Sabtu, 27 Jun 2015

Apalah Ada Pada Seketul Sabun


Aku tak tahu apa nama sabun ni. Yang aku tahu ianya adalah sabun berubat. Baunya sahaja dah cukup memberitahu. Memang tidak ada tanda logo halal. Buatan syarikat orang Cina. Rasanya sabun ni dari dulu hingga sekarang, corak di bungkusannya tak pernah berubah.

Aku ada muatnaik pasal sabun ini ke status aku di Facebook tapi ringkas sahaja. Tidak memperincikan kisah apa sebenarnya di sebalik kenapa aku beriya membelikan sabun ini di pasaraya sini.

Abah Mertuaku memang selalu ambil peluang bila aku ada, meminta bawakan dia ke kedai kegemarannya untuk membeli barangan dapur walaupun cuma hendak beli satu jenis barang sahaja.

Satu hari lepas Jumaat dia ajak aku ke Hujung Pasir, Tanjung (George Town) untuk belikan sabun di atas. Sayangnya, stok di kedai itu dah habis.

"Sabun ini ada la...," lalu perempuan Cina separuh umur itu mengambil seketul sabun cap 999 dan unjuk kepada abah yang duduk di kereta kerana tidak berupaya untuk keluar dek kaki yang dah  tak lagi kuat.

Tampak rasa kehampaan di wajah abah. Abah tak ada pilihan melainkan beli juga sabun 999 itu - 3 ketul.

Hari Rabu lepas, semasa aku ziarah abah yang sekarang ini lebih banyak baring di katil kerana jelas uzur sejak keluar dari hospital; aku jenguk bilik mandi abah. Aku terpandang rak sabun abah yang comot dan bersepah.

"Sabun abah dah nak habis ni...." ujarku sambil membasuh bekas sabun abah dan menyusun seperti mana sepatutya ia di letakkan. 

"Tak ada sabun baru ke?"

"Ada... cuba cari dalam laci..." sambil memuncungkan mulut mengarah ke almari yang berada di sebelah katil abah.

"Tinggal satu ni jer abah..." beritahu aku. Abah tersengih saja.

Kesian pulak aku. Abah dah tak boleh nak aku bawa berjalan ke kedai macam sebelum ini. Abah dah dua tiga kali jatuh di bilik air kerana kakinya mudah terkendon. Malah untuk pergi bersembahyang Jumaat juga aku nasihatkan dia tak perlu pergi sebab lebih banyak mudaratnya.

Jadi, bila petang tadi aku ke Pasaraya Billion di Seberang Jaya, selepas belikan lampin jenis seluar untuk abah, aku teringat sabun abah yang cuma tinggal seketul terakhir itu. Aku segera ke rak sabun dan alhamdulillah.... rupanya sabun yang abah suka guna ketika mandi itu ada di jual di sini.

Gembira rasanya hati ini dapat belikan untuk abah. Mungkin orang lain akan berkata.... apalah yang nak digahkan pada sabun semurah ini sampai nak muatnaik ke Facebook. Namun, pada aku... murah di mata orang tetapi mahal di sisiku kerana telah dapat membuatkan dadaku terasa lapang dan senang!

18 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Bahagia kita adalah bila dapat membahagiakan... :)

Kamsiah yusoff berkata...

mahal atau murah bkn ukuran utk kita membuatkan org yg disayangi rasa gembira...

iryantyismail berkata...

bila kita dapat mencari barang kemahuan orang yang kita sayang..rasa syukur dan happy sangat kan..:-))

Tanpa Nama berkata...

eh, sabun cap 999 yang macam dalam link tu sejak saya kecik dulu pun dah ada. dulu suka kumpul kotaknya sebab bila dah banyak boleh susun buat macam2 benda.

pada saya, mungkin dia bukan nak sangat barang yang ada kat kedai kegemeran tu. tapi dia rasa seronok dan selesa bergerak dengan abang IM. sebab tu kot.

apa makna perkataan `terkendon' tu. tergelincir ke.

Bunda_nora berkata...

Apabila ada orang lain gembira dan bahgia hasil bantuan atau pemberian kita.... kita akan rasa bangga dan puas hati... walau pun tak seberapa...

insan marhaen berkata...

sm botak,

terkendon tu...err... nak terangkan macaam mana ni?

kira bila berdiri tiba tiba rasa nak jatuh sebab lutut tak kuat... gitu ler...

Nor Azimah Ali berkata...

Bahagia dpt membahagiakan org yg kita sayang ye im

Sham berkata...

salam ramadan IM...

sabun ni kaler ijau kan IM...?bau dia bau2 menthol kan..?sy kecik2 dulu org tua ada gak pakai sabun camni tp skang dah lama betul tak jumpa...

insan marhaen berkata...

Sham,
Sabun ni warna hampir cokelat cerah. Kata kakak ipar, mungkin ada campuran serai wangi berdasarkan pada bau.

Banyak buih.

insan marhaen berkata...

Sham,
Sabun ni warna hampir cokelat cerah. Kata kakak ipar, mungkin ada campuran serai wangi berdasarkan pada bau.

Banyak buih.

insan marhaen berkata...

Sham,
Sabun ni warna hampir cokelat cerah. Kata kakak ipar, mungkin ada campuran serai wangi berdasarkan pada bau.

Banyak buih.

Mario berkata...

owh...sabun ni...mcm penah pakai dulu masa kecik2 dulu...memang bau sabun...wangi

aizamia3 berkata...

eemm.. nak cuba cari dekat area rumah saya ada jual tak.. :)

Najmi Nawawi berkata...

orang cakap apa. senyum itu pengubat dunia.

Etuza berkata...

Aroma sabun ni wagi boleh wangikan badan tu..saya suka sabun ni..

Unknown berkata...

Sabun ini saya biasa beli UTK cuci tangan dan jika ada gatal2 di badan saya pakai ini lah....hari tu anak kena kayap saya bgi pakai sabun ini almdulillah 3 hari suda kering kayap di blkang anak..

Unknown berkata...

alhamdulillah , sabun ni mampu menghilangkan parut atau daki daki yang kerap ada di badan kita

Unknown berkata...

Nk beki du mne ya sbun ni