aLieF si Muncung ManiS berkata...

pernah gak terjadi kat adik alief..adik alief perempuan..ada gak makhluk yg diam dalam badan dia..alhamdulillah adik alief dah okay dah.. dan alief doakan akmal sembuh..dan jgn lupa minta pertolongan Allah..

Ariff Budiman berkata...

IM. Pastikan dalam rumah tidak ada tersimpan barang-barang yang lama. Benda itu yang menjadi punca menarik jin kedalam rumah dan badan seseorang. Jangan mudah percaya kepada barang antik. Yang antik lah menjadi tempat dia bertapak.

tun_telani berkata...

ya Allah.. takutnya baca.. moga dijauhkan.. masa zaman2 matrix dulu pernah gak experience kene 'tindih' sampai xleh nafas. asrama lama tempat dia main2 agaknya.. lepas tu, terus tido dgn Yassin.
Kiteorg baca al-Mulk dlm umah utk elakkan gangguan.

Kakzakie berkata...

Masya-Allah ujian IM lagi.... Akhmal kena kuat dan tak boleh lalai dalam solat. Kena sentiasa amalkan suroh seperi 4 Qul dan ayattul Kursi (terutama sebelum tidur). Sementara elak dari tidur telentang (tidur cara mengiring sementara waktu ini).

Amy Syaquena berkata...

seriaunya dengar , boleh tahu tak kulim kat mane.sebab amy dah bertahun tido selalu di tindih dan ada 2 masa mudah nampak imbasan..lepas tu demam huhu...

ibundo berkata...

Semuga IM tabah dan terus berusaha. Kpah doakan akhmal sembuh dan bebas ...

S..U..D..@..I..S berkata...

Pernah mengikuti perubatan ustaz sarkhan dan 1st time melihat sendiri syaitan mengamuk (apabila mendengar azan) dan cuba menumbuk sesiapa yang bersuara ...seram

ibuintan berkata...

semoga Akhmal bebas daripada makhluk halus ni, adik dan adik ipar saya pun sama juga... sekarang alhamdulillah setelah berubat beberapa kali, mereka kini pulih kembali dari gangguannya

tehr berkata...

memang tak boleh jadi, kalau macam tu
'hamba allah' tu bukan setakat menumpang je
dia nak kawal semua sekali