Halaman

Selasa, 6 Januari 2015

i-Bantu



Alhamdulillah... malam tadi sempat memberi sedikit masa bersama rakan-rakan i-Bantu mengkelas dan menyusun timbunan barangan sumbangan. 

Memang pening bila dah duduk bersila, membuka karong dan kotak lalu menyelak pelbagai jenis baju, seluar malah ada yang bagi stokin yang dah longgar getah, selipar yang dah dipakai, penyangkut baju yang usang malah punya 'baik hati' bagi tuala wanita yang dah tinggal baki 2~3 keping. Berkarong-karong juga pakaian yang terpaksa kami reject kerana tak selayaknya dinamakan sumbangan yang ikhlas.

Bila turun gelanggang begini barulah kita tahu fe'el sesetengah manusia kalangan kita yang kononnya baik hati menderma. Barulah kita tahu betapa lelahnya mereka yang sukarela memproses bantuan itu dengan kudrat dan tangan yang ada.

Barulah kita dapat rasakan denyut nadi sekalian sukarelawan yang benar-benar berada di gelanggang berbanding mereka yang hanya ber'viral' di facebook...

12 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Ikhlas mengikut tafsiran hati sendiri...begitulah gamaknya...

CikAnie berkata...

Tengok org lain sumbang nak gak memeriahkan keadaan tapi x kena pada tempat.. memang terasa klu org bagi pakaian yg x boleh dipakai...

❤Kamsiah❤ berkata...

agaknya nak dibuang terasa saayang..lalu diberi pada mangsa2 banjir

shaliza berkata...

Betul...mmg agak mencabar nak buat semua tu...kadang agak pelik perangai sesetengah kita ni:-) Cubalah bagi benda yang masih digunakan bukan barang reject :-)

Tanpa Nama berkata...

Sebaiknya memberi barang-barang yang kita sayang... tapi bukan mudah. Brg2 yang tak diperlukan, nak dilupuskan pun susah.. jadi
dilupuskan melalui cara ni... hehe..

Tanpa Nama berkata...

Pandangan saya, IM.. sejak IM dah tak bekerja ... IM amat memanfaatkan masa IM.. dah selalu solat jemaah kat masjid/surau.. buat kerja sukarela/gotong royong... selain dari meluangkan masa unt hal2 kekeluargaan... Alhamdulillah. Sy tumpang gembira.

- faizah

iryanty ahamad berkata...

ada juga orang macam tu yer im..

Ibu n Abah berkata...

Jgnla beri brg yg kita juga tak mahu menerimanya...
Berila yg masih elok dan boleh digunakan.....

salmiah awang berkata...

kita bersangka baik ajelah....mungkin dia bagi baju terpakai tu dalam jumlah banyak.Semua baju dah dikumpulkan,tapi tak sempat pilih.maka termasuk semua sekali termasuk yang tak sepatutnya.

hmm...semoga segala bantuan diberkati Allah SWT.

JR berkata...

Kalau ikut ustaz yg berceramah jika nak menderma seeloknya kita beri sesuatu barangan yg paling kita sayang dan bukannya barangan yg kita dah tak sayang dan tak berguna lagi utk kita..

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Saya juga ada niat untuk menyumbang sejumlah pakaian yang tidak digunakan lagi.

Bagaimanapun, saya dalam dilema memikirkan kebarangkalian berlakunya kemungkinan yang dibahaskan.

Temuk berkata...

IM
Assalam. Syukur dan tahniah punyai kesempatan membantu. Semoga perolehi keredhaan Allah.

Pun ada pakaian yang kurang wajar disumbangkan, semoga dapat juga dimanfaati oleh penerimanya untuk tujuan-tujuan lain seperti pembersihan rumah dan seumpamanya.